Saturday, March 05, 2016

Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Nampak ramah dan mesra tetapi 'kemanisan' itu hanya apabila berhadapan dengan media agar berita yang disiarkan molek serta indah belaka.

Hakikatnya, ketika bersama kru produksi dan peminat, akan terserlah keperibadiaan sebenar mereka.

Itulah lakonan hebat segelintir bintang tersohor Bollywood yang terkenal dengan sikap menjengkelkan, degil dan tegas tidak bertempat bagi memastikan segala kehendak mereka dipenuhi pelbagai pihak.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor

Aktres yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan ini bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni yang sangat berpengaruh di Bollywood manakala keluarga mertuanya pula berdarah bangsawan.

Ibu mertuanya, Sharmila Tagore, adalah aktres popular 1960an.

Kareena yang mula berlakon pada usia belasan tahun sememangnya berjaya melakar kejayaan hebat dipentas seni Bollywood.

Dan kerana itulah, dia sesuka hati memilih rakan gandingan dan mereka mestilah pelakon gred A.

Dilimpahi tawaran berlakon sepanjang tahun, aktres ini khabarnya tidak akan sesekali berkongsi lensa kamera dengan pelakon gred B.

Disebabkan syarat melampau itu, dia menolak banyak tawaran daripada syarikat produksi.

Bukan itu saja, dia turut meletakkan syarat tidak akan berlakon adegan intim dengan hero dan sikap sombongnya melukakan hati banyak pihak termasuklah peminatnya.

Pernah suatu ketika di lapangan terbang, dia pernah memaki hamun peminat cilik yang mahu bergambar dengannya.

Akshay Kumar

Akshay Kumar

Bapa kepada dua cahaya mata ini meletakkan syarat tidak akan bekerja pada hari Ahad. Baginya, hari itu adalah waktunya berehat bersama keluarga.

Apapun yang berlaku dilokasi penggambaran, dia tidak akan bertolak ansur.

Bagaimanapun, syarat itu berbaloi kerana pada hari biasa, dia sangat komited dan menepati masa.

Akshay juga terkenal sebagai seorang yang sangat teliti dalam soal makanan bagi mengekalkan susuk tubuhnya yang sasa dan berotot.

Sonakshi Sinha

Sonakshi Sinha

Jika aktres lain tidak kisah menjayakan babak bercium di layar perak, Sonakshi pula enggan melakukannya.

Dia akan meletakkan syarat itu dalam kontraknya dengan syarikat prduksi. Ramai ternanti-nanti bilakah Sonakshi akan melanggar syarat yang diletakkan itu.

Pengarah manakah yang akan berjaya memujuk dan meleburkan prinsipnya?

Hrithik Roshan

Hrithik Roshan

Hrithik sangat menjaga bentuk tubuhnya dan bagi mengekalkan penampilan sasanya, dia akan membawa bersama tukang masak peribadinya tidak kira ketika penggambaran diluar negara mahupun ketika bercuti dengan keluarga.

Bagi melengkapkan lagi rutin penjagaan badannya, Hrithik akan meminta syarikat produksi menyediakan gimnasium bagi membolehkannya bersenam setiap hari.

Priyanka Chopra

Priyanka Chopra

Sememangnya terkenal dengan sikap besar kepala, aktres ini dikatakn pernah berang dengan pembantu fesyen terkenal, Mahish Malhotra, yang bertanggungjawab menyediakan bajunya untuk filem Anjaana Anjaani.

Dia dikatakan tidak berkenan dengan rekaan koleksi pakaian, gabungan warna dan material yang digunakan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Mahish terpaksa datang sendiri ke set penggambaran untuk memujuk Priyanka.

Ketika penggambaran filem biografi, Mary Kom, Priyanka juga dikatakan campur tangan dalam pembikinan karya itu sehingga mengundang rasa kurang senang sutradara Omung Kumar.

Begitulah ragam Bollywood, dek kerana pengaruh yang besar dalam industri, kemahuan mereka pasti sentiasa dituruti.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 06, 2015

Gambar Shahrukh Khan Berzikir Sambil Bertasbih Jadi Viral

Gambar Shahrukh Khan Berzikir Sambil Bertasbih Jadi Viral

Ramai yang masih tertanya-tanya tentang status agama dianuti aktor nombor satu Bollywood, Shahrukh Khan (SRK) apatah lagi dia mengambil keputusan untuk menikahi isterinya, Gauri Chibber yang beragama Hindu pada 1991.

Shahrukh Khan Berzikir

Bukan itu sahaja, sebuah madrasah di India pernah mengisytiharkan pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu murtad setelah dia bertindak menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Namun baru-baru ini, SRK mengejutkan para peminatnya apabila dilihat memegang seutas tasbih sambil mulutnya terkumat-kamit.

Dia dilihat berbuat demikian ketika tiba di sebuah lapangan terbang selepas pulang dari penggambaran di Bulgaria.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama SRK dilihat memegang tasbih kerana sekeping gambar yang diambil sebelum ini turut menunjukkan dia turut berbuat demikian.

Shahrukh Khan Berzikir [2]

Pastinya tindakan itu mengejutkan banyak pihak, namun sebahagiannya memuji perubahan yang berlaku terhadap aktor tersebut.

Sebelum ini, SRK juga pernah meluahkan hasratnya untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah selepas usia anak-anaknya meningkat dewasa.

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, February 28, 2015

Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

Siapa sangka, selepas lebih dua dekad ditayangkan di panggung wayang, sebuah filem masih mendapat permintaan untuk ditonton. Memang menakjubkan!

Dilwale Dulhania Le Jayenge

Inilah yang berlaku terhadap salah satu naskah paling popular yang masih mendapat permintaan ramai penduduk India iaitu filem lakonan pelakon terkenal Shahrukh Khan dan Kajol bertajuk Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).

Menurut laporan satu portal antarabangsa, BBC News, panggung wayang di Mumbai telah menarik kembali notis menghentikan tayangan filem berkenaan setelah ia mendapat bantahan ramai pihak.

Sebelum ini, notis berhubung pemberhentian tayangan filem tersebut dibuat oleh Yash Raj Films, syarikat yang menerbitkan DDLJ setelah ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pihaknya kerana jumlah penonton mula berkurangan.

Berdasarkan kenyataan dari pemilik panggung Maratha Mandir, pihaknya menerima ratusan panggilan dalam tempoh dua jam setelah notis berkenaan dikeluarkan.

“Selepas meletakkan pengumuman tersebut di luar panggung pada Selasa minggu lalu, kami menerima lebih 230 panggilan dalam masa dua jam daripada penonton yang tidak berpuas hati,”kata pemilik panggung itu, Manoj Desai.

“Kami bukan sahaja menerima panggilan dari Mumbai malah dari Delhi dan Ahmedabad. Kami juga menerima panggilan dari sebuah stesen radio di Dubai – Mereka berkata setiap kali warganegaranya datang ke India, mereka pasti akan menonton filem tersebut.

“Sememangnya kami tidak menjangkakan bakal menerima reaksi sebegini.”

Akibat dari ‘kekecewaan’ ramai penonton, syarikat penerbitan DDLJ menukar keputusannya untuk meneruskan tayangan filem tersebut.

Namun demikian, demi menjana kembali keuntungan, kedua-dua pihak iaitu penerbit dan panggung wayang bertindak merencanakan beberapa strategi seperti menukar waktu tayangan dan meningkatkan harga tiket.

Filem tersebut mencipta rekod apabila mengungguli carta dengan jumlah keseluruhan tayangan yang berlanjutan selama 1,009 minggu tanpa henti. Ia mula menemui penonton di pawagam Oktober 1995.

Nah, itulah penangan bagi karya yang digilai peminat seluruh dunia, kan? Lain pula senario filem Malaysia, minggu pertama tayangan lagi sudah ada ura-ura nak dihentikan kerana kutipan tak memberangsangkan.

Nasiblah ada Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh FINAS, dapat jugalah filem tersebut kekal di panggung selama 14 hari walaupun tak ada penonton.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Berapa Gaji Pertama Diterima Selebriti Terkenal Bollywood?



Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, November 27, 2014

Karisma Kapoor Sombong!

Karisma Kapoor Sombong!

Sedari dulu lagi telah dikhabarkan bahawa superstar-superstar Bollywood ni ada karakter semacam iaitu suka berlagak diva atau dalam erti kata lain sombong dan tak mesra peminat.

Karisma-Kapoor

Namun, tidak dinafikan ramai di kalangan peminat tempatan meminati serta menggilai bintang Bollywood yang semuanya serba kacak dan cantik-cantik belaka.

Malah, penyanyi Farhan Azizan turut mengakui seorang pelakon Bollywood popular, Karisma Kapoor yang sempat ditemuinya dalam satu majlis baru-baru ini sangat sombong sampaikan tidak mahu bersalam dengan tetamu yang hadir pada acara keraian itu.

(Baca: 10 Wanita Paling Hot 2014 Pilihan Majalah Maxim)

“Adatlah kalau bintang luar diagung-agungkan di negara kita. Sedangkan mereka seperti memijak kepala kita saja. Tapi dia masih mampu tersenyum di depan tetamu dan melayan permintaan untuk bergambar.

“Cuma satu yang saya perhatikan dia memang tak bersalam dengan orang di acara itu. Benar kalau dia dianggap Tuhan di negaranya sendiri tetapi di negara kita dia tidak dianggap begitu. Dia datang ke sini pun semestinya dibayar.

“Pada satu tahap saya tengok dia sendiri menolak untuk bergambar dengan tetamu. Malah hingga bercakap atau menyahut percakapan orang pun seperti dah tak kuasa lagaknya. Negara kita murah dengan adab dan senyuman, jangan fikir kita nak puja dia seperti di negaranya,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Karisma Kapoor - Farhan

Sampai macam tu sekali lagak Karisma!

Mungkin dia rasa namanya terlalu besar sampaikan semua orang pun dia buat layan tak layan je.

Kalau artis Malaysia yang cuba buat perangai macam ni, pasti akan dihencap seantero Malaysia.

Harap-harap tiadalah artis tempatan yang feeling-feeling diva macam Karisma ni!

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, June 15, 2014

HOT! Preity Zinta Dicabul Teman Lelaki!

HOT! Preity Zinta Dicabul Teman Lelaki!

Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta mendakwa beliau telah dicabul, didera dan diugut bekas teman lelakinya ketika perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL), menurut polis, semalam.

Preity Zinta

Zinta menuduh ahli perniagaan, Ness Wadia melakukan perbuatan itu selepas mereka bertengkar pada 30 Mei lalu.

Ketua Polis Mumbai, Vijay Mane mengesahkan mereka ada menerima aduan daripada pelakon itu.

(Baca: Top 10 Pelakon Lelaki Bollywood Paling Kaya)

"Wadia didakwa mengasarinya dan turut mengeluarkan kata-kata kesat selepas mereka berselisih pendapat ketika menyaksikan perlawanan di Stadium Wankhede," jelasnya.

Bintang filem Chori Chori Chupke Chupke itu turut memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

"Saya tidak berniat melukakan hati sesiapa tetapi tindakan ini adalah untuk melindungi dan mempertahankan hak saya," menurutnya, laporan dipetik dari AFP.

Saturday, March 01, 2014

Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

Apa rahsia di sebalik badan anggun aktres Bollywood, Shilpa Shetty? Terfikir bagaimana Katrina Kaif mempuyai wajah seperti bidadari dengan kulit yang indah?

Di sini kami akan membongkar beberapa rahsia kecantikan terbaik yang telah diamalkan oleh diva-diva terkenal Bollywood. Teruskan membaca!

Aishwarya Rai

Aishwarya Rai

Bekas Miss India yang pernah memegang gelaran sebagai "wanita tercantik di dunia" ini merupakan contoh dan inspirasi kepada orang-orang di India mahupun seluruh dunia.

Ashwarya Rai percaya dalam penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti timun untuk masalah kulit, tepung gram untuk pembersihan dan menggunakan campuran susu dan yogurt untuk melembapkan kulit.

Untuk mengeluarkan toksin, dia menggunakan losyen semula jadi daripada madu, limau dan air panas untuk disapu pada badannya.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor

Ikon glamor ini telah menggegarkan industri filem dengan saiz avatar sifar beliau. Perjalanan sebagai anak seni beliau telah menarik perhatian daripada semua peringkat umur.

Perubahan beliau memerlukan banyak usaha, senaman yang memerlukan tumpuan penuh dan tabiat makan yang sihat.

Rahsia di sebalik badannya yang fit dan 'abs' sempurna adalah kerana Kareena mengikuti rejim yang ditetapkan oleh pakar pemakanan beliau, Rujuta Diwekar, yang mana merupakan penulis buku "Don't lose your mind, lose your weight" dan "Women and the Weight loss tamasha".

Selain itu, Kareena turut mengamalkan makan enam hidangan kecil, sihat dan berkhasiat serta mengamalkan yoga.

Shilpa Shetty

Shilpa Shetty

Dia merupakan seorang 'tomboy' semasa zaman remajanya, mempunyai badan yang tinggi lampai dan senyuman yang nakal.

Namun, dia mengalami transformasi ajaib yang mana menjadikannya sebagai seorang wanita yang berkarisma, cantik dan sentiasa bersedia seperti sekarang.

Telah mewakili negaranya dalam versi UK Big Boss dan melancarkan Yoga CD sendiri. Rahsia badannya yang fit dan 'toned, falsafah kecergasan beliau adalah terdiri daripada latihan berat untuk 'toning', yoga untuk mencapai fleksibiliti dan ketangkasan dan meditasi untuk sentiasa berasa tenang dan damai.

Dia tidak percaya pada berlapar untuk diet sebaliknya mematuhi tabiat makan yang sihat selari dengan rejim latihan yang ketat .

Hema Malini

Hema Malini

Dia adalah seorang pelakon legenda yang mana telah berusia dengan begitu anggun sekali. Rahsianya, beliau hanya menggunakan minyak aroma untuk menjaga kulitnya berseri dan sihat.

Untuk mengekalkan rambutnya sihat, aktres ini menggunakan campuran minyak kelapa, amla, tulsi dan neem untuk mengurut rambutnya dua kali seminggu.

Selain itu, dia turut menggunakan pembersih susu Clarins untuk membuatkan kulitnya licin dan segar.

Tambahan lagi, minum air yang banyak adalah satu lagi aspek penting dalam menjaga kulitnya supaya sentiasa terhidrat dan berseri.

Untuk kecergasan, Hema mengamalkan aktiviti berbasikal, 'Pranayam' selama 45 minit dan yoga setiap selang sehari.

Dia turut percaya dan mengamalkan diet vegetarian yang ketat yang terdiri daripada roti, dal, sayur-sayuran, beras, rasam, buah-buahan segar, teh hijau dan kadang-kadang bantuan daripada minyak sapi.

Karisma Kapoor

Karisma Kapoor

Diva ini kelihatan cantik walaupun tanpa kesan solekan dan gaya rambut ekor kuda tinggi beliau turut membantu meningkatkan ciri-cirinya yang hebat.

Telah memasuki angka 30an dan seorang ibu yang mempunyai bentuk badan yang sempurna, dia telah mengamalkan carta pemakanan seperti berikut:
  • Sarapan: 2 keping roti bakar gandum penuh dengan sayuran
  • Makan tengah hari: Salad buah
  • Snek: Sandwich atau Dhokla atau Udang
  • Makan lewat malam: Sup
  • Makan Malam: Dada ayam dan sayuran panggang.

Dia turut mevariasikan diet ini bersama beras perang, ikan kukus atau ayam dan mempunyai 2-3 putih telur setiap hari untuk mengekalkan pengambilan protein.

Katrina Kaif

Katrina Kaif

Digelar sebagai "Barbie Doll", Katrina telah menguasai industri filem India dengan senyumannya seperti bidadari, bentuk badannya yang panjang, ciri-ciri lembutnya dan kulit bersinar. Beliau merupakan salah satu pelakon tampak jelita mahupun tanpa mekap.

Rahsianya, dia hanya menggunakan topeng lumpur mineral untuk memerangi pelbagai masalah kulit yang terdiri daripada minyak muka yang berlebihan dan jerawat.

Beliau percaya dalam spa badan yang mana untuk bertujuan untuk bersantai secara keseluruhan dan kesejahteraan.

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, February 19, 2014

Koleksi Fesyen Bintang Terkenal Bollywood

Koleksi Fesyen Bintang Terkenal Bollywood

Pada November lalu, bintang Bollywood terkemuka, Hrithik Roshan melancarkan jenama fesyennya sendiri, "HRx", yang berkonsepkan 'fesyen dan kesihatan badan', dua perkara yang sinonim dengan bintang "Krishh" ini.

Hrithik Roshan Fashion

Tapi Hrithik Roshan bukan bintang pertama yang memiliki koleksi fesyennya sendiri. Antara yang lain mendahului termasuklah:

Lara Dutta

Lara Dutta Fashion

Bekas ratu cantik dan pelakon "Don 2" ini bekerjasama dengan peruncit Chabbra 555 untuk menghasilkan koleksi sarinya sendiri yang direka dan dikonsepsi oleh dirinya sendiri dan dijenamakan sebagai Lara Dutta-Chabbra 555.

Sebagai seorang daripada pemula trend di India, Lara mengatakan dia menghasilkan sari-sari yang lebih kontemporari, sesuai dengan kehendak wanita moden India masa kini.

Deepika Padukone

Deepika Padukone

Bintang "Ram Leela" ini telah berkolaborasi dengan jenama fesyen terkemuka Van Heusen dalam menghasilkan edisi terhad rekaannya sendiri untuk wanita, yang lebih menjurus kepada gaya klasik Hollywood yang disesuaikan dengan rekaan moden.

Salman Khan

Salman Khan

Berbeza dengan bintang Bollywood yang lain, Salman Khan melancarkan koleksi pakaiannya sendiri selari dengan organisasi kebajikannya, Being Human yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

Koleksi pakaian Being Human dilancarkan pada tahun 2012 dan sebahagian daripada keuntungan daripada jualan digunakan pertubuhan tersebut untuk aktiviti kemanusiaan mereka.

Shilpa Shetty Kundra

Shilpa Shetty Kundra

Bekas juara musim kelima "Celebrity Big Brother" UK yang kini sudah menjadi usahawan berjaya ini, membuat kemunculan sulung dalam bidang rekaan fesyen dengan mereka pakaian untuk pasukan Liga Prima India milik dia dan suaminya, Rajasthan Royals.

John Abraham

John Abraham

Bekas model dan pelakon "Jism" ini bukan sahaja model rasmi jenama pakaian dan jeans Wrangler, tapi juga memiliki koleksi pakaian yang menggunakan namanya sendiri, JA Clothes di bawah payung Wrangler.

Bipasha Basu

Bipasha Basu

Berbeza dengan para artis lain yang melancarkan koleksi pakaian, pelakon seksi Bipasha Basu melancarkan koleksi aksesori termasuk barang kemas, beg tangan dan lain-lain.

Koleksi tersebut diberi nama The Trunk Lable dan boleh didapati secara dalam talian.

Lisa Ray

Lisa Ray

Model, pelakon, pengacara dan pemandiri kanser yang popular melalui filem "Kasoor" ini memilih jenis pakaian yang sama dengan Lara Dutta, dengan melancarkan koleksi sarinya sendiri yang diberi nama Ray of Hope.

Koleksi tersebut merupakan hasil kerjasama dengan pereka fesyen popular merangkap label terkemuka India, Satya Paul.

Malaika Arora Khan

Malaika Arora Khan

Pelakon, model, ikon fesyen dan isteri kepada bintang Arbaaz Khan ini melancarkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama TheClosetLabel.com.

The Closet Label bukan sahaja menjual pakaian rekaan Malaika yang sesuai untuk pelbagai acara, tapi juga aksesori menarik yang sinonim dengan pemula trend tersebut. Seperti koleksi Bipasha Basu, ia juga boleh didapatkan dalam talian.

Sumber: Tupai.com.my