Tuesday, March 24, 2015

Pesawat AIRBUS A320 Terhempas Lagi, Kali Ini Milik Jerman

Pesawat AIRBUS A320 Terhempas Lagi, Kali Ini Milik Jerman

Selepas tragedi pesawat Airbus A320 milik Air Asia terhempas di Laut Java, Indonesia bulan lalu, Airbus A320 sekali lagi terbabit dalam malapetaka apabila pesawat jenis itu milik Syarikat Penerbangan Jerman terhempas di Selatan Perancis sebentar tadi.


Gambar hiasan.

Pesawat Airbus A320 yang membawa 142 penumpang dan enam anak kapal tersebut dilaporkan terhempas di daerah Digne, selatan Perancis semasa dalam penerbangan ke Dusseldorf, Jerman dari Bacerlona, Sepanyol.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Perancis mengesahkan pesawat terbabit terhempas di kawasan pergununang Alps Perancis.



BACA INI JUGA: MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

Sumber: MYKMU.NET

Thursday, March 19, 2015

SPAD Sahkan Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres

SPAD Sahkan Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres

Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengumumkan kenaikan itu hari ini (19/3/2015) berkata, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.

Menurut Spad, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.

Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

BACA INI JUGA: SR1M, Sim Kad Rakyat 1Malaysia Akhirnya Dilancarkan

Sumber: Sinarharian.com.my

Friday, March 13, 2015

Operasi PDRM Saman Pelajar Bawa Motorsikal Ke Sekolah!

Operasi PDRM Saman Pelajar Bawa Motorsikal Ke Sekolah!

Ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen sah ke sekolah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk saman maksimum RM300 dalam Op Roda yang mula dilancarkan di seluruh negara.

Op-Roda-2015
Gambar hiasan.

Op Roda juga akan memberi tumpuan di kawasan sekolah bagi mengesan kumpulan pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Ibu bapa yang membenarkan anak mereka berbuat demikian selain melanggar undang-undang lalu lintas akan berdepan hukuman berat.

Op Roda akan memberi tumpuan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang menyumbang kes kemalangan tertinggi menerusi Ops Selamat sebelum ini.

Polis juga akan menyita motosikal selain mengeluarkan saman maksimum, RM300 kepada ibu bapa.

Polis juga mengingatkan agar pemilik motosikal tidak membenarkan kenderaan mereka ditunggang individu yang tidak mempunyai lesen.

PDRM Lancar Ops Roda Bermula 12 Mac 2015

Pemilik motosikal perlu memastikan kenderaan mereka:
  1. Dalam keadaan baik dan tidak menyalahi undang-undang.
  2. Pemilik motosikal juga bertanggungjawab untuk tidak membenarkan motosikal mereka dibawa oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai lesen menunggang.
  3. Operasi ini termasuk dijalankan di sekolah-sekolah menengah bagi mengesan pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu menggunakan kenderaan ini
  4. Polis akan mengadakan operasi untuk menyita motosikal sehingga pemilik motosikal tampil di balai untuk menuntut kenderaan mereka.

Kompaun maksimum RM300

Sepanjang tempoh operasi ini, polis akan mengenakan saman trafik dengan bayaran kompaun maksimum RM300 tanpa pengurangan.

Tindakan tegas dan operasi berkenaan ini dijalankan selepas penunggang motosikal menjadi penyumbang utama pada kadar kematian iaitu 61 peratus atau 122 kematian dalam Op Selamat 6 sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Kemalangan di jalan bandaran berjumlah 7,591 kes iaitu meningkat sebanyak 835 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, jalan persekutuan 3,554 kes (meningkat 519 kes), jalan negeri 3,187 kes (meningkat 439), lebuh raya 2,119 kes (meningkat 673).

Perangkaan kemalangan sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini juga mendapati bahawa mangsa berbangsa Melayu mencatat kematian tertinggi dengan 94 orang, diikuti Cina (41), India (31), bangsa lain (22) manakala warga asing 11 orang.

BACA INI JUGA: Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

Sunday, March 08, 2015

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik, 55, pelakon dan pelawak terkenal, meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak, jam 5 petang, 8 Mac 2015.

Harun Salim Bachik

Berita itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi untuk mengesahkan kesahihan khabar duka tersebut.

Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Al-Fatihah..

BACA INI JUGA: Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

Sumber: Berita Harian Online

Thursday, February 12, 2015

Mengimbau Ulasan Keramat Allahyarham Hasbullah Awang

Mengimbau Ulasan Keramat Allahyarham Hasbullah Awang

Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara.

Hasbullah Awang

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an. Selain itu, Allahyarham kerap membuat ulasan berkenaan penglibatan pasukan Malaysia di temasya sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Olimpik.

Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Piala Thomas ’92, Ulasan Keramat Hasbullah Awang

ThomasCup_1992

Siapa yang tidak lupa detik ini, kemengan pasukan Piala Thomas Malaysia pada tahun 1992 menewaskan Indonesia di perlawanan akhir 3-2 di stadium keramat Stadium Negara.

Pada masa itulah bulu roma kita meremang apabila aksi mendebarkan pasukan Malaysia ditambah pula dengan ulasan yang cukup bertenaga dari Allahyarham Datuk Hasbullah Awang benar-benar membangkitkan semangat seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu.

Laungan kemenangan pada saat tengah malam itu ketika pasangan Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang menewaskan beregu Rexy Mainaky dan Ricky Subagja pada ketika itu mengakhiri penantian 25 tahun Malaysia menjulang piala agung badminton dunia itu.

Pada malam itu, perseorangan pertama negara Rashid Sidek berjaya menewaskan Ardy Wiranata 15-11, 10-15 dan 15-8 tetapi pasangan beregu pertama Malaysia Jalani Sidek dan Razif Sidek tewas kepada pasangan Indonesia Eddy Harto dan Rudy Gunawan 9-15, 15-9 dan 3-15.

Selepas itu pemain perseorangan kedua negara Foo Kok Keong kembali meletakkan Malaysia di depan dengan 2-1 selepas menewaskan Allan Budi Kusuma 15-6 dan 15-12 sebelum Soon Kit dan Beng Kiang menewaskan Rexy dan Ricky dengan 15-12, 10-15 dan 15-8 untuk menjulang Piala Thomas.

Kita yang berusia dalam lingkungan 30-an pada masa itu masih bersekolah di sekolah rendah dan mungkin ada di sekolah menengah juga begitu gembira dan sama-sama bersorak saat Malaysia memenangi Piala Thomas berkenaan.

Kini, kita sudah kehilangan suara keramat berkenaan apabila perginya Allahyarham Hasbullah hari ini di Institut Jantung Negara (IJN).

BACA INI JUGA: Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

Untuk anda, penulis imbau kembali saat kemenangan Malaysia pada malam itu pada tahun 1992 detik kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia di Stadium Negara.


Sumber: Mynewshub.cc

Monday, February 02, 2015

Haram Buat Binaan Batu Kekal Di Kubur - Mufti Pahang

Haram Buat Binaan Batu Kekal Di Kubur - Mufti Pahang

“Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram,” tegas Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebahagian masyarakat Islam kini yang gemar membuat binaan konkrit kekal pada pusara ahli keluarga mereka.

Abdul Rahman
Dr Abdul Rahmanketika melawat perkiburan Sungai Puteri.

Beliau berkata, tanah perkuburan adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh menjadi hak milik.

“Sekarang ni, ramai waris kepada pusara-pusara Islam buat binaan kekal seperti memasang konkrit yang siap dipasang batu marmar, kadang-kala siap dipasang pagar… itu tidak boleh.

Jika berlaku sedemikian, itu bermakna hak bahagian orang lain telah kita ambil. Sedangkan, tanah kubur adalah tanah wakaf. Maka, haram hukumnya di dalam Islam.

“Tetapi, jika waris hendak buat binaan kekal sedemikian ia boleh dilakukan, dengan syarat jenazah berkenaan dikebumikan di tanah milik sendiri.

Tetapi, jenazah umat Islam lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan iaitu di tempat yang ramai,” jelasnya ketika ditemui di majlis meletakkan papan tanda petunjuk arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri, di sini yang turut dihadiri Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat.

Menyentuh mengenai keadaan beberapa pusara di tanah perkuburan tersebut yang dilihat turut dibina binaan kekal oleh pihak waris, Abdul Rahman berkata, pusara-pusara lama sedemikian tidak perlu dipecahkan untuk diganti semula dengan yang baharu.

“Pusara-pusara lama di sini yang telah dibuat binaan kekal tidak mengapa… cuma kini kita akan fokus pada kubur-kubur baharu supaya pihak waris tidak membuat binaan kekal.

"Waris kepada pusara lama di sini mungkin tidak tahu mengenai hal ini sebelum ini.

Sehubungan itu, ia tidak mengapa…” jelasnya.

Dr MAZA Dilantik Mufti Perlis Sekali Lagi

Dr Mohd Asri

Sementara itu, tokoh Islam dan bekas Mutfi Negeri Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikhabarkan akan kembali dilantik ke jawatan berkenaan sekali lagi esok (hari ini) selepas enam tahun.

Dr Mohd Asri akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Juanda Jaya yang mengakhiri tempoh perkhidmatannya hujung tahun lepas.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis dari tahun 2006 hingga 2008.

Dengan pelantikan ini, Dr Mohd Asri akan menjadi satu-satunya mufti yang dilantik dua kali ke jawatan yang sama.

Laman web The Star memetik sumber dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata pelantikan akan dibuat secara rasmi hari ini dan beliau akan mula bertugas pada esok.

Difahamkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail memperkenan pelantikan beliau.

Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA di laman media sosial dikenali sebagai seorang yang lantang jika memberi pendapat atau reaksi beliau kepada beberapa isu.

Pada tahun 2006, Dr Mohd Asri dilantik sebagai Mufti Perlis ketika sedang berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Mufti termuda untuk memegang jawatan sebagai mufti.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda, University Of Jordan dan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dari University Of Wales.

Dr Mohd Asri dikenali sebagai pakar dalam ilmu Hadith dan Fiqh.

Sumber: SinarOnline/Mynewshub.cc

Monday, January 26, 2015

Merotan Anak Bakal Jadi Satu Jenayah?

Merotan Anak Bakal Jadi Satu Jenayah?

Hukuman rotan untuk mendidik anak-anak sememangnya sudah sinonim dalam masyarakat kita sejak dulu lagi.

Merotan Anak

Namun, kenyataan terbaru oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai akta baru yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 mungkin bakal mengubah kebiasaan tersebut.

Ia ekoran cadangan menjadikan hukuman rotan sebagai satu kesalahan dalam akta tersebut yang bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Menurut Rohani, kerajaan tiada pilihan kerana Malaysia adalah antara negara yang sudah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

CRC ditubuhkan untuk mempertahankan suara kanak-kanak dan akta yang melibatkan golongan itu perlulah selari dengannya.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta agar masyarakat mengambil iktibar dalam kes yang membabitkan pasangan Malaysia yang dikenakan hukuman di Sweden kerana kesalahan merotan sebelum ini.

Menerusi The Rakyat Post, Rohani memaklumkan bentuk hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak masih dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001, boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Jadi, kalau akta baru nanti mungkin lebih berat atau kita tambah untuk lakukan kerja kemasyarakatan untuk jadikan mereka lebih sedar serta insaf.

“Bagi Seksyen 33 pula, ibu bapa atau penjaga melakukan kesalahan dan jika sabit boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya

Setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

Namun, ia dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka.

Apapun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan pastinya akta baru yang akan digubal nanti sudah mengambil kira setiap sudut positif dan negatifnya.-Utusan

Rotan Anak Cara Islam

Panduan dan tunjuk ajar Islam dalam cara memukul anak untuk tujuan mendidik seperti berikut:
  • Pukulan tersebut adalah pukulan ringan dan mendidik. Tidak melebihi tiga kali.
  • Rotan yang digunakan mestilah tidak terlalu keras, tidak pula terlalu lembut, basah dan lembab sehingga boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.
  • Memukul di tempat yang berbeza, bukan pada satu tempat sahaja.
  • Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan, muka serta seluruh kepala. Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.
  • Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
  • Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
  • Tidak sampai mencederakan atau mendera anak.

Kita Pemusnah Generasi Akan Datang

Seperti kata rakan blogger Bin Muhammad di blognya (relaksminda), jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak hormat orang tua dan guru!

Jangan salahkan mereka jika gejala sosial semakin berleluasa!

Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak tahu sembahyang dan mengaji!

Ini adalah kerana kesalahan kita yang tidak mengajar dan membimbing mereka mengikut cara yang betul!

Fikir-fikirkanlah..

BACA INI JUGA: Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 19, 2015

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith Dari AS Tercemar!

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith Dari AS Tercemar!

Kementerian Kesihatan mengingatkan semua pihak supaya mematuhi ketetapan pihak berkuasa negara ini berhubung epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia yang dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertindak memanggil balik produk tersebut daripada pasaran atau berhadapan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan satu kesalahan dan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media.

Noor Hisham berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara itu diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Media pada Sabtu melaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jenis-jenis Epal
Jenis-jenis Epal

Beliau dipetik berkata, sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

“Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada,” kata Ismail Sabri.

Sumber: Mynewshub.cc