Sunday, December 22, 2013

Onement VI, Lukisan Paling Mengarut Berharga USD44 Juta!

Onement VI, Lukisan Paling Mengarut Berharga USD44 Juta!

Lazimnya, lukisan yang dilukis dengan menarik dan mempunyai nilai abstrak yang tinggi akan dijual pada harga yang tinggi.

Onement VI
Onement VI, lukisan abstrak berharga USD44 Juta.

Namun, siapa sangka dengan lukisan yang hanya dilukis dengan cara yang paling senang dan ‘simple’ ini, akan dijual pada harga setinggi USD$44 juta!

Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun “seni” pada lukisan ini betul-betul gila!

Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi.

Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.

Lukisan yang dinamakan “Onement VI” yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953.

Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.

Onement VI by Barnett Newman
Onement VI by Barnett Newman

BACA INI JUGA: Top 5 Lukisan Lucah Termahal Didunia

Sumber: Mynewshub.CC

Monday, December 16, 2013

Lelaki Sanggup Curi Kain Kapan Nak Jadi ‘Superman’!

Lelaki Sanggup Curi Kain Kapan Nak Jadi ‘Superman’!

Misteri pembongkaran beberapa kubur di daerah di Jawa Timur ini akhirnya terjawab apabila polis Cilacap menahan seorang pemuda yang mengaku ingin belajar terbang seperti Superman dan menjadi halimunan.

Resi Rookiswana @ Pamungkas
Resi dan kain kafan yang dicurinya.

Resi Rookiswana @ Pamungkas mengaku memerlukan kain kafan dari sejumlah kubur atas arahan seseorang bernama ‘ratu’ untuk menguasai ilmu itu.

“Ini untuk dibuat ilmu terbang. Saya sendirian mengambil kain kafan di kubur atas arahan ratu di Srandil,” katanya.

Antara mangsa Resi ialah Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini. Resi didakwa memenggal kepala mayat Endah selepas membongkar kubur anak dara itu.

(Baca: Kenapa Rakyat Indonesia Marah Di Panggil INDON?)

Lelaki itu semalam berdegar-degar mengakui mampu menghilangkan diri, namun apabila diminta polis menunjukkan bakatnya itu dia sekadar ketawa dan memberi alasan cuma boleh melakukannya di tempat sunyi.

“Saya mampu menghilangkan diri, tahu-tahu sudah berada di tempat lain.

“Bukan sebarang orang boleh buat begitu,” dakwanya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Cilacap AKP Agus Turyadi berkata, pihaknya menahan suspek selepas mengekorinya beberapa jam.

“Kami mengekorinya sepanjang malam sebelum menahannya di tepi landasan kereta api.

“Bahan bukti termasuk peralatan digunakannya juga dirampas di situ berikutan tempat itu dijadikan rumahnya,” katanya.

(Baca: Pelik! Tradisi Membiarkan Mayat Reput Dibawah Pokok)

Menurutnya, polis merampas tulang tangan, rusuk, baju dan tali kain kafan milik seorang bayi yang juga diselongkar kuburnya.

Batu dan senjata tajam turut ditemui di rumah suspek.

Sementara itu, ketika dibawa ke balai polis, keluarga wanita yang kuburnya dibongkar suspek menyerang Resi.

Bagaimanapun mereka berjaya dihalang anggota polis bertugas.

Menurut Agus, Resi pernah dipenjara pada 2010 dan 2012 kerana mencuri motosikal. -Agensi

Tuesday, December 10, 2013

Lelaki Bunuh Diri Terlalu Letih Temankan Teman Wanita Membeli-Belah!

Lelaki Bunuh Diri Terlalu Letih Temankan Teman Wanita Membeli-Belah!

Tertekan selepas terpaksa menemani teman wanitanya membeli-belah selama berjam-jam, seorang lelaki mengambil tindakan nekad dengan terjun daripada tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah.

Tao Hsiao - Bunuh Diri
Gambar kejadian bunuh diri.

Tindakan Tao Hsiao itu nyata menyebabkan pengunjung di situ panik dan berkeliaran lari.

Kejadian itu berlaku selepas Tao yang sudah lima jam menemani teman wanitanya membeli belah, telah letih dan mahu pulang.

Namun teman wanitanya enggan pulang dan mahu terus membeli barang.

Keadaan ini menyebabkan mereka bertekak dan saksi di situ mendengar Tao memarahi teman wanitanya.

“Kau dah ada banyak kasut, cukup banyak dan boleh dipakai seumur hidup.

Tidak ada gunanya untuk kau beli lagi kasut banyak-banyak,’’ itu bunyi jeritan Tao kepada teman wanitanya.

Namun wanita itu kemudian menuduh Tao sebagai kedekut dan cuba merosakkan perayaan Hari Krismas.

Pertengkaran antara mereka berakhir apabila Tao membuang beg ke lantai dan terjun daripada balkoni tingkat tujuh, sebelum terhempas ke atas perhiasan pokok krismas dan jatuh di tingkat bawah.

Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan lelaki itu yang meninggal dunia serta merta.

“Ia merupakan satu kemalangan tragis, namun tahun ini merupakan tahun yang menyebabkan ramai orang tertekan,’’ kata jurucakap pusat beli belah itu.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 09, 2013

Kerjaya Paling Mengarut Buat Seorang Lelaki!

Kerjaya Paling Mengarut Buat Seorang Lelaki!

Pekerjaan yang dilakukan oleh seorang lelaki di Chile ini pastinya menjadi dambaan setiap jejaka miang di luar sana.

Jaime Rascone

Masakan tidak, kerja yang perlu dilakukan oleh Jaime Rascone adalah tersangat mudah dan unik iaitu dia perlu terlebih dahulu menguji atau ‘test drive’ seseorang pelacur sebelum mereka boleh digolongkan sebagai pelacur kelas atasan atau pelacur untuk golongan VIP di sana.

Di sana, sesiapa yang ingin menjadi pelacur kelas atasan perlu menjalani beberapa ujian termasuk ujian ditemubual, ujian psikologi, ujian sesi fotografi dan ujian bagaimana calon-calon pelacur itu boleh memuaskan hati para pelanggan di ranjang.

Di sinilah Jaime memainkan peranan untuk menguji pelacur-pelacur tersebut, sama ada mereka layak untuk dinaikkan taraf sebagai pelacur untuk golongan VIP.

Sumber: Mynewshub

Friday, December 06, 2013

Wanita Ditangkap Selepas Menelefon Polis 15,000 Kali!

Wanita Ditangkap Selepas Menelefon Polis 15,000 Kali!

Polis Jepun semalam berkata, mereka menahan seorang wanita kerana menghubungi pihak berkuasa itu lebih 15,000 kali sepanjang tempoh enam bulan.

Woman arrested after calling police 15,000 times
Gambar hiasan.

Pihak berkuasa berulang kali mengunjungi kediaman wanita berusia 44 tahun itu dan memintanya agar menghentikan perbuatannya berkenaan.

Polis akhirnya terpaksa menahan wanita terbabit apabila pujukan itu tidak diendahkan.

Pegawai polis di Sakai, dekat Osaka berkata, wanita terbabit membuat 927 panggilan kecemasan dalam sehari dan perbuatannya mengganggu tugas polis.

Woman arrested after calling police 15,000 times

“Kami pergi ke kediamannya 60 kali untuk memujuknya agar tidak menghubungi kami lagi tetapi gagal.

“Akhirnya kami tidak mempunyai pilihan kecuali menahannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pegawai polis itu berkata mereka percaya wanita terbabit mengalami kesunyian melampau.

Wanita itu menghadapi tuduhan mengganggu tugas polis yang jika disabitkan bakal berdepan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda 500,000 yen (RM15,815). -AFP

Sunday, December 01, 2013

Penjara Yang Membenarkan Anak Dan Isteri Tinggal Bersama!

Penjara Yang Membenarkan Anak Dan Isteri Tinggal Bersama!

Penjara San Pedro adalah penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan tahanan seramai 1,500 di dalamnya.

Penjara San Pedro

Namun, apa yang membuatkannya unik bukanlah kerana jumlah banduan di dalamnya tetapi kerana banduan di penjara ini dibenarkan untuk menjalankan kerja mereka atau bekerja di dalam penjara.

Malah, Penjara San Pedro mempunyai undang-undangnya sendiri, tanpa warden di dalamnya!.

Banduan di penjara San Pedro tinggal di dalam penjara yang mempunyai komuniti persekitaran tersendiri.

Sama seperti kehidupan biasa di luar penjara, di dalam penjara San Pedro terdapat restoran, pasar, pasar raya, salon rambut, malah hotel yang diuruskan sendiri oleh para banduan.

Banduan juga boleh mengajak keluarga mereka, isteri dan anak-anaknya untuk tinggal di dalam penjara bersama mereka.

Warden di Bolivia tidak akan campur tangan walau apapun yang terjadi antara para banduan di dalam penjara.

Seorang banduan akan dipilih secara demokrasi dan menjadi pemimpin di penjara San Pedro. Anda juga tidak akan menemui banduan yang tinggal di dalam bilik jeriji besi.

Namun, di dalam penjara ini, para tahanan perlu membayar untuk sel mereka tidak kira betapa kecil dan kotornya sel yang mereka diami.

Penjara San Pedro terbahagi kepada 8 sektor, dari yang paling kotor hinggalah yang paling mewah untuk didiami.

Banduan yang sanggup membayar dengan harga yang mahal boleh tinggal di bahagian yang mewah dalam penjara ini.

Di ruangan penjara yang mewah, para banduan boleh tinggal di dalam sel yang selesa yang dilengkapi dengan bilik mandi, dapur, TV kabel, malah jacuzzi dengan bayaran yang mahal.

Banduan yang ingin tinggal di dalam sel mewah seperti ini perlu membayar kira-kira USD$1,000 hingga USD$1,500 sepanjang penahanan mereka. Namun, ramai juga banduan miskin yang tinggal beramai-ramai dalam sebuah sel.

Banduan yang tidak memiliki wang dibenarkan bekerja seperti biasa supaya mereka mempunyai wang untuk terus tinggal di dalam penjara.

Makanan juga tidak disediakan oleh pihak penjara, jadi banduan perlu membelinya sendiri di dalam penjara ini.

Oleh kerana itu, ada banduan yang membuka kedai makan dan ada juga yang menjalankan perkhidmatan sebagai pendandan rambut atau tukang kayu. Yang lain bekerja di bawah kendalian banduan lain sebagai pekerja untuk mendapat gaji.

Kita tidak akan menyangka bahawa penjara ini adalah sebuah penjara kerana di dalamnya para banduan lelaki bekerja dan menjalankan rutin biasa, manakala isteri akan mengurus rumah tangga mereka malah kanak-kanak bebas berkeliaran di dalamnya.

Satu data menunjukkan, kira-kira 200 kanak-kanak tinggal dengan ayah mereka yang menjadi banduan di dalam penjara San Pedro.

Penjara San Pedro

Ramai yang menganggap bahawa penjara San Pedro bukanlah persekitaran yang sesuai untuk membesarkan anak-anak. Namun, keluarga mereka sebaliknya mengatakan bahawa kehidupan mereka lebih baik di dalam penjara daripada hidup di jalanan kerana diskriminasi masyarakat.

Tapi jangan anggap bahawa tinggal di dalam penjara San Pedro sentiasa aman dan damai. Banduan di dalamnya saling mencuri harta banduan lain, malah sanggup membunuh jika berlaku pergaduhan antara mereka.

Keunikan penjara ini pernah menjadi perhatian pelancong dari seluruh dunia sehinggakan penjara San Pedro menjadi tarikan pelancongan di Bolivia.

Dengan membayar 250 peso, para pelancong boleh melawat penjara ini. Malah, banduan sendiri yang akan menguruskan pelawat yang berkunjung.

Namun, ada pihak yang mengatakan bahawa pekara ini telah diambil kesempatan oleh beberapa pihak untuk menjual beli dadah.

Oleh kerana itu, sejak tahun 2009 tidak ada lagi pelancong yang dibenarkan melawat ke dalam penjara San Pedro.

Walau bagaimanapun, banduan tetap dibenarkan mengajak keluarga mereka tinggal di dalamnya bersama mereka.

-Sentiasapanas.com

Sengaja Rompak Bank Kerana 'Rindukan' Penjara!

Sengaja Rompak Bank Kerana 'Rindukan' Penjara!

Seorang lelaki tua di Illinois, Amerika Syarikat sengaja merompak bank supaya dimasukkan semula ke penjara. Lelaki yang pernah dipenjarakan ini, mengaku rindu dengan kehidupan di penjara.

Walter Unbehaun

Walter Unbehaun pernah dipenjarakan pada tahun 1963 atas pelbagai tuduhan jenayah.

Bermula dengan rompakan bank, mencuri kereta, merompak rumah orang dan kekerasan bersenjata.

Media tempatan, NBC seperti dilaporkan news.com.au, (25/11/2013), menyebutkan, Unbehaun tidak bahagia dengan kehidupannya sebagai manusia bebas. Dia dia nekad melakukan rompakan di salah sebuah bank di Illinois, awal tahun ini.

Dokumen perbicaraan menyebutkan, Unbehaun mendatangi juruwang bank dan memintanya untuk memberikan semua wang yang ada.

"Ini rompakan bersenjata. Saya tidak takut kehilangan apa-apa. Berikan saya wang yang ada di laci," ucap Unbehaun ketika melakukan rompakan.

Lelaki berumur 73 tahun ini membawa sebuah pistol yang diselitkan di pinggangnya.

"Saya hanya mempunyai masa 6 bulan untuk hidup dan saya tidak akan kehilangan apa-apa. Saya tidak mahu mencederakan anda," menurut kenyataan Unbehaun yang dipetik dari dokumen perbicaraan.

Unbehaun berjalan ke bank tersebut dengan menggunakan alat bantu jalan yang digunakannya sejak dia menjalani pembedahan tulang pinggul.

Sejak awal, menurut polis, Unbehaun memang berniat untuk ditangkap polis. Sehari selepas kejadian, dia ditangkap polis di sebuah motel di Chicago oleh agen FBI dan polis.

Dalam perbicaraan, pendakwaraya menuntut Unbehaun dijatuhkan hukuman 6-8 tahun penjara. Hukuman tersebut dianggap mampu memberikan kesan penghalang kepada Unbehaun.

"Adakah sistem tidak berlaku bagi Unbehaun. Kita tidak tahu. Tapi, yang kita tahu secara pasti adalah Unbehaun sama sekali tidak berniat untuk menjalani kehidupan tanpa melanggar undang-undang di luar penjara," ucap pendakwaraya, Sharon Fairley.

Perbicaraan Unbehaun disambung bulan depan.

Sumber: News.detik.com