Thursday, June 04, 2015

Blog Terbaik Malaysia Mei 2015

Blog Terbaik Malaysia Mei 2015

Berikut ini merupakan senarai blog dan blogger terbaik Malaysia bagi bulan Mei 2015 di blog ini.

Blog terbaik Malaysia - Mei 2015

Mari duhai para pembaca sekalian mengenali mereka. Jangan lupa berkunjung ke blog setiap senarai ini kerana mereka sentiasa berkongsikan informasi dan maklumat terbaik buat para pembaca.

Mereka juga merupakan rakan blogger terbaik dan hebat kerana tidak lokek berkunjung meskipun sering dihambat kesibukan kerja seharian.

Semoga hubungan dunia maya ini akan terus terjalin sampai bila-bila dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka ini yang sudi menghidupkan jalinan blogwalking yang saya sendiri amat jarang lakukan sejak akhir-akhir ini sebab sibuk sangat..:(

Buat rakan-rakan blogger yang tidak tersenarai, jom senaraikan blog anda untuk jun ini ye. Sekurang-kurangnya lima komen untuk tersenarai disini walaupun bulan Mei lalu tidak menepati sasaran..:(

Buat para pembaca, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA MEI 2015

1. Khir Khalid - www.khirkhalid.com

2. Akif Imtiyaz - www.akifimtiyaz3.com

3. Rossacalla (Perling Putih) - www.rossacalla.blogspot.com

4. Nao Mei - www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com

5. Muhammad Nizam - www.bahejabella.com

6. Deanna Morni - www.kameqdeanna.blogspot.com

7. Idea Berita - www.ideaberita.com

8. Mohd Selim Zainal - www.mselim3.blogspot.com

9. Bin Muhammad - www.relakssminda.blogspot.com

10. Ipah Kholipah (Blogger Indonesia) - www.ipaholi.com

BACA INI JUGA: Terima Pembayaran Dari Mobicow

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 21, 2015

Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Bermula 21 April 2015, salah satu faktor penentu ranking blog di SERP ialah mobile friendly.

Selain mobile friendly, blog yang mempunyai indeks apps juga akan mempengaruhi kedudukan blog di SERP.

Jadi kita haruslah menyediakan aplikasi yang khusus supaya blog ataupun website kita dapat diakses dengan handphone dengan cepat dan pantas.

Di bawah ini merupakan tutorial ringkas, bagaimana untuk membuat aplikasi untuk mengakses blog melalui smartphone android secara percuma.

Cara Membuat Aplikasi Blog Untuk Android Secara Percuma

1. Layari laman http://www.appsgeyser.com/
2. Klik "Create Now"
3. Klik icon "website"


4. Masukkan "Website URL", dan klik Next


5. Masukkan "Apps Name", dan klik Next


6. Masukkan "Description", dan klik Next


7. Masukkan "Icon".Pilih samada mahu menggunakan default ataupun custom dan klik Next


8. Klik "Create APP


9. Masukkan data sebagaimana gambar dibawah


10.Sudah siap. Anda boleh download ataupun publish ke google


11. "PUBLISH"kan. Samada hendak publish ke google playstore. Kalau nak jadikan widget di sidebar, sila pilih item no 3 "Place QR" widget on your website


Selesai.

BACA INI JUGA: 5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Sumber: Rossaimi.com

Friday, November 28, 2014

Reported Attack Page Fixed!

Reported Attack Page Fixed!

Terkedu seketika bila cuba melayari blog sentiasapanas semalam, terpampang amaran warna merah garang dengan tulisan "Reported Attack Page!"

Fix Reported Attack Page
Gambar blog orang, tak sempat print screen.

Yang pasti, ramai pengunjung akan diberi amaran yang blog ini tidak selamat untuk dilayari.

Apa sebenarnya "Reported Attack Page!"?

Halaman ini muncul pada web browser selepas mana-mana blog atau website dianggap sebagai laman web/blog Phishing atau mengandungi Malware.

Ini boleh terjadi jika sekiranya ada script yang dibuat oleh seseorang dan telah 'ditampal' secara tidak sengaja atau sengaja, pada website/blog yang mengandungi malware berbahaya.

No-Malware [3]

Malangnya, itulah yang telah berlaku pada blog sentiasapanas semalam. Cuma nasib baik SP dengan sepantas kilat 'menghubungi' Google Webmaster untuk melaporkan kejadian ngeri ni.

Panduan jika blog dilabel "Reported Attack Page!"

Jika blog anda mendapat masalah seperti ini, anda hanya perlu sign-in ke Webmaster Tools, Security Issue, dan ikuti panduannya yang sangat mudah.

Penyebab "Reported Attack Page!"

Walaupun SP sendiri tidak dapat memastikan penyebab utama serangan jahat ini, rasanya salah satu puncanya adalah kod pop-up banner javascript/iframe laman pengiklanan Mobicow ataupun Geniee. Rasanya Geniee punca utama..mungkin

Jadi, sebelum SP minta request review daripada Google Webmaster Tools supaya blog ini tidak lagi dianggap blog 'jahat', semua kod-kod dari laman pengiklanan ni terpaksa dibuang, dan mungkin untuk selamanya..huhu

Respon pantas daripada Google Webmaster Tools

No-Malware

Alhamdulillah, dapat mesej gembira daripada pihak google.

No-Malware [2]

Jadi, artikel ini sebenarnya sebagai pemberitahuan kepada semua pengunjung dan pembaca sentiasapanas bahawa blog ini sudah boleh dilayari dan selamat untuk dilawati.

Maaf diatas segala kesulitan dan selamat membaca..:)

P/s: Buat semua rakan-rakan blog dan pembaca yang sentiasa setia memberi komen dan teguran, SP terlalu sibuk dengan komitmen kerja sehingga hujung tahun ini dan kekurangan masa untuk melayan dan membalas komen anda semua. Insyaallah, blogwalking akan berjalan seperti biasa selepas itu.

Friday, November 14, 2014

Cara Mengatasi Masalah Gambar Thumbnail Blank

Cara Mengatasi Masalah Gambar Thumbnail Blank

Biasanya jika gambar thumbnail tidak muncul pada homepage blog, maka akan digantikan dengan gambar blank, putih, kosong atau image default.

No_image_available_problem_blogger

Ini sebenarnya agak menyusahkan kerana imej thumbnail yang kosong sedangkan kita sudah menyediakan gambar yang cantik untuk menambahkan lagi seri artikel. Artikel pun nampak kurang menarik kerana hanya imej kosong yang terpapar.

Jadi, bagaimana untuk mengatasi gambar thumbnail yang tidak muncul di blog anda?

Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Blank

Masalah-Imej-Thumbnail-blank

1. Untuk lankah pertama sila ubah seting site feed anda seperti berikut. Setting --> Site Feed --> Allow Blog Feed --> pilih FULL.

2. Jika langkah diatas tidak berkesan, Edit post dimana gambar thumbnail tidak muncul di homepage. Cari kod html gambar anda dan buang huruf s pada link gambar. Contoh: a href="https://.. atau src="https://.. menjadi a href="http://.. atau src="http://..

3. Klik Update dan selesai..

SP sendiri mengalami masalah ni sejak lama dahulu dan semakin 'teruk' minggu ini. Jadi dengan pertolongan encik google, nasib baik jumpa juga jalan penyelesaiannya.

Kelakar juga bila difikirkan begitu mudah caranya, walhal disebabkan oleh satu huruf semua jadi haru biru..hehe

UPDATE

Jika cara diatas tidak mampu menyelesaikan masalah thumbnail blank, kemungkinan anda menggunakan simbol " " pada tajuk artikel. Sila ubahsuai kepada ' ' atau buang simbol tersebut.

Selamat mencuba..

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 16, 2013

Masalah Background Gambar Gelap Selepas Muat Naik Pengguna Blogspot

Masalah Background Gambar Gelap Selepas Muat Naik Pengguna Blogspot

Pernahkah anda (pengguna Blogspot) mengalami masalah background gambar yang menjadi gelap selepas proses muat naik gambar selesai?

Blogger background problems

Walaupun background gambar yang asalnya berwarna putih, menjadi gelap selepas proses muat naik gambar.

Admin juga mengalami masalah yang sama dan setelah mencari seketika di laman google, akhirnya terjumpa juga punca masalah dan penyelesaiannya.

Petikan daripada forum Google.

I have a few blogs, some with transparent header images. All existing ones are ok, but when I upload a header image on a new blog of mine, the png has a forced black background on any transparency bits. Very annoying!

It's only happening on new uploads, so something must be broken there.

I have tried a variety of templates, and pngs (and even tested those which are fine on another existing site), so I know 100% it's nothing to do with me.

Anyone else experiencing this and can we get a fix ASAP, please?

Answer:

A workaround has been provided in the Picasa Help Forum. (Picasa is the image editor/service that supports Blogger images).

The problem seems to be connected to the Auto Enhance feature in Google+ (which impacts how Picasa handles images).

The workaround:
  • Go to your Google+ settings: https://www.google.com/settings/plus
  • Scroll down to the Photos section.
  • De-select Auto Enhance "Automatically enhance new photos." Your photo preferences will automatically save.
Blogger picture black background problem

Selesai! Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin?

[Edited by SP] [Sumber]

Monday, August 05, 2013

Bahaya Banner Auto Backlink Untuk Blog

Bahaya Banner Auto Backlink Untuk Blog

Pernahkah anda nampak widgets seperti di bawah ini? Atau mungkin anda sendiri ada pasang widgets itu di blog? Kalau anda ada memasangnya, cepat-cepat padam widget tersebut kerana ia sangat bahaya untuk blog anda!

Auto Backlink

Widget di atas selalu kita sebut sebagai auto-backlink atau link-farming. Website penyedia backlink itu biasanya mendakwa akan memasang link blog/website kita di beribu-ribu website.

Auto back link.

Dengan berbuat demikian, page rank blog kita akan meningkat dengan cepat.

Tetapi benarkah begitu? IANYA TIDAK BENAR SAMA SEKALI!

Auto backlink bukan sahaja scam, penipu malah pembunuh blog. Dengan memasang link/banner auto backlink provider, bukan saja ia tidak memberi kesan apa-apa pada page rank blog malah boleh menyebabkan blog anda dikeluarkan dari search index Google (selalu disebut sebagai sandbox).

Auto backlink adalah illegal (haram) bagi Google.

Kebanyakan blog-blog yang memasang widget auto backlink biasanya page rank blog mereka adalah 0/10, padahal blog itu penuh widget auto backlink.

Kadang-kadang banner auto backlink juga mempunyai malware dan ianya dapat dikesan apabila anda men-scan komputer anda dengan anti virus.

BACA INI JUGA: Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

sumber: nicknashram

Tuesday, July 30, 2013

Cara Mengetahui Blog DoFollow Dan NoFollow

Cara Mengetahui Blog DoFollow Dan NoFollow

Blog dofollow memang menjadi buruan setiap blogger untuk mendapatkan backlink termasuk saya yang juga masih dalam proses belajar menjadi blogger yang baik.

Follow

Oleh sebab itu blog yang dofollow akan mendapatkan kunjungan yang sangat signifikan dari segi kunjungan.

Buat kawan-kawan yang sedang belajar sebagai blogger dan ingin mengetahui bahawa suatu blog itu dofollow atau nofollow, mari semak butir-butir berikut.

Untuk mengetahui bahawa dengan mudah suatu blog dofollow atau nofollow boleh menggunakan cara menginstall add ons (bagi pengguna mozilla firefox).

Langkah pertama dapatkan add ons nodofollow di sini,

Kemudian klik + Add to firefox.


Firefox akan meminta anda untuk 'confirm' pemasangan add-ons, klik allow. Setelah selesai, restart firefox anda dan add ons nodofollow siap digunakan.

Jika ingin mengetahui suatu blog nofollow atau dofollow adalah dengan cara mengklik tools di menu firefox kemudian pilih NoDoFollow


Atau dengan cara klik kanan pada halaman mana-mana blog dan pilih NoDofollow.

Dan setelah mengklik NoDoFollow maka seluruh link dofollow akan kelihatan berwarna biru dan link nofollow akan kelihatan berwarna merah.


Seperti yang anda lihat, blog sentiasapanas adalah nofollow (berwarna merah) termasuk pada ruangan komen KECUALI pada link BLOGLIST.


Jadi, jika anda mahukan backlink dofollow daripada kami, mari bertukar link.

Tinggalkan komen anda pada ruangan BLOGLIST.. :)

BACA INI JUGA: Masalah Background Gambar Gelap Selepas Muat Naik Pengguna Blogspot

-SENTIASAPANAS.COM