Friday, March 13, 2015

Operasi PDRM Saman Pelajar Bawa Motorsikal Ke Sekolah!


Ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen sah ke sekolah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk saman maksimum RM300 dalam Op Roda yang mula dilancarkan di seluruh negara.

Op-Roda-2015
Gambar hiasan.

Op Roda juga akan memberi tumpuan di kawasan sekolah bagi mengesan kumpulan pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Ibu bapa yang membenarkan anak mereka berbuat demikian selain melanggar undang-undang lalu lintas akan berdepan hukuman berat.

Op Roda akan memberi tumpuan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang menyumbang kes kemalangan tertinggi menerusi Ops Selamat sebelum ini.

Polis juga akan menyita motosikal selain mengeluarkan saman maksimum, RM300 kepada ibu bapa.

Polis juga mengingatkan agar pemilik motosikal tidak membenarkan kenderaan mereka ditunggang individu yang tidak mempunyai lesen.

PDRM Lancar Ops Roda Bermula 12 Mac 2015

Pemilik motosikal perlu memastikan kenderaan mereka:
  1. Dalam keadaan baik dan tidak menyalahi undang-undang.
  2. Pemilik motosikal juga bertanggungjawab untuk tidak membenarkan motosikal mereka dibawa oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai lesen menunggang.
  3. Operasi ini termasuk dijalankan di sekolah-sekolah menengah bagi mengesan pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu menggunakan kenderaan ini
  4. Polis akan mengadakan operasi untuk menyita motosikal sehingga pemilik motosikal tampil di balai untuk menuntut kenderaan mereka.

Kompaun maksimum RM300

Sepanjang tempoh operasi ini, polis akan mengenakan saman trafik dengan bayaran kompaun maksimum RM300 tanpa pengurangan.

Tindakan tegas dan operasi berkenaan ini dijalankan selepas penunggang motosikal menjadi penyumbang utama pada kadar kematian iaitu 61 peratus atau 122 kematian dalam Op Selamat 6 sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Kemalangan di jalan bandaran berjumlah 7,591 kes iaitu meningkat sebanyak 835 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, jalan persekutuan 3,554 kes (meningkat 519 kes), jalan negeri 3,187 kes (meningkat 439), lebuh raya 2,119 kes (meningkat 673).

Perangkaan kemalangan sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini juga mendapati bahawa mangsa berbangsa Melayu mencatat kematian tertinggi dengan 94 orang, diikuti Cina (41), India (31), bangsa lain (22) manakala warga asing 11 orang.

BACA INI JUGA: Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

1 comment

  1. Harap ibu bapa yg mcm ni lebih prihatinlah ttg bahaya yg menanti klu terjadi apa2 yg buruk kpd anak2 mereka...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon