Aug 6, 2015

Gambar Shahrukh Khan Berzikir Sambil Bertasbih Jadi Viral

Ramai yang masih tertanya-tanya tentang status agama dianuti aktor nombor satu Bollywood, Shahrukh Khan (SRK) apatah lagi dia mengambil keputusan untuk menikahi isterinya, Gauri Chibber yang beragama Hindu pada 1991.

Shahrukh Khan Berzikir

Bukan itu sahaja, sebuah madrasah di India pernah mengisytiharkan pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu murtad setelah dia bertindak menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Namun baru-baru ini, SRK mengejutkan para peminatnya apabila dilihat memegang seutas tasbih sambil mulutnya terkumat-kamit.

Dia dilihat berbuat demikian ketika tiba di sebuah lapangan terbang selepas pulang dari penggambaran di Bulgaria.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama SRK dilihat memegang tasbih kerana sekeping gambar yang diambil sebelum ini turut menunjukkan dia turut berbuat demikian.

Shahrukh Khan Berzikir [2]

Pastinya tindakan itu mengejutkan banyak pihak, namun sebahagiannya memuji perubahan yang berlaku terhadap aktor tersebut.

Sebelum ini, SRK juga pernah meluahkan hasratnya untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah selepas usia anak-anaknya meningkat dewasa.

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon