Mar 31, 2015

Kes Fitnah Majlis Raja-Raja, Penerbit Dan CEO The Malaysian Insider Pula Ditahan

Setelah menahan tiga pengarang kanan The Malaysian Insider petang semalam, hari ini, dua individu lagi menerima nasib serupa atas dakwaan menfitnah Majlis Raja-Raja melalui penerbitan sebuah artikel.

Ho Kay Tat dan Jahabar Sadiq

Menurut portal TMI sendiri, pihak berkuasa telah menahan penerbit The Edge merangkap pihak berkepentingan dalam portal politik itu, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutifnya, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.

Kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi ketika tiba bagi memberi keterangan kes berkenaan, pagi tadi.

Menurut laporan sama, pihak polis berkata, mereka akan memohon perintah reman terhadap kelima-lima individu tersebut.

Memetik kenyataan Jahabar sebelum ditahan, “Tangkapan ini nampaknya lebih daripada sekadar laporan kami mengenai artikel Hudud.

“Walaupun tangkapan dibuat, TMI akan terus membuat laporan tanpa takut atau pilih kasih. Urusan akan diteruskan seperti biasa.”

Pada Rabu minggu lalu, The Malaysian Insider telah menerbitkan satu artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan Hudud, lantas ia tidak boleh dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Sehari selepas itu, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat satu laporan polis bagi menyangkal fakta yang dinyatakan artikel berkenaan.

BACA INI JUGA: Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon