Tuesday, April 21, 2015

Tun Mahathir Kritik Gaya Hidup ‘Mewah’ Rosmah Dan Najib!

Tun Mahathir Kritik Gaya Hidup ‘Mewah’ Rosmah Dan Najib!

Tun Mahathir semakin memperhebatkan lagi asakan beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila mula menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan.

Gaya Hidup ‘Mewah’ Rosmah Dan Najib

Kali ini, Tun mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.

“Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

“Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya yang dipetik dari Malaysiakini.

Tun Mahathir mengulangi kenyataan beliau sebelum ini yang Najib tidak lagi layak menjadi perdana menteri apabila gagal menjelaskan perjalanan kewangan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah kali ini, Mahathir maju selangkah lagi apabila turut mendakwa Najib melibatkan “individu-individu yang diragui” dalam pengurusan 1MDB.

Untuk menguatkan hujahnya itu, beliau berjanji akan mengupas kisah tentang kehilangan berbilion ringgit wang negara dalam tulisan seterusnya di blog chedet.

“Saya akan jelaskan bagaimana beliau kehilangan berbilion ringgit dalam tulisan akan datang,” katanya.

Tun Mahathir mendakwa pentadbiran Datuk Seri Najib mengabaikan EPU dan jabatan kerajaan malah menubuhkan sebuah agensi baru untuk merancang pembangunan negara. Agensi ini diketuai oleh bukan penjawat awam dan gaji kakitangan ini jauh melebihi yang dibayar kepada kakitangan awam.

Pada masa sama, Tun Mahathir berkata Najib merugikan banyak wang negara apabila gagal menilai keutamaan projek-projek mega dengan memberikan tumpuan pada projek yang salah.

Kenyataan ini merupakan serangan terbuka kedua dari Tun Mahathir terhadap Najib selepas beliau secara berterus terang menganggap Najib gagal sebagai perdana menteri sebelum ini.

Beliau menggesa Umno menyingkirkan Najib bagi memastikan kelangsungan parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Serangan Tun Mahathir ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada kepimpinan Umno.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada satu forum, Tun Mahathir tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran.

Sementara, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menggesa kerajaan memberi jawapan terperinci kepada soalan-soalan Tun Mahathir.

Amaran Hishammuddin

Sementara itu, naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merangkap sepupu Najib, pula merasakan pendapat dan persoalan Tun Mahathir tidak perlu dilayan kerana ia akan menjejaskan perjalanan parti dan negara.

Hishammuddin meminta supaya kerajaan tidak melayan kritkan yang dibuat bekas Tun Mahathir.

Jelasnya, perkara yang dibangkitkan terhadap kepimpian Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan UMNO tidak akan berkesudahan.

“Sampai kiamat pun tidak akan selesai,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan memberi amaran kepada Tun Mahathir berkenaan kritikannya yang terbuka kerana memberi kesan kepada parti dan pimpinan negara.

“Nak melayani setiap tuduhan Tun Mahathir terhadap pimpinan negara saya sebut hari itu supaya jangan sampai jejaskan kepimpinan, jangan sampai jejaskan parti, jangan sampai jejaskan pentadbiran negara,” tegasnya.

Menurut Hishammuddin, apa yang penting sekarang adalah bersatu padu dan melihat ke hadapan.

Ali Baba Bujang Lapok

Aziz Satar terpaksa belajar cara berjalan sebagai orang kaya setelah terjumpa harta karun yang bertimbun.

Aziz berfikir jika sudah jadi kaya cara berjaan pun kena ubah. Aziz menjadi bahan ketawa penonton dan itu adalah satu keadaan yang hakiki yang sedang berlaku dalam masyarakat kita khususnya yang baru mendapat kekayaan dan kedudukan yang tinggi.

Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadangkala adalah ‘fake’ dan tidak natural.

Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orang ramai.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang ‘toman’ (sengkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap ‘toman’nya.

BACA INI JUGA: Kepada YB-YB Politik, Contohilah Kemuliaan Akhlak Saidina Umar Sebagai 'Hamba' Kepada Rakyatnya

Monday, April 20, 2015

Surat Tun Mahathir Perihal Jambatan Bengkok

Surat Tun Mahathir Perihal Jambatan Bengkok

Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa saja yang ingin membacanya.

Jambatan bengkok

Fakta-fakta yang terkandung dalam surat ini perlu saya hebahkan dengan cara ini kerana pada akhir-akhir ini tidak banyak lagi kenyataan saya yang disiarkan, sama ada oleh media massa elektronik atau cetak, walaupun mereka menghantar wakil untuk menghadiri sidang akhbar saya.

Mengenai isu di atas, saya telah menyatakan pandangan saya iaitu Kerajaan Malaysia telah gagal mempertahankan kedaulatan negara. Akibat daripada itu negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Wang ini adalah wang rakyat.

Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura.

Singapura sangat gemar mencetak surat-menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar.

Kerajaan Malaysia sekarang percaya bahawa dengan tidak menyanggah kempen memutarbelitkan oleh Singapura, masalah yang dihadapi akan selesai dengan sendirinya. Tetapi ini angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan.

Di dalam amalan diplomatik, surat-surat yang ditulis oleh suatu pihak dengan memetik persetujuan-persetujuan lisan yang kononnya dicapai di dalam rundingan tidak rasmi di kalangan pemimpin, adalah tidak sah.

Untuk menjadikan ianya sah, rundingan hendaklah dicatat dan dirakam dengan sempurna, disahkan dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kenyataan yang dibuat di dalam sidang akhbar oleh salah satu pihak tanpa pengesahan pihak satu lagi juga adalah tidak sah.

Encik Lee Kuan Yew, ketika dia menjadi Menteri Kanan Singapura, sangat gemar meminta diadakan pertemuan empat mata tanpa agenda yang sempurna dan kemudian merakamkan hasil pertemuan itu di dalam suratnya sendiri kepada pihak ketiga.

Berdasarkan surat-surat itu juga, dia harap rakan sejawatnya akan menyetujui kandungannya dan oleh yang demikian terikat dengan kandungan surat-surat itu. Dia tidak mengambil kira jika catatannya tidak dianggap tepat dan tidak disahkan.

Saya menganggap apa-apa pun yang tidak menepati amalan diplomatik sebagai tidak sah. Tanggapan beliau adalah tanggapan beliau sahaja, tidak Iebih dan tidak kurang. Tindakannya mencetak surat-suratnya sebagai bukti bahawa saya telah bersetuju tidak bermakna sama sekali. Hanya jika saya membalas surat itu dan mengesahkan perkara-perkara tertentu, barulah perkara-perkara berkenaan boleh dianggap benar. Tetapi sama ada ia sah dan kita terikat dengannya, bergantung pada pengesahan dan persetujuan kedua-dua belah pihak, secara rasmi.

Berdolak-dalik mengenai apa yang disebut “pakej” dan ketidakmampuan mencapai sebarang persetujuan adalah kerana kelulusan yang berasaskan “pakej” tidak praktikal. Jika persetujuan tidak boleh dicapai mengenai mana-mana satu perkara maka persetujuan tidak boleh dicapai bagi semua perkara dalam pakej itu.

Atas sebab inilah yang saya mencadangkan dan Encik Goh Chok Tong bersetuju iaitu kita menyelesaikan perkara demi perkara secara berasingan. Ini siperakukan dan diterima oleh Encik Goh Chok Tong selaku Perdana Menteri melalui surat bertarikh Oktober 14 2002 yang antara lain menyebut;

“Pada penghujung pertemuan (di Hanoi) anda berkata kita perlu mencuba menyelesaikan isu air, lagi cepat lagi baik. Saya bersetuju....”

Tetapi di dalam surat yang sama, Encik Goh Chok Tong berkata;

“Oleh yang demikian, saya tidak menjangka menerima surat anda bertarikh 7hb Oktober pada l0hb Oktober di mana anda menyatakan “Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendekatan pakej……”

Jambatan

Setelah menolak pendekatan pakej, saya membuat jangkaan yang isu pembinaan jambatan tidak akan dikaitkan dengan sebarang isu lain. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi apabila isu pembinaan jambatan disebutkan di dalam surat-surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Goh Chok Tong.

Dalam sepucuk surat kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata;

“Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor.”

Nampaknya rakyat Singapura lebih menyetujui jika kedua-dua jambatan baru dan Tambak Johor ada. Ini tentulah tidak masuk akal kerana cadangan pembinaan jambatan baru adalah bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan. Ia bukan bertujuan menambah kapasiti hubungan antara Singapura dan Johor. Jika ini berlaku, ia hanyalah satu kebetulan.

Satu lagi hujah menarik Encik Lee ialah (sekiranya Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan itu);

“Singapura akan menambak laut di sebelah wilayahnya hingga ke sempadan dengan Malaysia.”

Sempadan antara Singapura dan Malaysia di Selat Tebrau adalah dasar laut yang paling dalam. Bagaimanapun, bagi Tambak Johor sempadannya adalah di tengah-tengah jambatan. Jika Singapura menambak laut di sebelah wilayahnya sehingga ke sempadan, ia bererti hanya laut di sebelah Malaysia akan kekal. Jadi apa halnya dengan konsep sempadan berasaskan dasar laut paling dalam?

Dalam surat yang sama kepada Daim, Menteri Kanan Lee berkata;

“Saya sentiasa memaklumkan inisiatif saya kepada Perdana Menteri saya. Dia (Perdana Menteri Goh) bagaimanapun, berkata dia menyerahkan hal ini kepada saya sehingga peringkat akhir apabila dia akan mengkajinya dengan teliti sebelum memberi sebarang persetujuan.”

Menteri Kanan Lee juga menulis; “semua nota atau surat yang saya hantar kepada anda dan kepada Mahathir dan sebaliknya perlulah dianggap sebagai Tanpa Prejudis (Without Prejudice) iaitu tidak akan ada sebarang perjanjian sehingga semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.”

Jelas bahawa Menteri Kanan Lee tidak diberi kuasa untuk memutuskan apa-apa kerana beliau perlu memaklumkannya kepada Perdana Menteri Goh untuk dikaji sebelum dipersetujui. Jika tidak, maka tidak akan ada sebarang persetujuan mengenai semua perkara sehinggalah diperakui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.

Dalam jawapan kepada cadangan saya agar terminal Keretapi Tanah Melayu dibina di Johor Baru, Menteri Kanan Lee, melalui surat bertarikh 10 Disember 2001, berkata;

“Saya harap anda juga akan menimbangkan kepentingan jangka panjang dan nilai perkhidmatan KTM. Sejak tahun 1923 kereta api merupakan perhubungan yang sangat berharga... Saya rasa mengekalkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura menguntungkan kedua-dua buah Negara... Bagaimanapun, oleh sebab KTM milik negara anda, Singapura akan mematuhi keputusan anda”.

Dalam surat ini, Menteri Kanan Lee berikrar mematuhi keputusan saya. Namun beliau boleh juga berkata Perdana Menteri Goh tidak bersetuju dan segala surat-menyurat kami adalah tanpa prejudis.

Namun begitu, apabila beliau atau Perdana Menteri Goh Chok Tong dan saya sendiri menurunkan pandangan-pandangan kami dalam bentuk tulisan, ia menggambarkan apa yang kami fikirkan. Tetapi oleh sebab ia dilakukan tanpa prejudis, kami tidak terikat dengan apa yang kami katakan.

Justeru itu, tidak timbul persoalan berdolak-dalik atau memindahkan tiang gol. Kedudukan tiang gol belum diputuskan. OIeh sebab apa yang dilakukan itu berasaskan konsep tanpa prejudis, maka ia tidak Iebih daripada cadangan sahaja.

Dalam surat bertarikh 11 April 2002 Perdana Menteri Goh menyebut; “Saya sekarang memutuskan untuk mengendalikan sendiri perbincangan kita mengenai pakej dua hala.”

Sekarang barulah seorang yang berkuasa bercakap (bagi pihak Singapura).

Di dalam apa yang boleh dianggap sebagai komitmen mutakhir, Perdana Menteri Goh menulis (kepada saya):

1. Bridge

“Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama.”

“Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007.”

“Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal.”

Apakah kesimpulan yang boleh kita buat kepada kenyataan ini? Tidak pun disebut mengenai pasir dari Malaysia dan pembukaan ruang udara kepada kapal terbang tentera Singapura. Juga tidak disebutkan tentang nostalgia, hanya keutamaan supaya Tambak dirobohkan selepas tahun 2007.

Sekarang dihujahkan pula bahawa jika Malaysia sentuh paip yang membawa air ke Singapura, ia adalah tindakan perang (act of war). Adakah ini perisytiharan perang?

Peruntukan “Wayleave Agreement” dengan Singapura cukup jelas. Berikut adalah apa yang dipersetujui mengenai paip air;

“That the Licensee (Singapore) shall take full responsibility financially or otherwise for any alteration to the pipeline that may become necessary by reason of any alterations or improvements made or to be made on the Johor Causeway and on receiving not less than six months previous notice in writing from the Licensors (Malaysia) shall thereupon carry out the alteration in accordance with such notice and shall have no claim for any compensation.”

[“Bahawa Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan ganti rugi.”]

Perjanjian itu tidak menyebut mengenai hak Pemegang Lesen (Singapura) mengingkarinya. Peruntukan “akan melaksanakan pengubahsuaian” (Shall carry out the alteration) sangat jelas dan kuat. Singapura wajib melaksanakan pengubahsuaian itu. Tetapi jika Singapura ingkar, ia mungkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya.

Apabila kerja awal pembinaan jambatan dimulakan tidak ada protes dan tidak ada permintaan membeli pasir atau menggunakan ruang udara kita. Sekarang pembinaan jambatan di sebelah wilayah kita pun nampaknya tertakluk kepada syarat kita membekalkan berjuta meter padu pasir kepada Singapura untuk menambak laut dan membuka ruang udara kita kepada jet tentera udaranya. Daripada mana datang semua syarat ini? Apakah kaitan antara perluasan wilayah Singapura dengan kita membina jambatan di dalam wilayah kita sendiri?

Tindak-tanduk Singapura mengaitkan pembinaan jambatan di wilayah kita dengan tuntutan kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepadanya tidak berasas sama sekali.

Mengapa Kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberi pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura, jika tidak terpaksa memberhentikan pembinaan jambatan bengkok di wilayah kita sendiri adalah di luar kemampuan saya memahaminya.

Adalah hak rakyat Malaysia tidak menjual pasir kepada Singapura atau membuka ruang udara kepadanya. Tetapi rakyat tidak pernah mengatakan yang mereka bersedia mengorbankan projek jambatan. Yang mereka tidak mahu adalah mengalah kepada tuntutan Singapura supaya kita menjual pasir dan membuka ruang udara. Mereka mahukan jambatan tetapi mereka juga mahu Kerajaan mereka menyanggah tuntutan Singapura kerana di segi undang-undang Malaysia tidak perlu melayan syarat-syarat Singapura.

Tindak-tanduk Singapura ini telah dijangkakan. Tetapi Kerajaan Malaysia gagal mempertahankan kedaulatan negara. Di samping itu, ia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jelata.

Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa lnggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris).

Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila lnggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya ia boleh memperluaskan wilayahnya dan menambah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura. Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain?

Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju.

Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian. Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata-mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.

Oleh YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

BACA INI JUGA: Najib Lebih Teruk Dari Abdullah - Dr Mahathir

Monday, April 13, 2015

Isunya Bukan Jambatan Bengkok, Ini Soalan Rakyat - Tun Mahathir

Isunya Bukan Jambatan Bengkok, Ini Soalan Rakyat - Tun Mahathir

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU 13."

Mahathir VS Najib

Itu kenyataan terbaharu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir di blognya chedet.cc hari ini bagi menjelaskan kritikan beliau terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurutnya, kritikan yang dilemparkan kepada Najib bukan kerana kegagalan perdana menteri itu meneruskan projek pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, hal-hal yang dibangkitkan kepada Najib - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu - adalah hal yang sama ditanyakan kepada beliau oleh banyak pihak.

"Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab," tulis beliau.

Beliau menambah jika isu jambatan bengkok itu membuatkannya marah, beliau sudah menuntut peletakan jawatan Najib sebelum PRU13 lagi.

"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan," tulisnya lagi.

Dr Mahathir juga mendakwa terdapat ugutan jika ada pihak yang tidak menyokong Najib namun menegaskan sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka menyokong 1MDB.

“Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

“Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “IM4U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah,” katanya.

Dalam kritikan terbaharunya, bekas presiden UMNO itu juga menegaskan persoalan di mana wang milik (1MDB) masih tidak lagi dijawab.

"Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

"Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura,"

Dr Mahathir juga mempersoalkan kenapa wang yang bukan dari Cayman Islands disimpan dan tidak digunakan untuk membayar faedah RM2 bilion.

"Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million," katanya lagi.

Dr Mahathir juga membangkitkan apakah menjadi satu kesalahan jika beliau mempersoalkan sikap menyembunyikan wang rakyat yang hilang.

Katanya, beliau bertanggungjawab kepada rakyat biarpun sedar keseorangan dalam membangkitkan isu-isu tersebut.

Menyentuh isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata beliau hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul Azhar Umar.

"Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.

"Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh," katanya.

Khamis lepas, Najib muncul dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan di TV3 dan menjawab perkara-perkara yang disentuh oleh Dr Mahathir.

Menerusi rancangan yang dirakam itu, Najib menjelaskan beliau telah mengarahkan siasatan forensik dilakukan terhadap 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC).

Selain itu, Najib juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan perkara tersebut telah disahkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

BACA INI JUGA: Jawapan-Jawapan Najib Kepada Soalan Tun Mahathir

Sumber: Astroawani.com

Thursday, January 01, 2015

#QZ8501: Tun Mahathir Persoal Syarikat Boeing!

#QZ8501: Tun Mahathir Persoal Syarikat Boeing!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersimpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan AirAsia QZ8501.

Tun Dr Mahathir

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keperluan mencari pesawat di lautan apabila teknologi sedia ada, dalam bentuk penggunaan alat pengesan penerbangan tidak digunakan.

“Ia seolah-olah, ketika Airbus bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan penggunaan sistem data penerbangan dan perakam suara untuk pesawat komersil, Boeing yang telah menggunakan alat perakam pada sekurang-kurangnya tiga pesawat tentera tidak bersetuju bahawa teknologi itu adalah sesuai atau selamat untuk pengangkutan komersial,” katanya menerusi tulisan di blognya, chedet.cc, Khamis.

Dr Mahathir telah memetik satu artikel dari majalah Flight International, bertarikh 14 Oktober 2014, yang memperincikan keretakan lain dalam landskap kompetitif antara Airbus dan Boeing.

Beliau berkata konsep Airbus membabitkan penggunaan satu daripada dua set data penerbangan dan perakam suara kokpit sekiranya berlaku perlanggaran di udara atau kesan di daratan.

Unit yang digunakan, yang termasuk beacon pencari, direka untuk terapung jika kemalangan itu berlaku di dalam air.

“Bayangkan jika perakam ini dan beacon dipasang pada pesawat AirAsia Indonesia atau MH370, kita tidak perlu mencari pesawat di lautan,” katanya, sambil menyatakan ketidak fahaman beliau tentang mengapa Boeing bersikap bertentangan dengan langkah itu.

Memetik artikel lain daripada FlightGlobal.com, pada Disember 2006, Dr Mahathir berkata Boeing telah menerima paten Amerika untuk satu sistem yang ‘membenarkan rampasan kapal terbang oleh alat kawalan jauh’ sebagai langkah pencegahan terhadap rampasan pengganas.

“Boeing tidak membuat sebarang komen berhubung keupayaannya yang kuat itu. Dan MH370 tidak ditemui sehingga kini.

“Dan kini Boeing seolah-olah tidak bersedia untuk membuatkan usaha mencari pesawat yang hilang lebih mudah dan lebih cepat, yang mungkin juga dapat menyelamatkan nyawa. Mengapa?” tanya beliau. –mStar Online

BACA INI JUGA: 6 Kemalangan Jatuh Dari Udara Paling Luarbiasa Pernah Terjadi

Sunday, December 07, 2014

Orang Malaysia ‘Bodoh’ Dan Gagal Menerajui MAS - Dr Mahathir

Orang Malaysia ‘Bodoh’ Dan Gagal Menerajui MAS - Dr Mahathir

Mungkin kecewa dengan prestasi Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Mantan Perdana Menteri berkata, orang Malaysia ‘bodoh’ dan gagal menerajui MAS.

Dr Mahathir

“Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS rugi,” petik kenyataan beliau yang disiarkan akhbar Sinar Harian.

Ia merupakan reaksi balas yang diujar beliau apabila ditanya tentang keputusan Khazanah Nasional yang melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaru MAS.

Jawatan tersebut bakal berkuatkuasa pada 1 Januari hadapan.

Tun M juga menambah, situasi ketidakcekapan pengurusan individu terdahulu juga mengakibatkan ‘orang luar’ diberi kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat tersebut.

“Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang nak buat baik balik, oklah.”

Khazanah membuat pengumuman tersebut semalam dengan melantik Mueller menyandang jawatan itu, dan bakal diserap menyertai Lembaga Pengarah MAS pada suku kedua tahun depan.

Mueller yang merupakan CEO syarikat penerbangan nasional Ireland Aer Lingus, sebelum itu berjaya memulihkan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

Christoph R. Mueller Tokoh Tepat Pulih Kemelut MAS

Christoph R. Mueller

Rekod prestasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan nasional Ireland, Aer Lingus, Christoph R. Mueller yang cemerlang, menjadikannya tokoh paling tepat untuk memulihkan Malaysia Airlines Bhd (MAS).

Bagaimanapun, bukan satu tugas yang mudah bagi beliau di MAS, meskipun telah berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, memandangkan masalah kompleks yang dihadapi oleh penerbangan negara sejak bertahun.

Ini termasuk kerugian besar berjumlah RM576.1 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, serta persaingan sengit dalam industri penerbangan terutamanya daripada syarikat penerbangan tambang rendah.

Di samping itu, beliau perlu memulihkan penjenamaan MAS berikutan tragedi MH370 dan MH17, masing-masing berlaku pada pada 8 Mac dan 17 Julai lepas.

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Jumaat, Khazanah Nasional Bhd berkata Mueller telah melaksanakan proses pemulihan korporat Lufthansa antara 1994 dan 1999 sebagai Naib Presiden Kanan bagi pengurusan rangkaian dan perancangan korporat.

“Warga Jerman itu yang merupakan CEO Aer Lingus sejak 2009, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.

“Di bawah penyeliaan beliau, Aer Lingus menceburi pasaran dan model perniagaan baharu. Syarikat berjaya memperbaiki kedudukannya daripada hanya model perniagaan dengan perniagaan kepada model perniagaan dengan pengguna membabitkan pengedaran 90 peratus dalam talian,” kata kenyataan itu.

Pada 1999, Mueller beralih ke Sabena S.A, yang merupakan sebahagian daripada Swissair Group, sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum menjadi CEO Sabena Group.

“Mueller membangunkan siri rancangan untuk disesuaikan dengan pemegangan saham kerajaan Belgium termasuk program pengurangan kos utama.

“Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun sebagai ketua eksekutif di bahagian dan kumpulan dalam sektor penerbangan, dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam lembaga pengarah, termasuk dalam sektor pelancongan,” kata kenyataan itu.

Mueller akan dilantik sebagai CEO syarikat baharu MAS, berkuatkuasa pada 1 Jan, 2015, dan bakal menyertai lembaga pengarah pada suku kedua tahun depan.–BERNAMA

Wednesday, September 24, 2014

Militan ISIS Ciptaan Amerika - Dr. Mahathir

Militan ISIS Ciptaan Amerika - Dr. Mahathir

Mahathir mengkritik Amerika Syarikat kerana tidak belajar dari kesilapan lalu dengan berulang kali cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara tidak demokratik.

ISIS and USA

“Secara tiba-tiba, seperti ada satu kuasa di Timur Tengah seolah-olah digerakkan oleh keinginan yag kuat untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

“Dari mana mereka datang? Ia sama seperti Taliban yang diciptakan oleh Amerika Syarikat, “katanya dipetik dari blog chedet.cc

Mahathir menjelaskan rakyat Amerika takut dengan kebangkitan Syiah, mazhab Islam yang paling tinggi menentang Barat.

Beliau berkata selepas lebih 10 tahun pendudukan di Iraq, Amerika menyedari mereka tidak boleh tinggal di sana lagi. Oleh itu mereka memujuk majoriti Syiah Iraq untuk membentuk kerajaan dengan puak Sunni minoriti.

Tetapi Syiah mengambil keputusan untuk melucutkan Sunni daripada mempunyai peranan dalam kerajaan. Naib Presiden Sunni dituduh berkomplot terhadap kerajaan dan beliau terpaksa melarikan diri ke Turki untuk mengelakkan dari di tangkap atau dibunuh oleh kerajaan Iraq. Dan Iraq yang diperintah oleh Saddam Hussein, telah menjadi sebuah negeri Syiah.

Kemudian pemberontakan di Syria menggulingkan Bashar Assad, seorang pengikut Syiah. Amerika sentiasa mahu menggantikan kerajaan Syiah Bashar dengan kerajaan Sunni. Dengan Iraq dan Iran di bawah pemerintahan Syiah, kerajaan Syiah di Syria, seluruh Timur Tengah memihak kepada Syiah – musuh yang paling ganas di Amerika.

“Amerika melihat peluang untuk menggantikan Bashar dengan kerajaan Sunni, dengan percubaan dibuat untuk menggulingkan kerajaan Bashar.

Beliau berkata bagi memastikan ia adalah hasil daripada perang saudara di Syria, Amerika menyediakan bantuan ketenteraan dan wang untuk pemberontak Sunni di Syria untuk memastikan mereka menjatuhkan Bashar.

“Kebanyakan pejuang Sunni fanatik terhadap Syiah. Mereka mudah menerima bantuan Amerika Syarikat dan kemudian mengambil keputusan untuk menyeberang dari Syria ke Iraq untuk menggulingkan kerajaan Syiah di sana.

“Mereka mengimpikan seorang Khalifah Sunni baru untuk memerintah Sham, wilayah yang telah dibahagikan oleh British dan Perancis kepada Iraq, Syria, Lubnan dan Palestin.

“Namun, jika Sunni berjaya dalam negara Islam mereka akan membahayakan Israel dan kepentingan Amerika di rantau ini. Tiba-tiba Amerika Syarikat mendapati bahawa menumbangkan Bashar bukanlah idea yang bijak,” kata Mahathir.

Katanya, Amerika Syarikat seolah-olah tidak belajar daripada kegagalan strategi mereka yang lalu. Mereka mencipta Taliban untuk melawan Rusia di Afghanistan. Kemudiannya menjadi satu kesilapan.

“Mereka kemudian berperang ke atas Afghanistan dan Iraq yang tidak disangka-sangka boleh mendapatkan kemenangan dalam masa tiga bulan. Selepas sepuluh tahun berhabis untuk peperangan di negara-negara ini, kejayaan mereka hanya dalam mewujudkan puak pelampau Islam. Kini, mereka tidak mampu membebaskan diri daripada kedua-dua negara itu, “kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Amerika cuba untuk membuat perubahan rejim di negara-negara Arab yang hanya menggugat kestabilan negara-negara itu.

Demokrasi berakhir dengan puak anti-Amerika dari kerajaan pelampau Islam dipilih. Amerika Syarikat kini mendapati dirinya terpaksa menyokong kerajaan hasil penggulingan bukan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

“Rakyat Amerika begitu jahil tentang dunia luar Amerika. Mereka percaya apa sahaja yang kerajaan mereka lakukan adalah baik untuk Amerika. Mereka tidak akan belajar kerana media cetak dan elektronik tidak berada di bawah kawalan mereka.

“Amerika perlu banyak untuk belajar tentang hubungan luar,” katanya.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Monday, August 18, 2014

Najib Lebih Teruk Dari Abdullah - Dr Mahathir

Najib Lebih Teruk Dari Abdullah - Dr Mahathir

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya.

Dr Mahathir Tolak Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.

Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.

Dr Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.

"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.

Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.

"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008.

Baca coretan penuh perasaan Tun Dr. Mahathir di blognya, Cheedet.cc

BACA INI JUGA: "Politik Kini Lebih Kepada Duit Dan Projek"

Friday, April 11, 2014

Jawapan Dr. Mahathir Isu Memali

Jawapan Dr. Mahathir Isu Memali

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

Isu Memali

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

BACA INI JUGA: Senarai Skandal Kewangan 3 Dekad Di Malaysia

sumber: chedet

Friday, February 28, 2014

"Saya Terima Apa Saja Hukuman Allah", Dr M

"Saya Terima Apa Saja Hukuman Allah", Dr M

1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

Tun Dr Mahathir

2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya. –Chedet.cc

Friday, January 10, 2014

The Herald dan Paderi Andrew Biadap – Dr Mahathir

The Herald dan Paderi Andrew Biadap – Dr Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan niat sebenar Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang terus menyakitkan hati umat Islam apabila berdegil mahu gereja-gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah.

Paderi Lawrence Andrew biadap

Sambil membidas sebarang perbuatan tidak menghormati keputusan mahkamah, Dr. Mahathir menegaskan, paderi tersebut perlu mengutamakan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama bagi mengelakkan berlaku huru-hara termasuk pembunuhan seperti di negara luar.

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, telah lama (digunakan) tak apalah, tapi di sini (Semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?

“Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa, ada niat apa?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Seminar Pengarah Korporat Keenam sempena Ulang Tahun Ke-50 Tabung Haji di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

(Baca: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian)

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Andrew yang tetap tidak berganjak daripada pendirian supaya gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakan bahasa Melayu.

Dr. Mahathir berkata, isu pengunaan Kalimah Allah dirujuk ke mahkamah oleh pihak gereja namun apabila keputusan dibuat, mereka tidak mempedulikan.

“Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia (Andrew) sengaja, dah mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah,” katanya.

Tegasnya, paderi tersebut perlu sedar selama ini terdapat banyak kesalahan yang dilakukan orang bukan Islam tidak ditegur oleh umat Islam kerana menghormati sensitiviti serta atas dasar kebebasan beragama.

Malah, Dr, Mahathir turut mengakui, sewaktu bergelar Perdana Menteri, beliau tidak menegur kesalahan orang bukan Islam yang membina empat rumah ibadat dalam satu kawasan kecil disebabkan mahu menjaga sensitiviti.

“Di Malaysia kita tengok, orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka sebaliknya di sesetengah negara bukan Islam, masjid tidak boleh didirikan,” katanya.

Justeru katanya, Andrew digesa menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain, yang harus kita utamakan adalah sensitiviti masyarakat,” jelasnya.

Sumber: Utusan

Dr Mahathir Cadang Wujud Semula ISA!

Dr Mahathir Cadang Wujud Semula ISA!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Dr Mahathir Cadang Wujud Semula ISA

Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

“Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 ‘Hello On Two’, yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.

Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.

(Baca: Anwar Favourite Tweet Gambar Gay Kerja ‘Jahat’ Siber UMNO!? )

“Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini,” katanya.

Dalam rancangan itu, Dr Mahathir berkongsi pendapat dan rahsia termasuk rutin harian, falsafah perniagaan, dan rahsia kesihatan yang membuatkan beliau sentiasa sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun.

Beliau turut menamakan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber inspirasi beliau, kerana kagum dengan kesabaran dan kehebatan Baginda semasa berhadapan dengan golongan yang membencinya, selain berjaya membangunkan masyarakat Islam yang bertamadun.

Rancangan itu diadakan sempena ulang tahun ke-11 Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke empat sejak 1981 dan berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun.

Semasa rancangan sejam itu berlangsung, pelukis Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda melukis sebuah potret Dr Mahathir.

Sumber: BERNAMA

Friday, December 27, 2013

Nasihat Dr. Mahathir, 'Kurangkan Kos Bukannya Naikkan Harga'!

Nasihat Dr. Mahathir, 'Kurangkan Kos Bukannya Naikkan Harga'!

Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.

Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

“Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.

“Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.

“Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial.

BACA INI JUGA: Benarkah Goods and Services Tax (GST) Hanya Memiskinkan Rakyat?

Sumber: mynewshub

Thursday, September 05, 2013

Dr. Mahathir Yakin AS Tidak Akan Menyerang Syria

Dr. Mahathir Yakin AS Tidak Akan Menyerang Syria

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Amerika Syarikat (AS) tidak akan melakukan serangan ke atas Syria kerana tindakan itu disifatkan boleh memakan diri.


Dr. Mahathir berkata, ketegasan kerajaan pimpinan Barack Obama kononnya mahu menyerang Syria hanya bertujuan mengelak negara itu menanggung malu atas kenyataan sebelum ini.

Menurut beliau, AS sebelum ini mengugut akan menyerang Syria sekiranya negara itu menggunakan senjata pemusnah dan perkara tersebut sudah terbukti selepas beribu-ribu rakyat negara berkenaan dikatakan terbunuh kerana serangan senjata kimia baru-baru ini.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

"Jadi negara itu mahu mencari jalan keluar dengan menyatakan mahu bertanya kepada Kongres. Kongres AS mungkin membantah, rakyat AS sendiri tidak menyokong pembabitan negara mereka di Syria.

"Obama mahu lari sebab rakannya, Perdana Menteri Britain, David Cameron menyebut mahu menyerang Syria, tetapi Parlimen negaranya tidak setuju," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, serangan AS ke atas Iraq dan Afghanistan sebelum ini memberi pengajaran perang jangka pendek adalah mustahil.

Menurut beliau, AS ketika menyerang Iraq mendakwa mampu menjalankan misi itu dalam tempoh hanya tiga bulan namun berlanjutan hingga lebih 10 tahun.

"Tetapi kini mereka mahu menyerang Syria pula. Apa sebenarnya yang mahu dilakukan di Syria? Mereka mendakwa mahu berperang secara terhad, tetapi bagaimana mahu mengehadkan perang?" katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir menasihatkan rakyat menyelaraskan cara hidup berikutan kenaikan harga minyak.

"Sekarang naik 20 sen, mula-mula rasa pedih tetapi buatlah sedikit penyelarasan. Minyak di Britain dijual dengan harga RM7 seliter," katanya.

Ditanya cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdialog dengan kerajaan, beliau berkata, dialog seperti itu tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak. -Utusan

Thursday, January 17, 2013

Mahathir Mengaku Luluskan Pemberian Kad Pengenalan Kepada Pendatang Asing

Mahathir Mengaku Luluskan Pemberian Kad Pengenalan Kepada Pendatang Asing

Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini mengaku meluluskan kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah di era pentadbirannya tetapi semua dibuat berdasarkan undang-undang.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil menjadi saksi di RCI mengenai pendatang asing di Sabah yang bersidang sekarang.

Mahathir berkata selagi seseorang individu tersebut memenuhi syarat seperti fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menetap di Malaysia mereka berhak untuk mendapat status sebagai rakyat Malaysia.

“Semasa saya jadi perdana menteri memanglah saya berkuasa menentukan pelaksanaan dasar kerajaan.

“Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu malahan mereka yang berada disana bukan satu dua hari tetapi sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu, berhak jadi rakyat Malaysia ” kata Mahathir semasa memberi maklum balas terhadap kenyataan saksi inkuiri Suruhanjaya Di Raja RCI berkenaan pendatang haram yang mengatakan pentadbirannya terlibat dalam pemberikan kad pengenalan di Sabah pada 1993-1994.

Dr. Mahathir walaubagaimanapun mengakui terdapat pihak yang tidak senang dengan langkah pemberian kewarganegaraan tersebut tetapi menyatakan langkah tersebut dilakukan mengikut undang-undang.

“Jadi masalahnya ialah apabila ada orang tidak senang bila ada yang jadi rakyat Malaysia walaupun individu tersebut sudah lama menetap di Malaysia itu yang timbul masalah.

“Saya akui saya bagi kewarganegaraan di zaman pentadbiran saya ada diberikan ” tambah Mahathir.

Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Tunku Abdul Rahman telah memberi lebih satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tetapi tiada siapa persoalkan.

Sumber: mynewshub.cc