Jan 26, 2015

Merotan Anak Bakal Jadi Satu Jenayah?

Hukuman rotan untuk mendidik anak-anak sememangnya sudah sinonim dalam masyarakat kita sejak dulu lagi.

Merotan Anak

Namun, kenyataan terbaru oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai akta baru yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 mungkin bakal mengubah kebiasaan tersebut.

Ia ekoran cadangan menjadikan hukuman rotan sebagai satu kesalahan dalam akta tersebut yang bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Menurut Rohani, kerajaan tiada pilihan kerana Malaysia adalah antara negara yang sudah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

CRC ditubuhkan untuk mempertahankan suara kanak-kanak dan akta yang melibatkan golongan itu perlulah selari dengannya.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta agar masyarakat mengambil iktibar dalam kes yang membabitkan pasangan Malaysia yang dikenakan hukuman di Sweden kerana kesalahan merotan sebelum ini.

Menerusi The Rakyat Post, Rohani memaklumkan bentuk hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak masih dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001, boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Jadi, kalau akta baru nanti mungkin lebih berat atau kita tambah untuk lakukan kerja kemasyarakatan untuk jadikan mereka lebih sedar serta insaf.

“Bagi Seksyen 33 pula, ibu bapa atau penjaga melakukan kesalahan dan jika sabit boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya

Setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

Namun, ia dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka.

Apapun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan pastinya akta baru yang akan digubal nanti sudah mengambil kira setiap sudut positif dan negatifnya.-Utusan

Rotan Anak Cara Islam

Panduan dan tunjuk ajar Islam dalam cara memukul anak untuk tujuan mendidik seperti berikut:
  • Pukulan tersebut adalah pukulan ringan dan mendidik. Tidak melebihi tiga kali.
  • Rotan yang digunakan mestilah tidak terlalu keras, tidak pula terlalu lembut, basah dan lembab sehingga boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.
  • Memukul di tempat yang berbeza, bukan pada satu tempat sahaja.
  • Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan, muka serta seluruh kepala. Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.
  • Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
  • Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
  • Tidak sampai mencederakan atau mendera anak.

Kita Pemusnah Generasi Akan Datang

Seperti kata rakan blogger Bin Muhammad di blognya (relaksminda), jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak hormat orang tua dan guru!

Jangan salahkan mereka jika gejala sosial semakin berleluasa!

Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak tahu sembahyang dan mengaji!

Ini adalah kerana kesalahan kita yang tidak mengajar dan membimbing mereka mengikut cara yang betul!

Fikir-fikirkanlah..

BACA INI JUGA: Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

7 comments

hmmm tunduk dan takut betul kita pada undang2 antarabangsa kan... orang2 'antarabangsa' tu pernah takut ke undang2 kita?? kes Sairul yg dihukum mati oleh mahkamah kita tapi diperleceh di Australia... alasan tanak ikut undang2 kita... boleh tahan taat nya menteri tu sampaikan cakap tiada pilihan... apa kata kita rujuk ke undang2 di China atau di Korea Utara....

Mendidik dgn berdoa shj tanpa usaha sukar berjaya mendidik dgn peringatan demi masa depan lebih berdaya merotan dipilih utk meluruskan jln yg bengkok

Yang mana nak ikut ni...CRC ke atau Islam.CRC tu bukn Charlie Rebdo ke...hehe

Tu la masalahnya dengan pentadbiran sekarang..mati pucuk

Walhal merotan dengan cara yang betul merupakan sebahagian ajaran Islam..

Entahlah..pemimpin kita lebih bodoh..eh..pandai :(

Kenapa perlu takut dan tunduk pada acuan barat ?
Garis panduan cara merotan anak ada Rasullah tunjukkan. Rujuklan ia sebagai
panduan. Ini negara kita, undang-undang kita dan agama kita, apa perlunya
mengikut tafsiran dan telunjuk barat dalam memberikan didikan pada anak-anak ?

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon