Thursday, April 02, 2015

Bekas Pengurus Tegar Ditahan Polis Singapura

Bekas Pengurus Tegar Ditahan Polis Singapura

Bekas pengurus penyanyi cilik popular Indonesia, Tegar Septian, telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura susulan laporan penderaan seksual yang dibuat oleh Tegar sebelum ini.

Tegar

Memetik laporan Berita Harian Singapura menyatakan penangkapan Arif Dollah itu berdasarkan kepada dua laporan yang telah dibuat terhadapnya sebelum ini.

“Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditangkap sementara siasatan sedang dijalankan pada sekitar tiga petang tadi,” petik jurucakap polis Singapura.

Arif didakwa telah mendera secara seksual, Tegar sebelum ini.

Baru-baru ini, Tegar dilaporkan membuat aduan itu kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA).

BACA INI JUGA: Tegar Mengaku Dicabul Bekas Pengurus!

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, March 31, 2015

Kisah Sebenar Insiden Amuk Sekumpulan Gadis Dan Pemandu Teksi

Kisah Sebenar Insiden Amuk Sekumpulan Gadis Dan Pemandu Teksi

Kecoh di laman sosial hari ini apabila insiden amuk di antara sekumpulan wanita dan seorang pemandu teksi menjadi topik perbualan hangat netizen.

Gadis-mengamuk

Kebanyakkan pengguna Facebook rata-ratanya menunding jari terhadap kumpulan wanita berkenaan kerana video pertama yang tersebar memperlihatkan mereka bersikap biadap terhadap pemandu teksi terbabit.

Namun, perkara sebenarnya yang berlaku adalah dikatakan berpunca daripada pemandu teksi terbabit.

Di Facebook Oh Media, sebuah rakaman video yang lain dari pihak kumpulan wanita ada menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden terbabit.

Menurutnya, pemandu teksi tersebut pada mulanya telah melanggar secara tidak sengaja kereta kumpulan wanita terbabit.

Kemudian berlakulah kekecohan seketika sehingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.

Dikatakan, pemandu teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan meraka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Pemandu teksi terbabit dikatakan telah melepaskan geramnya disebabkan ‘mulut’ salah seorang daripada kumpulan wanita berkenaan didakwa agak kurang ajar.

Namun, melihatkan perkara ini, pemandu teksi terbabit tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sebegini kerana ia secara terang-tarangan berpunca dari dirinya.

Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita yang tercedera ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu teksi tersebut sehingga berdarah di hidungnya.

Kejadian yang melibatkan pergaduhan sebegini bukan pertama berlaku.

Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada seorang gadis bernama Kiki dengan insiden steering lock keretanya.

Kali ini datang pula sebuah lagi yang kes yang seakan sama.

Apa pun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun.

Sebenarnya, perkara seperti ini tidak berlaku sekiranya kedua-dua pihak bawa berbincang dahulu.

Berikut merupakan video penuh yang dibawakan oleh Oh Media.

BACA INI JUGA: 6 Filem Balas Dendam Terbaik



Sumber: Mynewshub.cc

Kubur Nik Aziz Dipagar Elak Bida'ah

Kubur Nik Aziz Dipagar Elak Bida'ah

Kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditutup dengan pagar tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Kubur Nik Aziz Dipagar Elak Bidaah

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, pagar itu dibina oleh beberapa penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz,

“Binaan itu telah dibina tanpa pengetahuan pihak kami keluarga. Tujuannya baik untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci.

“Ia dilakukan oleh beberapa individu jahil dan rosak hati yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan berkat yang hakikatnya adalah sesat,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Mohamad Abduh berkata, keluarganya bagaimanapun tidak setuju dengan binaan di kubur tersebut dan membuat keputusan pagar itu hanya berstatus ‘sementara’.

“Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat. Kubur ayahanda akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan,” katanya.

Semalam tersebar sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Sumber: Mynewshub.cc

Kes Fitnah Majlis Raja-Raja, Penerbit Dan CEO The Malaysian Insider Pula Ditahan

Kes Fitnah Majlis Raja-Raja, Penerbit Dan CEO The Malaysian Insider Pula Ditahan

Setelah menahan tiga pengarang kanan The Malaysian Insider petang semalam, hari ini, dua individu lagi menerima nasib serupa atas dakwaan menfitnah Majlis Raja-Raja melalui penerbitan sebuah artikel.

Ho Kay Tat dan Jahabar Sadiq

Menurut portal TMI sendiri, pihak berkuasa telah menahan penerbit The Edge merangkap pihak berkepentingan dalam portal politik itu, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutifnya, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.

Kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi ketika tiba bagi memberi keterangan kes berkenaan, pagi tadi.

Menurut laporan sama, pihak polis berkata, mereka akan memohon perintah reman terhadap kelima-lima individu tersebut.

Memetik kenyataan Jahabar sebelum ditahan, “Tangkapan ini nampaknya lebih daripada sekadar laporan kami mengenai artikel Hudud.

“Walaupun tangkapan dibuat, TMI akan terus membuat laporan tanpa takut atau pilih kasih. Urusan akan diteruskan seperti biasa.”

Pada Rabu minggu lalu, The Malaysian Insider telah menerbitkan satu artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan Hudud, lantas ia tidak boleh dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Sehari selepas itu, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat satu laporan polis bagi menyangkal fakta yang dinyatakan artikel berkenaan.

BACA INI JUGA: Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, March 12, 2015

Tegar Mengaku Dicabul Bekas Pengurus!

Tegar Mengaku Dicabul Bekas Pengurus!

Selepas ditipu bekas pengurusnya, kali ini Tegar tampil memberi pengakuan terbuka bahawa dia telah dicabul oleh bekas pengurusnya, Arif Dollah sepanjang berada di bawah pengurusan lelaki itu.

Tegar

Tegar dalam kenyataannya kepada sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) mengatakan sepanjang berada di bawah pengurusan dan jagaan bekas pengurusnya itu, dia telah dicabul oleh Arif.

Antara bentuk gangguan seksual yang terjadi kepadanya ialah Arif selalu mengarahkannya tidur dengan hanya memakai seluar dalam, sentiasa tidur berkepit dan juga menemani Tegar saat dirinya sedang mandi.

Tegar-dicabul

Memetik kata-kata pengakuannya itu, Tegar berkata, “di hotel setiap kali Tegar mau tidur pakai kolor ngak boleh. Kata Kak Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai celana dalam. Dia ikut-ikutan juga pakai celan dalam. Kalau Tegar tidur suka dekat-dekat (maaf) nempel di dubur Tegar. Setiap kali Tegar mandi dia juga nemenin”.

Nampaknya makin panas kisah Tegar dan bekas pengurusnya ini.

Tegar-dicabul [2]
Arif Dollah (tengah) bekas pengurus penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar.

Jika sebelum ini Arif hanya dituduh menyonglap wang hasil kerja Tegar, kali ini tuduhan mencabul bintang cilik itu pastinya bakal mendapat perhatian daripada pihak media serta peminat daripada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Pergh, memang panas!

BACA INI JUGA: Baju Elektrik Untuk Elak Perogol


Sumber: Mynewshub.cc

Coklat Cadbury Ada Gambar Babi Bukan Keluaran Malaysia!

Coklat Cadbury Ada Gambar Babi Bukan Keluaran Malaysia!

Cadbury Malaysia menafikan bahawa coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah keluarannya.

Cadbury-gambar-babi

Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran berkata, produk tersebut adalah produk import dan bukan dihasilkan di Malaysia.

“Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.

“Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.

“Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual,” katanya.

Jelas Zalina coklat Cadbury keluaran Malaysia adalah dijamin halal oleh itu beliau menasihati pengguna agar hanya memilih coklat Cadbury keluaran Malaysia bagi mengelak berlakunya sebarang pembelian yang mengelirukan.

“Kami ingin meyakinkan para pengguna bahawa kesemua Coklat Cadbury yang diperbuat di Malaysia mematuhi Sijil Halal Malaysia dan ia merangkumi lokasi dan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk berkenaan.

“Jadi nasihat kami, pengguna harus memilih Coklat Cadbury keluaran Malaysia,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pengguna telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya di media sosial apabila, terbeli coklat Cadbury bergambar babi baru-baru ini.

BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Menyembelih Haiwan Sebelum Dimakan?

Sumber: Sinar Online

Thursday, March 05, 2015

Saya Malu Dituduh Periwayat Palsu - Ustaz Kazim

Saya Malu Dituduh Periwayat Palsu - Ustaz Kazim

Sekeping surat daripada Jabatan Mufti Perlis berkenaan penganjuran forum agama yang tersebar kini menjadi viral dan hangat diperkatakan.

Ustaz Kazim vs Dr Maza

Surat yang mengejutkan ramai tersebut, menyatakan pendirian jabatan itu yang tidak bersetuju terhadap jemputan kepada Ustaz Kazim bagi menjadi salah satu panel dalam program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69.

Surat ditandatangani Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menyatakan pendirian tersebut disebabkan Ustaz Kazim didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Hal ini sekaligus, mengundang pelbagai reaksi dan persoalan daripada banyak pihak.

Susulan itu menerusi laman Facebook, Dr. Maza menjelaskan bahawa itu merupakan surat rasmi dalaman yang telah dipanjangkan individu tertentu kepada pihak pengurusan forum berkenaan dan dianggap sulit.

Bagaimanapun apabila surat ini tersebar beliau terpaksa tampil dengan penjelasan.

Ustaz Kazim vs Dr Maza [2]

Menurut Dr Maza, tindakan ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri yang mahu memastikan kesahihan riwayat.

Turut disertakan, salinan buku tulisan Ustaz Kazim yang mengungkap kisah Nabi Muhammad SAW melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari.

Bagaimanapun terang beliau lanjut, setakat ini Ustaz Kazim tidak pernah dihalang daripada mengadakan ceramah di Perlis.

Tindakan Mufti Perlis Tidak Adil, Malukan Saya

“Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini. Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

“Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu,” katanya dalam sidang media.

“Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial,” katanya.
Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.’

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat,” katanya.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Sumber: BERNAMA.COM / MYNEWSHUB.CC