Saturday, November 30, 2013

Pasangan Suami Isteri Bahagia, Rupanya Adik-Beradik!

Pasangan Suami Isteri Bahagia, Rupanya Adik-Beradik!

Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing, rupa-rupanya mereka adik beradik!

Wei and Qing Chinese Couple

Kisah yang bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China. Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.

Mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta. Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.

Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.

Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.

Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.

Ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.

Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.

Dr. Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.

Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang akan dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.

Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan.

Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan.

[Sumber]

Thursday, November 28, 2013

Baru 13 Tahun Sudah Jadi Janda!

Baru 13 Tahun Sudah Jadi Janda!

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Sumber: Awani

Wednesday, November 20, 2013

Wanita Berbogel Mengaku 'Tuhan Kereta Api'

Wanita Berbogel Mengaku 'Tuhan Kereta Api'

Aktiviti harian penduduk di Chicago yang menggunakan komuter, telah dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menyerbu masuk ke dalam komuter itu dalam keadaan bogel.

Wanita Berbogel

Kejadian berlaku di stesen Granville.

Wanita yang mengalami sakit mental itu, turut menjerit dan menampar beberapa penumpang komuter berkenaan.

Dia kemudiannya mengaku dirinya adalah `tuhan’ komuter itu dan mengarahkan semua penumpang turun, kerana dia telah mengambil alih keretapi tersebut.

Keadaan itu menyebabkan komuter tersebut tergendala selama 15 hingga 30 minit.

Wanita tidak siuman yang berusia 31 tahun itu mahu memandu keretapi terbabit.

Polis kemudiannya berjaya mengarahkan wanita itu keluar daripada keretapi berkenaan dan dia dibawa ke hospital untuk penilaian mental.

Sumber: Mynewshub

Thursday, November 14, 2013

Wanita Langsing Kemaruk Buah Pisang!

Wanita Langsing Kemaruk Buah Pisang!

Seorang wanita langsing semula jadi dan kini hamil anak pertama menjadi sasaran kritikan kerana mempromosikan diet keterlaluan yang menyaksikan dia memakan pisang secara melampau.

Loni Jane Anthony, 25

Loni Jane Anthony, 25, dari Australia mendedahkan dalam blognya, dia memakan sehingga 20 biji pisang sehari, sama ada secara mentah dan dibuat minuman smoothie sebagai sarapan, makan tengah hari dan kadangkala mencampurkannya dengan salad ketika makan malam.

Selepas mendedahkan mengenai rancangan pemakanannya yang berasaskan buah-buahan kepada news.com.au, orang ramai menyifatkan wanita itu tidak bertanggungjawab dan suka memuji diri sendiri terutama melalui laman Instagram.

Loni Jane Anthony, 25

Loni menyatakan dia berbangga kerana mempunyai hampir 100,000 pengikut sambil memuat naik puluhan imej menunjukkan tubuhnya yang ramping.

Seorang pengguna menulis, tubuh manusia tidak mampu bertahan hanya dengan memakan buah-buahan kerana ia tidak seimbang dengan keperluan harian.

“Saya menghormati sesiapa saja yang membuat perubahan positif dalam gaya hidup mereka tetapi diet sementara seperti ini hanya akan berhasil selepas tempoh yang lama,” tulisnya.

Loni Jane Anthony, 25

Seorang lagi pengguna mempertikai mengenai kehamilannya.

“Saya lebih bimbang kerana dia tidak memakan makanan yang betul seperti protein yang diperlukan bayi untuk tumbesaran yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Loni yang hamil 26 minggu berkata, dia tidak pernah mengalami masalah pemakanan seperti anorexia atau bulimia.

Loni Jane berkata, dia mula mempunyai tabiat memakan buah-buahan selepas letih dengan gaya hidup suka berparti yang menyaksikan dia hanya mengambil makanan ringan dan minuman keras. –Agensi

Wednesday, November 06, 2013

Lagi Pelajar Terjun Dari Bangunan Selepas Di Denda Cikgu!

Lagi Pelajar Terjun Dari Bangunan Selepas Di Denda Cikgu!

Berdasarkan rakaman CCTV, seorang kanak-kanak di Chengdu, China bernama Junjun pulang ke pangsapuri rumahnya seperti biasa pada petang, 30 Oktober lalu.

Pelajar Bunuh Diri

Dia dilihat berjalan perlahan-lahan menuju elevator dengan menundukkan kepala dan memakai beg sandang belakang.

Bagaimanapun kanak-kanak itu tidak menekan butang lima di mana rumahnya berada sebaliknya menunggu hingga tingkat 30 sebelum keluar.

20 minit kemudian, penghuni pangsapuri tersebut mendengar bunyi dentuman kuat seperti kemalangan kereta.

(Baca: Pelajar Maut Selepas Guru Arah Terjun Dari Tingkat 10!)

Ia adalah Junjun, yang terjun dari tingkat 30 lalu mati serta merta.

Di lantai tingkat di mana Junjun nekad mengakhiri riwayatnya, terkapar beg sandang belakang yang dibawa kanak-kanak itu ke sekolah setiap hari.

Sebuah buku teks bagaimanapun kelihatan terbuka di sisi beg tersebut dengan tertulis nota untuk cikgunya.

Pelajar Bunuh Diri

Rupa-rupanya, sebuah hukuman biasa yang diberikan seorang guru di sekolah benar-benar mempengaruhi emosi Junjun hingga dia tergamak mengambil jalan sesingkat itu.

Menurut gurunya ketika sesi persekolahan hari tersebut, Junjun dan lebih sepuluh murid lain telah membuat bising ketika satu pertandingan membaca diadakan.

Sebagai hukuman, murid-murid itu dberikan dua denda untuk dipilih iaitu berdiri selama sejam atau menulis sebanyak 1,000 patah perkataan yang mengutuk diri sendiri.

Pelajar Bunuh Diri

Junjun memilih hukuman kedua namun menangis sebelum pulang dan bertanya bagaimana jika dia tidak mampu menyiapkannya.

Siapa sangka, persoalan itu terlalu membebani fikirannya hingga dia menulis di nota akhir sebelum terjun, “Cikgu, saya tak dapat buat.”

Sumber: China Smack

Friday, November 01, 2013

Pelajar Maut Selepas Guru Arah Terjun Dari Tingkat 10!

Pelajar Maut Selepas Guru Arah Terjun Dari Tingkat 10!

Seorang budak lelaki di China berusia 10 tahun maut selepas bertindak terjun dari bangunan setinggi 30 tingkat kerana gagal menulis karangan kritikan terhadap dirinya sendiri seperti yang diminta oleh gurunya, lapor media tempatan kelmari.

Chinese boy, 10, jumps to death 'on teacher's order'
Gambar hiasan.

Pelajar sekolah rendah itu telah diarahkan untuk mengarang permohonan maaf sepanjang 1,000 perkataan oleh gurunya atas kesalahan berbual dalam kelas, lapor China National Radio ( CNR ) yang memetik kata jiran kepada budak terbabit.

Guru itu didakwa mengarahkan budak tersebut melompat keluar dari bangunan selepas dia gagal untuk menyelesaikan tugas seperti yang diminta.

Dalam salah satu daripada buku teksnya turut ditemui nota, 'Cikgu, saya tidak boleh melakukannya. Saya cuba untuk mengelak beberapa kali apabila saya diarahkan untuk cuba melompat dari bangunan itu."

Kanak-kanak itu kemudiannya terjun dan menghempap sebuah kereta, berdekatan dengan tempat keluarganya tinggal, lapor West China City News.

Ibu bapa kanak-kanak terbabit dan saudara-maranya telah mengadakan satu perarakan tunjuk perasaan dengan membawa sepanduk di luar pekarangan sekolah tersebut di bandar Chengdu. Sepanduk itu bertulis: 'Guru paksa anak kami terjun bangunan'.

"Siasatan polis masih dijalankan," kata seorang pegawai ibu pejabat polis Jinjiang yang enggan mengulas lanjut.

Disiplin yang ketat dikenal pasti menjadi ciri yang paling penting bagi sistem pendidikan China sementara aspek budaya dan tradisi yang menuntut penghormatan terhadap pendidik seperti guru telah meletakkan kanak-kanak dalam keadaan tertekan. -AFP

Wednesday, October 30, 2013

Lelaki Potong Kemaluan Kecewa Tiada Kekasih!

Lelaki Potong Kemaluan Kecewa Tiada Kekasih!

Kerana terlalu tertekan selepas gagal mendapat teman wanita, seorang lelaki berusia 26 tahun, mengambil jalan singkat dengan memotong kemaluannya.


Namun, selepas berbuat demikian, Yang Hu, memutuskan untuk menyambungnya semula dan telah menaiki basikal untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Malang menimpa apabila doktor memberitahu bahawa kemaluannya tidak dapat disambung kerana tertinggal di rumah!

Bagaikan pak pandir, Yang Hu kemudian menaiki basikal untuk pulang ke rumah dan mengambil cebisan kemaluannya itu.

Apabila Yang Hu kembali ke hospital, doktor memberitahu bahawa mereka tidak dapat menyambungnya semula kerana dia kehilangan banyak darah untuk tempoh yang panjang.

Betapa kecewanya Yang apabila mendapati kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Menurut rakan-rakannya, dia mengalami tekanan selepas gagal mendapat teman wanita, walaupun sudah lama bekerja di kilang membuat pakaian di Jiaxing.

Kekecewaannya bertambah buruk sehinggalah dia memutuskan untuk memotong kemaluannya pada pukul 9 malam, dua hari lalu selepas pulang dari kerja.

Dalam pada itu, rakan-rakannya mengecam doktor di hospital terbabit kerana tidak menyediakan ambulan kepada Yang.

Jika tidak, mungkin kejantanan Yang masih mampu diselamatkan.

-Sentiasapanas.com