Saturday, July 23, 2016

Cerpen: Cinta Siti Zulaika

Cerpen: Cinta Siti Zulaika

Patera kemboja gugur ketika ku tiba. Melayang-layang disongsang semilir. Sunyi taman itu sesunyi hatiku. Tiada burung yang menyanyi riang. Sore itu ku rasa terlalu hiba. Sehiba hatiku.

Cinta Siti Zulaika

Apabila aku ditanya Zulaika, saat dan waktu mana yang paling indah dalam hidupku, tentu aku akan memilih saat dan waktu kami diijabkabulkan.

Ramai tetamu memuji kecantikannya, membuat hatiku dialun rasa iri.

"Cemburumu itu tidak pernah habis Yusof. Semasa kita bermadu kasih sehingga Ika erat digenggamanmu. Sampai bila habisnya, Ika tidak pasti."

"Tidak akan ada habisnya Zulaika, kerana sayang abang pada Zulaika selamanya. Bila ada cemburu di hati abang, tandanya ada sayang."

"Tapi cemburu abang membuat Ika terseksa. Ika mahu abang tahu, di hati Ika hanya ada abang. Kalau abang cemburu, makna abang saksi."

Siti Zulaika, benarkah semua mimpi kita telah menjadi nyata? Ku anugerahkan dirimu dengan nama Siti Zulaika binti Abdullah, untuk mengotakan mimpi Zulaika yang dendam berahi akan Yusof sehingga sanggup berlaku fitnah.

Raja Mesir telah melepaskan isterinya, Zulaika agar gelora di hati Zulaika menjadi tenang dan Yusof yang tidak berdosa memilih penjara daripada hidup dalam lautan murka Tuhannya bebas dari derita.

Siti Zulaika, akulah Yusof yang merampasmu dari taman larangan kerana cinta dan tidak mampu ku sihir perasaan yang terpatri dihati ini menjadi perasaan yang lain.

Bondamu melarang. Ayahmu tidak merestui hubungan kita lantaran adat dan agama yang berbeza.

Kau sanggup digelar anak derhaka demi aku. Kau rela meminggirkan kedua orang tua kerana kasih kita. Aku yang terpilih walaupun kasih orang tua tidak mungkin dapat ditukar ganti.

"Tanggungjawabmu besar Yusof. Kau memegang amanah Tuhan, mengislamkan Siti Zulaika seperti penganut asal.

"Kalau kau cuai dan dia tersasar, kau akan berdosa," kata ibu, memahat sebuah beban seberat konkrit di pundakku.

"Saya akan membimbing Zulaika menjadi muslimat sejati, ibu.

"Seperti cinta saya padanya, saya tidak akan mengabaikan dia walau apa pun yang terjadi," tukasku meyakinkan ibu yang sentiasa bimbang dengan secangkir iman yang aku ada.

Tidak mungkin akan dapat membasahi hati Zulaika dengan keimanan yang kukuh, aku tidak rela membiarkan Zulaika hangus dibakar neraka kerana aku sangat sayang padanya.

Bulan madu, kami lewati dalam seribu bahagia. Manisnya tidak serupa ketika di alam percintaan.

Sesaatnya Zulaika tidak pernah lari dari sisiku kerana aku tidak mahu dia hilang, dalam jaga dan mimpi, Zulaika sentiasa ada menemani wangi percintaan ini.

"Ahh.. hidup ini bukan mimpi," aku mendengar Zulaika melepaskan keluhan yang berat. Layaknya seperti orang yang sudah putus harapan.

"Abang mahu terus bermimpi kalau dalam mimpi ini Ika ada di sini abang," ucapku sambil membelai mesra helai rambutnya.

Wajahnya yang kelam sedikit terhibur. Aku tahu Zulaika tidak akan menyembunyikan keresahannya di luar tahuku.

"Ibu ada bertanya. Mungkin abang juga disoal soalan yang serupa," suaranya lirih. Teka yang bermain dipetak mindaku terlerai.

Sesungguhnya aku dapat membaca bahasa resah yang mengganggu hatinya.

"Kita masih sabar menanti sayang. Abang akan pujuk ibu supaya bersabar kerana Allah bersama orang-orang yang sabar."

"Lima tahun sudah cukup lama, abang!" Zulaika mengeluh lagi.

"Bagi abang tidak lama. Terasa seperti baru semalam kita mengecapi indah malam pertama."

"Abang janji akan memujuk ibu?"

Aku mengangguk.

"Apa ibu mahu menentang kuasa Tuhan?" tanyaku kepada ibu, lembut.

"Bukan begitu Yusof. Ibu mahu cepat menimang cucu. Ibu takut ibu kempunan. Bila-bila masa saja ibu akan menghadap Ilahi.

"Kalau itu terjadi, mata ibu tidak akan tertutup rapat Yusof.."

"Resah kami seperti resah ibu juga, segala ikhtiar telah kami usahakan tapi masih belum berhasil.

"Zulaika masih gagal menyemai benih Yusof di rahimnya."

"Kau mesti usaha cara lain Yusof."

"Maksud ibu?"

"Berkahwin lagi!"

"Yusof tidak sampai hati ibu!"

"Yusof sampai hati melihat ibu kempunan? Kau satu-satunya zuriat yang ibu ada."

Ibu membuat aku menjadi serba salah. Hatiku bak terbelah dua.

"Yusof, cinta yang kau ada tidak akan menjadikan kau seorang lelaki yang sempurna.

"Tidak selama-lamanya kau mahu mengepah manis percintaan.

"Cintamu perlu bercambah untuk kau mengongsi rasa bahagia yang lebih hakiki.

"Kau akan tua Yusof dan ketika itu cintamu akah hilang saktinya," itu suara iblis yang mengganggu.

Aku akhirnya terpujuk jua.

"Zulaika akan bahagia kalau abang bahagia."

"Abang mahu memenuhi hasrat ibu."

"Zulaika tahu dan restui hasrat abang yang suci itu.

"Zulaika bahagia dan bangga kerana cinta Zulaika tidak pernah memesong hati abang untuk terus berbakti kepada orang tua abang."

"Terima kasih Zulaika."

Pada malam ijabkabul itu, aku melihat air mata Zulaika tumpah dipipinya. Aku sebak.

Malam itu kami sama-sama menangis. Inikah hakikat sebuah kehidupan?

Khadijah, wanita yang dipilih oleh ibu untukku. Aku harap dia dapat memenuhi segala hajat ibu.

Khadijah kunikahi tanpa seulas pun perasaan cinta. Berdosakah mendustainya dengan layar kasih yang berwarna pelangi?

Layar kasihku bukan berwarna putih. Tiada kesucian kasihku untuknya. Semoga dia akan mengerti segala perasaanku suatu hari nanti.

Khadijah anak yatim piatu. Dia menyandar seluruh hidup ditanganku. Aku tidak tergamak menyiakannya.

Sungguh cuma rasa kasihan yang ada di hatiku terhadapnya. Segala kasihku telah dimiliki oleh Zulaika.

Khadijah membalas segala kasih sayang yang kuberi tanpa ikhlas ini dengan ketaatan. Dia seorang isteri yang baik.

Siti Zulaika masih wanita tabah walaupun pada zahir, hatinya luluh terluka.

"Abang mesti mencintainya kerana dia juga berhak. Berdosa kalau abang mengabaikan dia," ujar Zulaika.

Zulaika isteri yang terlalu baik walaupun semua kebaikkannya telah ku tuba dengan menghadiahkannya sebuah istana yang perlu dikongsi dengan wanita lain.

Aku tahu itulah ketakutan bagi seorang isteri. Ketakutan yang serupa dengan wanita lain, tidak rela kasih dibahagi dua.

Penantian ibu sampai ke penghujung. Gembira orang tua itu bukan kepalang.

Ibu memilih Muhammad Farhan, yang bererti kegembiraan untuk zuriatku bersama Khadijah. Impian ibu terpenuhi.

Pastinya ibu puas dengan hidupnya. Dia pergi menghadap Ilahi dalam keadaan tenang ketika usia Farhan menginjak setahun.

Ketika itu aku jadi muak dengan Khadijah. Mungkin selama ini aku terpaksa setia pada ikatan kami, hanya kerana ibu.

Hanya kerana ibu, aku korbankan cintaku terhadap Zulaika untuk dicalarkan.

Kalau bukan kerana ibu, tidak akan ku sanggup membiarkan Zulaika berenang di dalam lautan madu umpama hempedu ini.

"Abang hanya mahukan Farhan daripada Khadijah.

"Selebihnya abang menerima Khadijah hanya kerana ibu. Abang tidak mahu menipu lagi, terutama Zulaika yang abang kahwini kerana cinta," ucapku lirih, aku lihat air matanya mengalir.

Aku harap dia mengerti dan aku tidak mahu berterusan melukai kerana baktinya kepadaku bukan sedikit.

Selembar nyawa hampir terputus daripada badannya kerana melahirkan zuriatku. Aku akan kenang segala pengorbanan itu.

"Khadijah tahu cinta abang tidak pernah ada untuk Khadijah, tapi tidak bolehkah abang terus melindungi Khadijah dengan tidak memutuskan ikatan perkahwinan ini?

"Khadijah tidak rela hidup dalam fitnah manusia kerana seorang wanita tanpa suami di sisi terlalu hina pada pandangan masyarakat."

"Khadijah, abang hadiahkan rumah ini dan nafkah yang mencukupi sebagai hadiah pengorbanan Khadijah terhadap abang."

Aku ceraikan Khadijah dengan talak satu.

Aku membuat keputusan tanpa pujukan sesiapa walaupun Zulaika mengatakan tindakan aku itu sangat kejam. Aku sebenarnya lebih kejam kerana curang padanya selama ini.

Farhan aku rampas daripada Khadijah melalui kuasa mahkamah. Zulaika turut menangis bila melihat Farhan memangis kerana rindukan ibunya.

"Abang, jangan rebut Farhan. Hanya dia yang tinggal pada Khadijah," aku tidak hiraukan rayuan Khadijah. Farhan terus ku bawa pergi.

Senja Nan Merah

"Abang, senja semakin merah. Sebentar lagi matahari akan tenggelam dan malam akan menyambung amanah Tuhan," sapa Khadijah membuat aku tersentak.

"Mana Farhan?"

"Di dalam kereta. Dia tertidur kerana lama menanti abang."

Aku tinggalkan pusara Zulaika pada petang yang bening itu. Aku berjanji akan datang lagi untuk kuhadiahi doa untuknya.

Zulaika pergi buat selama-lamanya sebulan lepas kerana barah payudara, dan dia sempat meminang Khadijah untukku semula.

Katanya, walaupun bukan untuk Khadijah, sekurang-kurangnya untuk Farhan. Jangan carikkan kasih sayang yang ada kerana aku yang bersalah kalau terjadi apa-apa kepada Farhan.

Aku belajar menyayangi Khadijah, sekalipun sakit kehilangan Zulaika tidak akan mampu dirawat sampai ke akhir hayat.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Dalam Air Ada Puaka

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, June 28, 2016

Cerpen: Dalam Air Ada Puaka

Cerpen: Dalam Air Ada Puaka

Kedamaian rumah peranginan dipinggir tasik itu bagaikan terganggu dengan kehadiran sekumpulan remaja. Rumah peranginan itu memang terpencil. Untuk sampai, mereka terpaksa mengambil masa selama lima jam.

Rumah peranginan seram.jpg

Kalau tidak kerana sebuah laman web yang menyiarkan tentang kewujudan rumah peranginan itu, sudah pasti sampai bila-bila pun kumpulan remaja itu tidak akan tahu tentang lokasi itu.

Kehadiran mereka disambut oleh seorang wanita tua berambut putih yang disanggul tinggi. Wanita itu tidak banyak cakap. Sekadar memperkenalkan dirinya sebagai Puan Anne.

Setelah menyerahkan kunci bilik dan menerangkan jadual waktu makan, Puan Anne terus berlalu ke tingkat bawah. Tidak tahu ke mana perginya.

Remaja-remaja itu pula berebut-rebut keluar dari rumah berkenaan setelah menyimpan beg di dalam bilik. Mereka berlari berkejaran menuju ke kolam renang yang ada di situ.

"Waa..cantiknya! Tapi kenapa air dia hitam je?" tanya Sofea setelah mendapati keadaan dasar kolam itu gelap, sehingga dia tidak pasti sedalam mana kolam itu.

"Dasar aje gelap. Air dia jernihlah!" balas Azue sambil merenjis-renjiskan air kolam itu ke muka Sofea.

Terjadilah adegan simbah menyimbah antara enam anak muda itu. Masing-masing mula terjun ke dalam kolam tersebut. Seronok betul mereka bergurau senda.

Puaka Air [3].jpg

Kedudukannya disebelah tasik, membuatkan mereka dapat mandi manda sambil menikmati keindahan pemandangan tasik.

"Wah!" Firdi timbul dipermukaan air sambil tercungap-cungap.

"Dalamnya kolam ni!"

"Dalam?" yang lain-lain bertanya srentak.

"Ha ah.. dalam betul. Aku agak mungkin dekat 20 kaki dalamnya. Tak nampak apa. Gelap!" Firdi menerangkan.

Tadi dia cuba menyelam untuk menduga kedalaman kolam tersebut kerana dia sendiri hairan kolam itu gelap, tidak biru jernih seperti kebanyakan kolam renang yang pernah ditemuinya.

"Tak payahlah kau nak ukur dalam kolam ni. Yang penting kita datang sini nak bercuti, menikmati tempat yang cantik ini!" Manan mengingatkan.

Mereka benar-benar seronok hingga terlupa hari sudah semakin gelap sehinggalah Puan Anne tiba-tiba muncul memanggil mereka supaya bersiap untuk makan malam.

Hidangan makan malam yang dimasak sendiri oleh Puan Anne memang lazat. Mereka tersandar kekenyangan sambil berbual-bual sebelum masuk ke bilik masing-masing dan terus terlena.

Tapi berlainan dengan Winne. Dia gelisah tidak dapat tidur. Winnie bangun dan berjalan menuju ke tingkap.

Sejak dari tadi dia bagaikan terdengar air berkocak kuat dan dia sendiri tidak dapat memastikan sama ada air kolam atau tasik yang berkocak.

Ketika berdiri ditepi tingkap, Winnie melihat Puan Anne sedang berdiri dibawah cahaya bulan yang terang, menghadap tasik.

Entah macam mana, Puan Anne tiba-tiba berpaling mendongak ke arah Winnie. Berderau darah Winnie jadinya.

Dia cepat-cepat mengejutkan Sofea tetapi gadis itu tidur mati. Tanpa berfikir panjang Winnie berjalan terjengket-jengket keluar dari bilik.

Winnie keluar dan berdiri di tepi kolam, namun dia tergamam bila melihat air tasik bergelombang secara tiba-tiba. Namun Winnie tidak berdaya untuk bergerak.

Bila gelombang di tasik itu tenang, suasana disekeliling turut tenang. Baru saja Winnie mahu berpaling, tiba-tiba dia terasa ada seseorang menolaknya dari belakang.

Winnie terjatuh ke dalam tasik. Dia cuba berenang untuk kembali naik ke atas permukaan air.

Berbayang-bayang dari dalam air, dia melihat Puan Anne berdiri ditepi kolam sambil tersengih memandangnya.

Winnie tergapai-gapai cuba meminta pertolongan tetapi terasa ada satu pusaran air yang sangat kuat sedang menariknya jauh ke dasar kolam.

Malah, Winnie merasakan ada cengkaman tajam dibahagian pinggangnya. Winnie menjerit kesakitan.

Nafasnya tidak mampu dikawal lagi menyebabkan dia tertelan air dan menyekat pernafasan Winnie. Tubuhnya menjadi lemah dan dia semakin jauh ditarik ke dasar kolam.

Kehilangan Winnie menggemparkan rakan-rakannya yang lain. Puan Anne cuma mengangkat bahu bila mereka menanyakan tentang Winnie. Terpaksalah mereka berusaha sendiri mencari Winnie.

Untuk melaporkan kehilangan Winnie kepada polis adalah mustahil memandangkan rumah peranginan itu begitu terpencil.

Lagipun van yang menghantar mereka hanya akan datang mengambil mereka semula dalam masa enam hari lagi.

Puaka Air [2].jpg

Mereka terus mencari disekitar rumah peranginan tersebut, tetapi usaha itu gagal. Mereka bergerak lebih jauh, menyusuri pinggiran tasik.

Tiba-tiba Sofea menjerit nyaring. Mereka bergegas mendekati Sofea yang sedang menggigil ketakutan sambil menuding ke satu arah ditepi tasik.

Demi terpandang ke arah yang ditunjukkan Sofe, mereka juga turut menjerit ketakutan.

Mayat Winnie kelihatan terapung-apung dipermukaan tasik dengan mata terjojol hampir terkeluar.

Lebih mengerikan bila mayatnya tinggal separuh badan. Segala isi perutnya juga melimpah keluar!

Sofea menangis sekuat hati. Dia benar-benar takut melihat keadaan itu.

Firdi, Azue, Marvin dan Daniel buntu memikirkan bagaimana Winnie boleh jadi begitu.

Akhirnya mereka berempat berpakat untuk berenang ke dalam tasik untuk menarik keluar mayat Winnie.

Baru sahaja tangan mereka hendak mencapai rambut Winnie, tiba-tiba sahaja mayat Winnie tenggelam dengan pantas. Mereka berempat tergamam.

"Tengok tu!!!" Sofea menjerit dari atas tebing. Air tasik kelihatan bergelombang kuat. Menggelupar Firdi, Azue, Marvin dan Daniel cuba berenang ke tepi.

Daniel yang ketinggalan dibelakang tiba-tiba menjerit dengan tangan terkapai-kapai meminta pertolongan.

Air disekelilingnya kelihatan berubah menjadi merah. Firdi bertindak berani, menunjukkan keberanian dengan cuba menarik Daniel.

Namun, dia sendiri tiba-tiba terasa ada sesuatu sedang menusuk perutnya. Tubuhnya direntap kuat dan terus hilang dari permukaan air, diikuti dengan tubuh Daniel.

Azue dan Marvin cemas. Mereka berlumba-lumba untuk sampai ke tepi.

Sofea yang berada ditepi tiba-tiba menjerit dan tergamam bila air bergerak kuat, menunjukkan ada sesuatu sedang berenang dari dalam air dengan laju menuju ke arah Azue dan Marvin.

"Cepat Azue! Cepat Marvin! Cepat!!!" Sofea menjerit sambil cuba menghulurkan tangan ke arah Azue dan Marvin.

Tinggal lagi sedepa, Azue dan Marvin tiba-tiba ditarik serentak lalu hilang dari permukaan air.

Sofea terduduk dengan wajah pucat. Segalanya berlaku dengan pantas. Empat sahabat lelakinya hilang dalam sekelip mata.

Tiba-tiba keempat-empat kepala sahabatnya itu muncul dipermukaan, tetapi hanya kepala!!

Sofea menjerit sungguh-sungguh. Sekelip mata kemudian, kepala itu hilang!

Tanpa berlengah, Sofea berlari menuju ke rumah peranginan. Dia perlu keluar dari situ dengan apa cara sekalipun.

Kejadian ngeri yang menimpa rakan-rakannya benar-benar menakutkan.

Puan Anne tiba-tiba muncul dari belakang Sofea yang sedang menggelatar cuba membuka pintu bilik.

Belum sempat Sofea mahu mengadukan kejadian ngeri itu kepada Puan Anne, dia tergamam dengan mulut ternganga apabila melihat senyuman terukir di bibir Puan Anne. Senyuman yang sangat menakutkan.

Sofea tidak jadi membuka pintu bilik, sebaliknya dia bergegas turun ke tingkat bawah. Larian Sofea tidak teratur.

Ketika berlari ditepi kolam, Sofea dikejutkan dengan kemunculan secara tiba-tiba lima kepala sahabatnya dipermukaan kolam.

Sofea begitu terkejut. Debaran begitu menggila di dadanya. Nafasnya tercungap-cungap.

Sofea cuba mengimbangi badannya tetapi dia tercebur di dalam kolam. Dalam keadaan terkapai-kapai, Sofea melihat Puan Anne muncul ditepi kolam bersama pemandu van.

Tiba-tiba dia terasa ada pusaran kuat sedang menariknya ke dasar kolam. Sofea tenggelam namun masih berusaha untuk naik ke atas permukaan.

Ketika itu dia melihat ada satu lubang hitam pada dinding kolam sedang terbuka luas. Lubang itu betul-betul menghala ke tasik.

Puaka Air.JPG

Kelihatan dua cahaya merah berkelip-kelip sedang mendekatinya dari arah lubang tersebut.

Suasana dasar kolam yang gelap menyukarkan Sofea untuk melihat apakah makhluk itu.

Sofea nampak satu makhluk panjang sedang melingkari tubuhnya. Bukan satu tetapi dua, tiga dan banyak lagi! Kesemuanya bergigi tajam, menusuk seluruh tubuh Sofea.

Akhirnya, Sofea tidak dapat bertahan lagi. Nyawanya putus bila badannya terputus dua direntap sesuatu yang tidak jelas pada pandangan matanya.

Untuk satu jangka masa yang panjang, makhluk di dalam air itu akan tenang.

Puan Anne dan pemandu van berdiri ditepi kolam, tersenyum puas..

BACA INI JUGA: Cerpen: Cinta Sate

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, June 18, 2016

Cerpen: Cinta Sate

Cerpen: Cinta Sate

Berkali-kali Bada menilik diri di cermin. Belum puas dengan penampilan dirinya biarpun sudah hampir setengah jam dia bersiap. Ada saja yang tidak kena dimatanya.

Cinta Sate

Pakaian baru yang dikenakannya bagai tidak sempurna. Matanya melirik jam dipergelangan tangan. Dia harus bergerak sekarang supaya tidak terlewat.

Sebelum keluar, sempat lagi Bada membetulkan tali leher agar betul-betul kemas.

Kemudian, Bada tersenyum membuktikan bahawa dia telah benar-benar berpuas hati.

Buat pertama kali di dalam hidupnya, Bada mengenakan kot dan tali leher. Pakaian yang ditempah khas itu disesuaikan dengan majlis yang akan dihadirinya.

Bukan majlis biasa kerana ia diadakan disebuah hotel bertaraf lima bintang dan bakal dihadiri oleh orang kenamaan, bukan orang kebanyakan seperti dirinya.

Tiba di jalan raya, Bada hampir-hampir membuat kesilapan. Mujurlah dia sempat sedar bahawa dengan penampilan dikenakan sekarang tidak sesuai untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Dia harus membuang sedikit duit untuk menaiki teksi, itu pun kalau diikutkan hati, masih belum setaraf.

Sepatutnya dia menempah limousin, malangnya dia tahu bahawa kalau dia berbuat demikian, bermakna dia terpaksa makan meggi untuk beberapa bulan.

Setelah menahan teksi, Bada duduk dibelakang memaklumkan destinasi yang dituju. Sesekali pemandu teksi melirik cermin belakang melihat penampilan Bada.

Bada tahu dirinya sedang diperhatikan, tetapi dia sekadar buat muka selamba. Bukan semua orang bertuah seperti dirinya.

Bada mengenang kembali rentetan peristiwa yang berlaku sehingga membawa ke hari ini. Episod cinta dan kasih sayang bermula kira-kira enam bulan yang lalu.

Pekerjaannya sebagai penjual sate membawa kepada perkenalan dengan seorang gadis cantik. Bukan saja cantik tetapi kaya raya.

Sungguh tidak diduga kerjayanya sebagai penjual sate akan menemukannya dengan seorang bidadari.

"Pandailah cik ni bakar sate. Garing dan rangup."

Pujian itulah yang menjadi titik mula sebuah perkenalan. Sejak hari itu, gadis bernama Melissa itu sering datang ke warung tempatnya bekerja.

Bada bangga dengan kepakarannya membakar sate. Tidak sia-sia dia hanya bersekolah setakat darjah enam.

Melissa sering datang dengan beberapa orang kawan. Lelaki dan perempuan. Dan pada pengamatan Bada, gadis itu tidak pernah membawa teman lelakinya.

Seringkali kawan-kawannya bertukar ganti. Tidak ada yang tetap. Setiap kali datang, sate dipesan dan semestinya dia sendiri yang membakar.

Dari perasaan bangga, tumbuh perasaan cinta dihati Bada. Betapa gadis itu telah memikat hatinya.

Melissa pula sering datang berkunjung. Acap kali juga mengajak Bada duduk bersamanya, bergurau dan ketawa. Bada benar-benar berada dipuncak kebahagiaan.

Namun demikian, dia mula menyedari bahawa perbezaan diantara mereka bagaikan langit dan bumi. Sukar untuk bergandingan.

Seringkali dia meratapi nasib, kenapalah taraf mereka jauh berbeza.

Hari berganti hari, Melissa semakin mesra dan akrab. Diantara mereka tiada lagi batas untuk bergurau dan ketawa bersama.

Perhubungan mereka bukan sekadar antara pelanggan dan penjual, tetapi sebagai kawan baik.

Kadang-kadang Melissa datang seorang diri dan memintanya menemani.

Semua itu menjadikan Bada semakin yakin bahawa kunjungan Melissa bukan lagi sekadar hendak makan sate, tetapi sebenarnya mahu mendekatinya.

Cuma, Melissa seorang gadis, mustahil hendak meluahkan isi hatinya terlebih dahulu. Bada yakin apa yang dirasainya sama seperti apa yang dirasai oleh Melissa.

Setiap saat mereka bersama, tidak pernah diselangi dengan kebosanan. Melissa seakan tidak mahu pulang, sedangkan Bada pula seperti tidak mahu lagi pelanggan lain datang.

Sebabnya, kalau pelanggan lain datang, dia terpaksa meninggalkan Melissa buat sementara waktu kerana perlu membakar sate.

"Bulan depan harijadi Lis tau. Awak mesti datang. Kedatangan awak diwajibkan.

"Lis beritahu awal-awal supaya senang awak minta cuti. Kalau last minute nanti, awak ada alasan tak nak datang.

"Jangan tak datang, nanti Lis nangis.."

Hampir-hampir Bada diserang heart attack sewaktu mendengar suara manja Melissa mengalunkan permintaan dengan suara mendayu. Selembut angin semilir.

Bada bagai terbuai-buai di awang-awangan. Kakinya bagai tidak berpijak di bumi nyata.

Kehadirannya adalah satu kewajipan. Bermakna dia adalah seseorang yang amat penting dalam hidup Melissa.

"Bila hadijadi awak?" tanya Melissa.

Bada tersipu. Seumur hidupnya tidak pernah dia meraikan harijadi. Malah, dia tidak pernah ambil tahu tentang perkara itu.

Seringkali dia terlupa tarikh lahirnya sendiri. Seperti sekarang, dia termangu bila Melissa menanyakan soalan itu.

"Saya tak pernah sambut harijadi saya."

Melissa memandang Bada dengan pandangan simpati. Bada menunduk, malu kerana direnung begitu.

"Tak apalah, tapi Lis nak tahu bila tarikhnya."

Terpaksalah Bada mengeluarkan kad pengenalan. Segera Melissa menarik dari tangannya.

"Wow! Lagi tiga hari. Nasib baik Lis cepat tanya."

Tiga hari kemudian, Bada menerima kejutan paling mengejutkan dalam sejarah kehidupannya.

Melissa muncul bersama beberapa orang kawan. Bukan itu saja, mereka membawa sebiji kek.

Berlinangan air mata Bada ketika meniup lilin, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sejak dilahirkan.

"Apa ni?" tanya Bada sewaktu Melissa menghulurkan sebuah bungkusan.

"Selamat ulang tahun. Ini hadiah dari Lis. Semoga panjang umur dan murah rezeki."

Pulang dari bekerja, Bada terus berkurung dalam bilik. Membuka hadiah yang diberikan oleh Melissa dan menangis semahu-mahunya.

Keharuan tidak dapat membendung sebak menyebabkan matanya mengalir tanpa henti. Layanan Melissa terhadapnya melebihi dari seorang kawan biasa.

Lalu Bada membuat kesimpulan bahawa diantara mereka sudah terjalin sesuatu yang lebih hebat dari biasa, membuktikan bahawa selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Melissa telah menunjukkan kasih sayangnya dengan pemberian dan perhatian. Tidak mungkin Melissa meluahkannya dengan kata-kata kerana Melissa adalah seorang gadis yang masih diselimuti ciri-ciri gadis timur.

Sebagai lelaki, Bada tahu bahawa tanggungjawab untuk meluahkan perasaan menjadi tanggungjawabnya.

Teruna dan dara
Gambar hiasan.

Dia yang harus memulai. Kemudian barulah Melissa akan meluahkan perkara yang sama.

Bada memegang kemas hadiah yang diberikan kepada Melissa. Sebuah hadiah istimewa yang melambangkan isi hatinya terhadap gadis itu. Malam ini dia akan membisikkan sebuah luahan cinta.

Lamunan Bada terhenti bersamaan terhentinya teksi yang membawanya di depan sebuah hotel.

Selepas membuat bayaran, Bada melangkah keluar dengan senyuman bangga. Terus saja dia menanyakan tempat berlangsungnya majlis Melissa.

Setelah dimaklumkan, segera Bada menuju ke dewan yang bakal menjadi saksi luahan perasaan cintanya terhadap Melissa.

Salah seorang petugas menyambut kehadiran Bada. Melissa tidak kelihatan dimana-mana. Demikian juga dengan tetamu lain.

Bada memang memaklumi perkara itu kerana Melissa sudah memberitahu agar datang dua jam lebih awal.

Sudah tentu Bada tidak bertanya lebih lanjut kerana pasti kehadirannya paling diutamakan.

Melissa pasti mahu bergandingan dengannya untuk menyambut kehadiran tetamu lain. Pendek kata, dia bukanlah tetamu biasa.

"Saya Bada, mana Cik Melissa?" kata Bada pada petugas yang menyambutnya.

"Ooo.. Cik Bada. Saya memang ditugaskan untuk menyambut Cik Bada. Sila ikut saya."

Bada menyangka akan dibawa ke bilik khas. Bilik VIP untuk orang yang istimewa sepertinya. Dan tentunya Melissa sedang menuju ke situ.

Namun begitu, Bada mula berasa kurang seronok apabila petugas itu membawanya ke bahagian dapur hotel tersebut.

"Cik Melissa cakap, Cik Bada memang pakar dalam soal bakar sate. Sebab itulah saya diarahkan untuk membawa Cik Bada ke sini.

"Pihak hotel hanya menyediakan sate sahaja, tetapi soal membakarnya, diamanahkan kepada Cik Bada saja.

"Cik Melissa kata, tentang bayaran akan diuruskan kemudian. Sekian, terima kasih."

Malam itu, sekali lagi air mata Bada mengalir laju. Lebih laju dari air matanya sebelum ini.

Orang yang melihatnya menyangka kerana asap masuk ke mata sewaktu membakar sate, tetapi sebenarnya Bada menangis kerana malu pada diri sendiri. Cis!

BACA INI JUGA: Cerpen: Raja Melawak

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, June 12, 2016

Cerpen: Raja Melawak

Cerpen: Raja Melawak

Perlahan-lahan air mata Adim jatuh ke pipi. Bukan kerana dia terharu tapi kerana malu. Kalaulah ada dikalangan orang-orang kampung melihat dia sekarang ini, pasti akan gamat seluruh kampungnya esok hari.

Raja+melawak.jpg
Gambar hiasan.

"Eh, kau ada dengar cerita pasal Adim?"

"Kenapa dengan budak tiga suku tu?"

"Dia dapat masuk Raja Lawak!"

"Biar betul?"

"Aku dengar cerita dari kawan-kawan, katanya dia terpilih untuk masuk program tu.."

"Kalau betullah, maknanya tercapai juga hasrat dia nak masuk tv ye? Bangga aku sebagai orang sekampung dengan dia!"

"Bukan kau suka maki-hamun dia ke selama ni?"

"Masa tak terkenal, memanglah aku buat macam tu. Bila nama dia dah naik lepas ni, aku bangga. Untung-untung dapat tumpang masuk tv dengan dia.."

Akop dan Jeman semakin jauh berjalan meninggalkan kedai makan Anis Lawa. Kedua-duanya masih lagi rancak berbual tentang Adim, pemuda yang sering menimbulkan banyak masalah dikampung itu.

Bukan sedikit cerita tentang Adim yang menjadi buah mulut orang kampung.

"Nampak gayanya jadi artislah dia. Menyesal pulak aku baling dia dengan stereng kereta minggu lepas!" suara Akop dari kejauhan.

Matahari kian tenggelam nun jauh di ufuk. Burung-burung berterbangan dalam kawanan untuk kembali ke sarang.

Bunyi-bunyian unggas semakin menerawang menjelajahi angkasa. Menandakan sudah sampai waktu kehidupan malam bermula.

Sayup kedengaran suara azan tatkala senja semakin merangkak ke malam.

Adim menggaya-gayakan tangannya ke udara seolah-olah pelakon pentas opera beraksi menghidupakn drama.

Dihayun-hayunkan tangannya ke kiri dan kanan sambil mulutnya terkumat-kamit berbahasa tetapi tidak sedikitpun mengeluarkan suara.

Emaknya yang sudah bertelekung hanya memerhati dengan gelengan kepala.

"Sudah tu, Adim! Berhenti jadi bangsawan sekejap. Pergi ambil air sembahyang, lepas tu solat." tegur emak Adim mengingatkan.

Adim patuh menurut arahan emaknya. Segera Adim menunju ke bilik air seraya mencapai kopiah yang terletak ditepi para dapur. Ceburan demi ceburan air kedengaran.

Emak Adim menunggu dengan sabar. Sesudah itu, Adim berjalan menuju ke ruang tamu dan mengimamkan solat emaknya.

Raja Lawak.JPG
Gambar hiasan.

"Betul kau suka apa yang kau buat ni Adim?" soal emaknya sebaik sahaja selesai mengaminkan dia yang dibacakan oleh anak lelakinya sendiri.

"Betul mak! Ini memang impian Adim selama ni. Adim nak masuk tv. Adim nak jadi terkenal. Bila dah terkenal, baru Adim boleh dapat banyak peluang. Kita boleh jadi senang nanti mak.

"Tak payahlah asyik termenung menunggu hujan berhenti supaya boleh menoreh," jelas Adim.

"Ikut suka kaulah. Mak dah tua, dah tak nak pegang duit banyak-banyak. Mak nak tengok cucu saja, ujar emaknya penuh makna.

Adim menyambutnya dengan senyum kelat. Kemudian dia bangun dari sila sebelum melipat semula sejadah yang telah digunakan.

Selepas itu Adim melabuhkan duduk pula di bendul pintu. Merenung masa depannya yang entah terang ataupun kelam dengan debar ringan di dada.

Esok adalah langkah pertama untuk mengubah kehidupannya.

"Adim!"

Adim menoleh. Akop dan Jeman dilihat sedang melambai-lambaikan angan cuba berkata sesuatu.

Suasana disekitar yang riuh dengan pelbagai gelagat serta suara-suara orang ramai membuatkan dia tidak dapat mendengar apa yang cuba disampaikan oleh kedua-dua lelaki itu.

Dengan segala kepayahan, Akop dan Jeman berjaya datang dekat.

"Tahniah Adim! Aku bangga ada kawan macam kau!" ucap Jeman sambil termengah-mengah.

"Jangan malukan orang kampung, Adim! Kami semua takkan tengok rancangan lain malam ni. Semua orang kampung nak tengok siaran Raja Lawak!" ujar Akop pula.

Adim tersenyum. Dia tidak menyangka begitu cepat perubahan yang telah terjadi walaupun dia belum lagi menjejakkan kaki ke atas pentas.

Suatu ketika dahulu, kedua-dua lelaki itu sering menjadikan dirinya sebagai beg latihan menumbuk, tapi kini semuanya sudah bertukar.

Perlahan-lahan Adim mencapai beg seraya menjeling dari dalam bas ke arah emaknya yang sedang mengalirkan air mata.

Kemudian dia berpaling pula melihat Akop dan Jeman yang dari tadi belum jemu-jemu melambaikan tangan sebagai tanda mengucapkan selamat jalan.

Adim yakin dia akan berjaya membawa namanya ke puncak kegemilangan.

.............

Malam itu seluruh dewan yang menempatkan acara Maharaja Lawak menerima sorakan yang paling gemuruh diikuti dengan hilai tawa penonton yang terbahak-bahak.

Raja+melawak [2].jpg
Gambar hiasan.

Dan jauh dari dewan itu, Adim pula sedang terkulai layu.

"Itu hari abang kata saya dapat masuk rancangan Raja Lawak! Ini apa?"

"Aku kata nak ajak kau ikut aku jual temulawak, bukan masuk raja Lawak! Kau yang salah dengar, aku pula yang kena marah!"

Terngiang-ngiang perbualan itu di kepala Adim sebelum dia tercirit di dalam seluar akibat kesedihan melampau, di kaki lima bandar besar itu.

~Tamat

LIHAT KOLEKSI CERPEN ONLINE

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, June 04, 2016

Cerpen: Lama Dulu Dia Memang Wujud!

Cerpen: Lama Dulu Dia Memang Wujud!

"Beb! Kau nampak tak budak lelaki tu! Kiutnya!" Tiba-tiba Elly menepuk bahu Shiha yang sedang memilih buah-buahan disebuah gerai tepi jalan.

Lelaki+Tampan
Gambar hiasan.

Tepukan tanpa henti itu membuatkan Shiha mahu tidak mahu terpaksa menoleh. 'Mana? Kau ni pantang betul nampak budak kiut. Cepat aje kau!"

"Itu, kat gerai hujung tu.." Elly menudingkan jari. Shiha melihat ikut arah yang ditunjukkan.

Sebenarnya bukan budak tapi seorang remaja lelaki dalam lingkungan usia 16 tahun, sedang berlegar-legar dihadapan gerai paling hujung.

Tiba-tiba dia menoleh pandang ke arah Elly dan Shiha, menyedari dirinya diperhatikan remaja itu tertunduk, tersipu malu.

"Alahai.. memang kiut la weh.." secara spontan Shiha memuji.

Jarang sekali dia mahu memuji orang tapi remaja lelaki itu memang kiut, mukanya putih bersih dan rambut hitam ikal, walaupun badannya kurus.

"Ha.. kan aku dah cakap. Aku nak berkenalan dengan dia, mana tau dapat buat dia jadi adik angkat aku.." Elly tanpa segan silu menyuarakan hasratnya.

"Ish.. kau ni, jangan nak menggatal! Budak lagi tu! Shiha membantah hasrat Elly.

"Ala.. bukan nak buat pakwe pun, setakat adik angkat je. Aku pun bukannya ada adik. Eh, jom, budak tu dah nak pergi!"

Elly pantas menarik tangan Shiha bagi mengekori remaja lelaki tersebut.

Terkocoh-kocoh Shiha mengikuti langkah Elly. Sayangnya, kelibat remaja lelaki itu sudah hilang dari pandangan mereka.

"Ala.. dia hilang.." Elly mengeluh kecewa sambil mata masih meliar mencari kelibat remaja tersebut.

"Ish.. kau ni.. macam orang hilang anak pula. Jom la kita gerak sekarang, nanti malam susah. Mata aku rabun ayam." Shiha segera menarik lengan Elly dan berjalan menuju kereta.

Sebenarnya mereka dalam perjalanan menuju ke utara dan mahu bermalam di Kuala Perlis sebelum bertolak ke Langkawi untuk bercuti.

Baru beberapa minit memulakan perjalanan, Elly tiba-tiba menjerit teruja.

"Shiha! Itu! Itu! Budak lelaki tadi! Berhenti! Berhenti!"

Kelam-kabut Elly memperlahankan keretanya ke bahu jalan. Tidak jauh dihadapan mereka, kelihatan sebuah gerai makan dan sebuah pondok bas. Remaja tadi duduk termenung di pondok bas.

Sebaik sahaja Shiha memberhentikan keretanya, Elly segera keluar lalu menghampiri remaja lelaki itu dengan penuh rasa teruja.

Entah mengapa, sejak pertama kali melihat wajah remaja lelaki itu tadi, Elly tidak dapat menahan rasa hati mahu mengenalinya.

"Adik.. adik buat apa kat sini? Tunggu siapa?" tegur Elly tanpa menghiraukan pandangan dari orang-orang yang duduk digerai berhampiran pondok bas itu.

Remaja lelaki itu tersentak. Dia mendongak memandang Elly dengan mata terkelip-kelip.

Tiba-tiba datang Shiha menyampuk, "Maaf ya adik.. kawan akak ni dari tadi asyik tengok adik. Suka betul dia kat adik. Beria-ia nak buat adik jadi adik angkat.."

Berasa malu, Elly segera memekup mulut Shiha sambil tersengih memandang remaja lelaki yang kebingungan itu.

"Kakak.. suka saya? tanya remaja lelaki itu.

Cepat-cepat Elly mengangguk sambil matanya tidak lepas memandang wajah remaja lelaki tersebut.

"Siapa nama adik?" tanya Elly lalu segera duduk disebelah budah lelaki itu.

Shiha sekadar mampu menggaru kepala melihat gelagat Elly. Memang muka tebal sungguh Elly, sedangkan remaja lelaki itu hanya tersipu-sipu malu.

"Nama saya Budi, saya tunggu mak saya tapi mak tak balik-balik lagi.."

Mendengar jawapan itu, serta-merta hati Elly dan Shiha tersentuh. Shiha tergerak hati mahu memberikan wang tetapi baru menyedari beg tangannya tiada.

"Alamak Elly! Aku tertinggal beg tangan kat kedai buah tadi!" Shiha menepuk dahi sambil terjerit, cemas.

"Eh, kau tunggu di sini ya.. aku nak pergi ambil beg aku semula!" Shiha kelam-kabut dan panik.

"Ya..pergilah cepat. Kang kena kebas pulak beg tangan kau tu. Aku tunggu sini dengan Budi.." Elly berkata dan kemudian memandang Budi yang hanya tersenyum manis.

Shiha bergegas ke kereta dan berpatah balik ke gerai buah tadi.

Sementara menunggu Shiha kembali, Elly berbual-bual dengan Budi. Suka betul Elly melihat muka Budi yang manis, sehingga Elly tidak sedar hari semakin merangkak senja.

"Kak..dah lama kawan kakak pergi, kenapa dia masih tak balik-balik lagi?" tiba-tiba Budi mengingatkan Elly.

Baru Elly tersedar. Tetapi apabila dia mahu menelefon Shiha, baru teringat begnya tertinggal di dalam kereta Shiha.

"Alamak.. telefon akak tertinggal dalam beg.. kat kereta Kak Shiha.."

"Habis tu, macam mana? Dah nak malam ni. Takkan Kak Shiha tinggalkan akak kat sini?"

"Kenapa? Budi dah nak balik ke?" tanya Elly sambil menelan air liur. Gerai disebelah pondok bas itu sudah kelihatan mahu ditutup. Budi mengangguk.

"Aa..ah.. rumah saya jauh ke dalam sana. Tapi takkan saya nak tinggalkan kakak seorang diri kat sini?

"Sekejap lagi gerai sebelah ni tutup, memang sunyi dan gelap kat sini. Bahaya kak. Apa lagi untuk orang perempuan cantik macam kakak ni.."

"Err.." Elly tidak terkata. Dia hanya mampu menggaru kepala. Perkataan bahaya yang disebut Budi itu agak menakutkannya.

"Tak apalah.. saya temankan akak kat sini sampai Kak Shila tu datang.." Budi menawarkan diri membuatkan Elly segera tersenyum.

Dalam remang cahaya lampu gasolin gerai sebelah yang sudah pun ditutup, mereka terus berbual-bual.

Benar seperti kata Budi. Jalan disitu sangat sunyi dan gelap. Hampir tidak ada kereta yang lalu lalang.

Elly tidak sedar bila masanya dia tertidur. Tahu-tahu sahaja dia merasakan usapan dikepalanya. Apabila Elly membuka mata, dia melihat Budi tersenyum sambil memandangnya.

"Kak.. saya rasa kawan kakak tu tak datang semula ke sini."

"Hah?" Elly terperanjat lalu melihat jam ditangannya. Sudah pukul 12 malam.

"Ish.. ke mana pulak si Shila ni pergi?"

"Kita balik ke rumah saya? Tapi rumah saya kecil. Mungkin tak selesa kalau kakak nak tumpang tidur. Kakak mahu?" tanya Budi begitu merendah diri.

Elly diam sejenak. Memikir-mikir. Daripada tinggal di pondok bas seorang diri, lebih baik dia menerima sahaja pelawaan Budi. Dapatlah dia mengenali Budi dengan lebih dekat.

"Baiklah.. kakak ikut Budi balik." Elly bangun.

Budi segera memegang tangannya dan mereka pun berjalan beriringan meredah kegelapan menuju ke rumah Budi.

Apabila sampai di rumah, Elly terkejut apabila Budi memaklumkan yang dia hanya tinggal sendirian setelah ibunya pergi tidak pulang-pulang.

Sedih rasa hati Elly lalu tanpa sedar dia memeluk Budi, lalu Budi menangis di dalam pelukannya.

"Terima kaih kak.. sebab sayang saya.. saya sayang kakak.."

Elly mengangguk-angguk dan terasa pelukan Budi semakin erat.

Hilang

Shiha menangis sambil memandu kereta. Setelah berjaya mendapatkan kembali begnya yang disimpan oleh tuan gerai yang baik hati, Shiha segera berpatah balik untuk mengambil Elly.

Tapi peliknya, dia tidak melihat sebarang gerai makan mahupun pondok bas. Rasanya sudah berpuluh kali dia berpatah balik dan melalui jalan yang sama.

Lebih malang lagi, apabila dia baru menyedari beg tangan Elly tertinggal di dalam kereta apabila terdengar bunyi deringan telefon ketika dia cuba menghubungi Elly.

"Ya Tuhan.. Elly.. mana pulak kau pergi? Takkan aku yang sesat?" Shiha sudah hilang arah. Tidak tahu mahu berbuat apa lagi.

Shiha kembali ke gerai buah tadi. Disitu dia menangis-nangis meminta bantuan pemilik gerai buah tadi.

"Gerai makan dan pondok bas?" tuan gerai itu kehairanan.

"Eh.. setahu saya, tak ada gerai makan dan pondok bas di depan sana tu. Sebab kat situ kira jalan masuk ke hutan tu.."

Shiha terpelangah mendengarnya. Dia bersumpah berkali-kali mengatakan yang dia meninggalkan Elly dipondok bas itu bersama seorang remaja lelaki.

Berasa ada yang tidak kena, pemilik gerai itu meminta Shila mengikutnya pulang bagi mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

Mereka beramai-ramai keluar untuk membantu mencari Elly, sehinggalah mereka tiba di kawasan yang dikatakan oleh Shiha, ada gerai makan dan pondok bas.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang arif tentang ilmu ghaib berkata sesuatu yang mengejutkan.

"Jauh dah kawan kamu ni pergi. Payah dah dia nak patah balik. Budak tu dah bawa kawan kamu pergi ke dalam. Budak tu dah tak nak pulangkan balik kawan kamu.."

Shiha terperanjat mendengarnya.

"Maknanya, budak lelaki itu memang wujud?"

"Lama dulu. Berpuluh tahun dahulu, dia memang wujud. Tapi dia dah mati. Memang ni tempat dia.

"Tapi tak sangka kamu dan kawan kamu tu boleh ternampak dia, jadi, dia tak nak pulangkan kawan kamu!"

Jawapan itu sudah cukup membuatkan Shiha pitam. Itulah padahnya buat Elly, tersangkut pada remaja yang sudah mati.

Dan kini, Elly tidak boleh pulang lagi kerana Budi benar-benar telah menguasainya..

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Cucu Tak Dapat Lari

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 31, 2016

Cerpen: Cucu Tak Dapat Lari

Cerpen: Cucu Tak Dapat Lari

'Nenek, nenek, sibongkok tiga.. Siang mengantuk, malam berjaga.. Mencari cucu dimana ada.. nenek ku kahwin dengananak raja..

Cucu, cucu, tak dapat lari.. nenek tua banyak sakti.. sekarang nenek nak cari ganti.. siapa kena, dia yang jadi.."

Nenek sibongkok tiga
Gambar hiasan.

Nadiya menyanyikan lagu tradisi itu berulangkali sambil menghayun buaian dengan hujung kakinya.

Begitulah Nadiya setiap petang menghabiskan masa bersendirian ditaman permainan kanak-kanak itu.

Tiada siapa yang mahu bermain dengannya kerana kebanyakan kanak-kanak yang datang ke situ berusia sekitar lima hingga enam tahun, sedangkan Nadiya sudah darjah tiga!

Masakan dia yang sudah berusia sembilan tahun mahu bermain dengan kanak-kanak kecil!

Sudahnya Nadiya hanya duduk dibuaian itu dan memerhatikan sahaja kanak-kanak tersebut bermain disekitar taman.

Sambil memerhati, dalam tidak sedar, Nadiya sering menyanyi lagu tradisi 'Nenek nenek si bongkok tiga'.

Teringat dia pada sepupu-sepupunya di kampung. Mereka beramai-ramai bermain permainan itu.

Tapi sekarang Nadiya hanya sendirian ditempat baru kerana terpaksa mengikut ibu bapanya berpindah sekolah, tempat mereka mengajar. Bosannya Nadiya Tuhan saja yang tahu.

"Kenapalah kat sini tak ada budak sebaya Nadiya?" keluhnya sendirian.

Kemudian dia menyanyikan lagi lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga' itu.

"Cu.. buat apa duduk sini seorang diri?"

Nadiya tersentak mendengar teguran itu. Spontan dia terlompat dari buaian dan berpaling ke belakang.

Kelihatan seorang nenek tua berambut putih, berbadan bongkok dan bertongkat sedang tersenyum memandangnya.

Nadiya gugup, takut-takut memandang nenek tua itu.

"Janganlah takut cu..nenek bukannya makan orang pun. Nenek ni tertarik dengar suara cucu tu. Sedap, merdu.." nenek tua itu memuji Nadiya sambil tersengih menayangkan giginya yang merah kehitaman.

Nadiya tidak tahu mahu berkata apa. Teringat pesan ibunya supaya tidak bercakap dengan orang tidak dikenali. Lalu Nadiya segera mahu angkat kaki beredar dari situ.

"Nak balik ya? Esok datang sini lagi ya!" kata nenek tua itu.

Dalam takut-takut, Nadiya mengangguk, kemudian segera berlari pulang ke rumah. Nenek tua itu pula hanya memandang sambil tersengih.

Malam itu Nadiya tidak boleh tidur. Walaupun sudah diberi milo panas oleh ibunya, Miza, Nadiya tetap berjaga.

Jam ketika itu sudah menunjukkan 1 pagi dan kerana mahu menghilangkan kebosanan, Nadiya menggumam lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga'.

Baru saja habis rangkap pertama, tiba-tiba ada suara lain. Entah dari mana, menyamuk secara tiba-tiba..
Cucu, cucu tak dapat lari..
Nenek tua banyak sakti..
Sekarang nenek nak cari ganti..
Siapa kena, dia yang jadi..
Hihihihihi...

Nadiya tergamam diatas katil. Bunyi ketawa halus dihujung nyanyian itu membuatkan bulu roma Nadiya meremang.

Saat itu juga dia melihat pintu biliknya terkuak perlahan-lahan, sehingga mengeluarkan bunyi berkeriut yang memecah kesunyian malam.

Kerana menyangka ibunya yang menolak pintu, Nadiya turun dari katil mahu menerpa.

Tetapi baru separuh jalan, langkah Nadiya terhenti. Bukan ibunya yang muncul. Sebaliknya nenek tua yang dilihatnya di padang petang tadi!

Nenek itu menapak perlahan-lahan sambil tersengih-sengih memandang Nadiya.

"Ne.. Nenek? Macam mana nenek boleh masuk dalam rumah?" tanya Nadiya dengan suara ketakutan.

"Cucu tak dapat lari.. nenek tua banyak sakti.. hihihi.." sahut nenek tua itu.

Matanya bersinar memandang tepat ke mata Nadiya. Ketika itu Nadiya hanya terpaku. Terpukau. Tegak berdiri tanpa suara dengan pandangan kosong.

"Sekarang nenek dah dapat ganti.. cucu dah kena.. cucu yang jadi.."

Nenek tua itu menyanyi sambil mendekati Nadiya yang kebingungan.

Nenek tua menarik tangan Nadiya. Tanpa membantah, Nadiya mengikut nenek tua berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik.

Apabila pintu kembali tertutup, nenek tua dan Nadiya lenyap ditelan kegelapan malam.

Hilang

Miza hairan apabila mendapati Nadiya tidak keluar dari bilik walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Biasanya tidak susah mahu mengejutkan anak tunggalnya itu bangun tidur kerana Nadiya sudah pandai mengunci sendiri jam dan akan keluar dari bilik bagi bersarapan tepat jam 6:15 pagi.

Merasa curiga sesuatu telah berlaku kepada Nadiya, Miza segera masuk ke dalam bilik anaknya itu.

Alangkah terkejutnya Miza apabila mendapati Nadiya tiada di dalam bilik. Kelam kabutlah dia mencari di dalam bilik air, dibawah katil, bahkan di dalam almari, namun kelibat Nadiya tidak kelihatan.

"Abang! Anak kita dah hilang!!" teriak Miza sekuat hati.

Suami Miza, Adnan, bergegas mendapatkan isterinya. Adnan mula panik. Mereka mencari disegenap ruang rumah. Jangankan kelibat, mendengar suara Nadiya pun tidak.

Fikiran mereka mula berkecamuk dengan telahan buruk. Miza tidak mampu lagi menahan perasaan. Dia meraung-raung memanggil nama Nadiya.

Raungan Miza di pagi hari menarik perhatian jiran tetangga. Mereka segera ke rumah Adnan dan Miza, ingin tahu apa yang sudah berlaku kepada keluarga itu.

Setelah mendengar cerita tentang kehilangan Nadiya, mereka semua berpakat mencari Nadiya disekitar kawasan perumahan.

Hasil bawaan cerita dari mulut ke mulut, semakin ramai jiran turun memberikan bantuan.

Menolak ke tepi kerja lain semata-mata mahu mencari Nadiya, namun sehingga ke petang mereka masih belum menemui Nadiya walaupun sudah mencari ke serata ceruk.

"Ya Allah.. mana ada anak kita bang?" Miza bertanya dengan mata bengkak, muka sembab.

Adnan sudah tidak tahu bagaimana harus menjawab pertanyaan Miza kerana dia sendiri berasa hairan bagaimana Nadiya boleh keluar dari rumah sedangkan pintu pagar berkunci?

Masakan Nadiya mampu memanjat pagar berjeriji tajam itu?

Apabila semua orang semakin buntu, mulalah timbul bermacam-macam saranan. Ada yang menyuruh Adnan membuat laporan polis sahaja. Tak kurang menyuruh Adnan meminta bantuan bomoh. Terkejut sungguh Adnan mendengarnya.

Namun, beberapa orang bersetuju dengan cadangan menggunakan khidmat bomoh itu. Tidak mahu mengecilkan hati, Adnan bersetuju sahaja.

Seorang jiran kemudiannya menawarkan diri untuk membawa seorang bomoh yang dikenalinya. Sangka Adnan, bomoh itu orang Melayu tetapi rupanya sami berbangsa Siam!

Ketika sampai, bomoh itu menggumam tidak tentu hala dalam bahasa Siam sambil matanya melingas memandang ke sana ke mari.

Tanpa dipelawa, dia terus masuk ke dalam rumah Adnan, terus ke bilik Nadiya.

Selepas beberapa minit berada disitu, bomoh Siam itu bergegas keluar dari bilik Nadiya, terus meluru ke taman permainan.

Semua orang mengekori dengan rasa hairan. Kenapa pula bomoh itu mahu ke taman permainan? Bukannya ada apa pun disitu.

Bomoh Sami itu berdiri tegak menghadap terowong konkrit bulat ditengah taman permainan. Dia membacakan mentera dan serapah dalam bahasa Siam.

Tiba-tiba mereka semua melihat Nadiya sedang duduk memeluk lutut di dalam terowong tersebut.

Nadiya yang menyedari mereka semua sedang memerhatikannya, segera meluru mendapatkan Miza.

"Ibu! Kenapa tadi ibu tak nak ambil Nadiya? Nadiya panggil ibu tapi ibu pergi macam tu je?" teriak Nadiya menangis ketakutan.

Miza hairan mendengarnya kerana bukan dia saja, semua yang lain langsung tidak melihat kelibat Nadiya di situ walaupun sudah berkali-kali mereka berlegar di kawasan tersebut.

"Nadiya.. jangan nangis.. ibu ada ni.. tapi macam mana Nadiya boleh ada kat sini?" Miza bertanya.

"Nenek tua tu bawa Nadiya ke sini. Dia tak bagi Nadiya balik.."

Semua yang mendengar tercengang sambil memandang ke arah Nadiya, ke arah terowong dan ke arah sami tersebut yang seperti sedang bercakap dengan seseorang yang tidak dapat dilihat.

Selepas kelihatan bertengkar, marah dan menampar-nampar udara, sami itu mendekati. Dia bercakap kepada jiran Miza yang membawanya datang tadi.

Selepas mendengar apa yang diperkatakan, jiran Miza menerangkan apa yang berlaku.

Memang Nadiya dibawa pergi oleh seorang nenek tua. Nenek tua itu adalah penunggu kawasan itu sebelum tempat tersebut dibangunkan lagi.

Nenek itu tidak mahu melepaskan Nadiya sebagai ganti kepada cucunya yang mati ketika kawasan itu dibuka sebagai penempatan manusia.

Lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga' yang sering dinyanyikan Nadiya pula bagaikan menyeru nenek tua itu muncul dan mengambilnya sebagai ganti!

~Tamat

BACA INI JUGA: Koleksi Novel Anda

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, July 28, 2014

Tragedi Mimpi Ngeri Pulang Kampung!

Tragedi Mimpi Ngeri Pulang Kampung!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

Gadis cantik kereta 2
Gambar hiasan.

"Cantik isteri abang hari ini," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, cepatlah.."

Farah dan Adi meluru masuk bilik kerana dah tidak sabar-sabar nak bertolak balik ke kampung.

Liza hanya tersenyum melihat suaminya melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni kan?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ini abang ada peluang untuk bercuti panjang," kata Usin kepada isterinya.

Perjalanan dari KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap di kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba ke kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.

Usin sudah tidak sabar untuk sampai segera ke kampungnya. Pedal minyak ditekan lagi dan Honda Civicnya semakin laju.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa itu. Terlupa sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh..kenapa abang bawa laju sangat ni?" Tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak apa-apalah sayang. Rileks.. cepat sikit sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa. Jangan laju sangat bang. Liza takut," Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.. tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Ha kan..tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang..." rayu Liza yang semakin cemas.

"Hah.. tu ada satu lagi ba ekspres. Liza tengok abang potong.." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga 'melekat' ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan didepannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah. Kemudian...DAMMMM!

accident

"Usin.. Usin.. bangun!" sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya disitu.

"Mana Liza mak? Macamana dengan Liza mak? Farah, Adi... mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tidak dapat menahan kebimbangannya. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin terus menangis.

PANNGGGGG! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam itu?

"Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini.

"Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!

"Dah! Bangun pergi sembahyang!" Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.

Malu

Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Malu beb!!

BACA INI JUGA: Pelik! Fobia Takut Diperhatikan Itik!

-Sentiasapanas.com