Tuesday, October 20, 2015

YBK Peduli! Aplikasi `Online’ Bantu Golongan Miskin

YBK Peduli! Aplikasi `Online’ Bantu Golongan Miskin

Aplikasi YBK Peduli! membolehkan orang awam melapor kes-kes kemiskinan secara pantas di samping mengesahkan maklumat kes yang dilaporkan oleh pengguna lain untuk tindakan lanjut.

Aplikasi YBK Peduli!

Aplikasi ini bertindak sebagai platform untuk pihak-pihak berkepentingan berkongsi maklumat kes-kes kemiskinan di samping memudahkan koordinasi penyaluran sumbangan.

Di samping itu, aplikasi ini turut menyediakan fungsi 'Derma Online' bagi memudahkan pengguna menderma dalam bentuk wang kepada YBK bagi disalurkan kepada kes-kes terpilih.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi dalam talian dikenali sebagai YBK Peduli! sebagai platform kepada orang ramai untuk melaporkan serta menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, aplikasi dalam talian itu akan memudahkan proses aduan dan derma serta bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk membantu golongan miskin.

“Aplikasi ini bertindak sebagai pengantara dari segi penyaluran maklumat serta bantuan di antara orang awam dengan mereka yang perlu dibantu.

“Melalui perkongsian data di aplikasi tersebut, ia juga membantu pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang memerlukan agar koordinasi pemberian bantuan dapat dilakukan dengan lebih efisien,” katanya.

Menurut kenyataan itu, aplikasi YBK Peduli! boleh dimuat turunkan oleh pengguna-pengguna telefon IPhone dan juga Android.

Orang ramai hanya perlu melaporkan melalui aplikasi tersebut apabila mengesan gologan yang perlu dibantu dan laporan itu serta-merta dapat dicapai oleh mereka yang turut memuat turunkan aplikasi tersebut.

“Ini membolehkan pihak berkuasa pantas mengambil tindakan yang sewajarnya serta orang awam menyalurkan sendiri bantuan kewangan secara dalam talian melalui gerbang pembayaran yang telah dikenal pasti,” kata Zainal.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi YBK Peduli! boleh menghubungi talian 03-78450036, 03-78450037 atau emel kepada asuad@ybk.org.my.

BACA INI JUGA: Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, August 30, 2015

6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

Sejak perlepasannya pada tahun 2003, Whatsapp kian meningkat dan ketika ini dianggap sebagai raja aplikasi pesanan atau mesej segera (IM).

Walau bagaimanapun, mungkin ada yang kini kurang menyukainya kerana sudah dibawah penguasaan Facebook.

Namun, hakikatnya tiada satu pun aplikasi yang dapat memenuhi keperluan setiap orang termasuk beberapa pilihan lain seperti Hangout, Skype dan Facebook Messenger.

Tambahan pula ada beberapa alternatif lain selain Whatsapp dipasaran sekarang ini yang menawarkan ciri-ciri serupa atau malah lebih baik.

1. Kik Messenger

Kik Messenger

Kik merupakan satu lagi aplikasi yang bermula pada tahun 2009 diplatform Blackberry, telefon pintar yang berada dipuncak popularitinya ketika itu. Aplikasi ini menyediakan khidmat mesej percuma selain beberapa cirinya yang menonjol.

Antaranya, tidak perlukan nombor mudah alih anda untuk berfungsi sedangkan nombor ini diperlukan aplikasi mesej yang lain. Namun, Kik bergantung kepada nama panggilan untuk dijadikan sebagai identiti anda.

Anda boleh memulakan kumpulan sembang hanya menggunakan hastag dan boleh juga membentuk kumpulan peribadi. Kik ketika ini amat popular dikalangan generasi muda.

Turut disertakan dalam aplikasi ini adalah sebuah pelayar web bagi menjadikan carian dan peluncuran lebih selesa.

Jika anda letih menggunakan Whatsapp dan mahu beberapa perubahan, Kik adalah alternatif yang sesuai.

Sesuai untuk iPhone, Android dan Windows.

2. Telegram

Telegram

Telegram merupakan aplikasi baru yang dilepaskan satu dan setengah tahun yang lalu. Aplikasi ini juga seperti aplikasi Whatsapp yang telah ditambah baik.

Aplikasi ini menawarkan banyak ciri pesaingnya itu dengan beberapa tambahan. Malah, antaramukanya juga hampir sama dengan Whatsapp.

Dalam aplikasi ini anda boleh berkongsi fail, imej dan video sehingga 1.5GB! Saiz yang cukup besar berbanding saiz apa yang boleh ditawarkan Whatsapp.

Selain itu, anda boleh membentuk kumpulan sehingga 200 ahli, dua kali ganda berbanding had yang ditetapkan oleh Whatsapp ketika ini. Lebih menarik lagi, anda mampu menghantar mesej musnah sendiri seperti ciri yang ada pada aplikasi Snapchat.

Selain pantas, aplikasi ini juga selamat malah turut memiliki program dengan ganjaran USD$200,000 bagi mencari lompong-lompong keselamatannya.

Sesuai untuk iPhone, Android dan Windows.

3. LINE Messenger

LINE Messenger

LINE ketika ini adalah antara pesaing terbesar Whatsapp. Selain pesanan percuma, turut menawarkan panggilan suara dan video percuma kepada pengguna LINE yang lain.

Aplikasi ini memiliki aspek rangkaian sosial kerana anda boleh mengemaskini status dan mengeposnya kepada garis masa anda.

Mungkin inilah satu-satunya aplikasi yang menyokong pelbagai platform - Windows, iOS, Android, Blackberry, OS X, Windows Phone, Nokia Asha dan Firefox OS.

Selain itu, LINE menawarkan ciri pelekat yang disebut sebagai emojis. Melaluinya anda boleh melahirkan emosi dengan cara tersendiri. Kalau emosi anda lebih rumit, anda boleh membeli pelekat yang sesuai dikedai pelekat.

Aplikasi ini memiliki asas pengguna yang besar (sekitar 600 juta pengguna) dan semakin berkembang dengan pantas.

4. BBM

BBM

BBM boleh dianggap sebagai perintis kerana telah membawakan IM kedalam arus perdana sebelum Whatsapp. Biarpun hari ini Blackberry masih bergelut untuk bersaing tetapi situasi BBM agak berbeza.

Blackberry akhirnya melepaskan aplikasi ini untuk kegunaan di platform lain, langkah yang sepatutnya dibuat lebih awal, yang mungkin mampu menghalang Blackberry daripada menghadapi 'kepupusan' seperti hari ini.

BBM hari ini menawarkan ciri yang setanding dengan Whatsapp. Pin alpha-numerik yang digelar pin BBM digunakan bagi mengenalpasti pengguna.

Ciri utamanya ialah saluran dimana anda boleh melanggan saluran yang dikehendaki. Anda boleh bersembang terus dengan pemilik saluran dan pemilik saluran ada antaramuka web bagi menerbitkan kandungan.

Disamping itu kualiti mesej suaran dalam BBM jauh lebih baik berbanding Whatsapp.

Sesuai untuk iPhone, Android, Windows dan Blackberry.

5. WeChat

WeChat

Sebelum ini aplikasi WeChat yang dibangunkan oleh Tencent Holdings yang berpangkalan di China, dinamakan sebagai W ixin.

Biapun pada peringkat awal popularitinya tidak setanding Viber dan Kik, namun ketika ini popularitinya kian meningkat khususnya dikalangan remaja.

Menawarkan banyak ciri menarik antaranya sembang berkumpulan, pelekat, sembang video, panggilan percuma antara pengguna selain penyiaran mesej.

Aplikasi ini terus dikemaskini dar masa ke semasa dan mempunyai reka bentuk perisian yang menarik. Lebih menarik lagi, ia boleh digunakan secara percuma untuk selama-lamanya.

Aplikasi ini juga menawarkan permainan percuma dimana anda boleh bermain dengan rakan-rakan anda yang menggunakan WeChat.

Aplikasi ini begitu popular di China dan kini meluaskan penggunaannya diluar negara.

Sesuai untuk iPhone, Android dan Windows.

6. Viber

Viber

Viber juga ada kelebihannya berbanding aplikasi yang lain. Antaranya, servis yang disediakan mungkin yang paling meluas dalam senarai ini.

Ciri utama yang ditawarkan adalah panggilan percuma kepada mana-mana pengguna Viber dan panggilan dengan kadar rendah dikenakan kepada pengguna Viber.

Lebih menarik lagi, aplikasi ini juga menyokong beberapa platform termasuk Android, iPhone, Blackberry, Windows Phone, Symbian dan Bada.

Pada mulanya, Viber hanya dibangunkan untuk iPhone dan pernah disebut-sebut sebagai pesaing kepada Skype; yang kini berkembang menjadi syarikat permesejan yang mempunyai lebih 200 juta pengguna diseluruh dunia, selain menyokong lebih sedozen bahasa yang berbeza.

Akhirnya, Viber telah dikuasai oleh Rakuten, sebuah syarikat e-dagang dan berasaskan internet, pada harga USD$900 juta.

Sesuai untuk iPhone, Android dan Windows.

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, August 25, 2015

10 Aplikasi Paling Popular 'Kegilaan' Remaja 2015

10 Aplikasi Paling Popular 'Kegilaan' Remaja 2015

Anda masih remaja atau sudah berusia? Tahukah anda, golongan remaja hari ini sudah mengambil-alih internet.

Suatu masa dahulu, MySpace dan Hi5 menjadi sebahagian daripada beberapa tapak media sosial popular dikalangan remaja pada ketika itu. Namun, dunia internet telah berubah secara radikal sejak itu hingga kini.

Tahukah anda apakah 10 aplikasi popular yang menjadi pilihan atau 'kegilaan' golongan remaja sekarang?

Kali ini kami akan mendedahkan aplikasi yang menjadi 'kegilaan' mereka.

1. Whatsapp

Whatsapp

Gergasi pesanan segera yang baru dibeli Facebook dengan nilai kira-kira 20 bilion dolar. Aplikasi ini dipasang pada hampir setiap telefon pintar remaja dan digunakan secara berlebihan.

2. Instagram

Instagram

Penuras foto menjadi kelebihannya. Menunjukkan momen dari perjalanan anda, malah apa yang anda nikmati sewaktu makan tengahari. Setiap orang menjadi jurufoto profesional dengan Instagram.

Satu lagi aplikasi yang dibeli Facebook pada harga satu bilion dolar!

3. Ask.fm

Ask.fm

Tanya soalan, dapat jawapan. Nampak mudah, betul tak? Itu sebabnya 130 juta orang menggunakannya.

4. Snapchat

Snapchat

Snapchat menghantar pesanan dengan foto atau video dan kemudian terus memadamkannya selepas itu. Aplikasi ini menyeronokkan remaja kerana ibu bapa tidak menggunakannya.

5. Pheed

Pheed

Digunakan oleh agak ramai selebriti, Pheed adalah sejenis rangkaian sosial yang membolehkan anda meletakkan kandungan termasuk foto dan video serta menetapkan satu harga untuknya.

6. Tumblr

Tumblr

Tumblr adalah sebuah platform menulis blog terutamanya popular untuk berkongsi foto dan video. Ia ketika ini menampung 217 blog.

7. KIK

KIK

Kik adalah sebuah aplikasi pesanan tetapi anda boleh berkongsi lebih banyak foto berbanding teks. Anda juga boleh menggunakannya sebagai aplikasi web dan mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna.

8. Twitter

Twitter

Remaja menggemari Twitter atas dua sebab; pesta selebriti dan pesanan ringkas dan blog dengan serta merta.

Twitter adalah gergasi yang telah menguasai 31 syarikat permulaan setakat ini.

9. Vine

Vine

Vine membolehkan anda berkongsi video 6 saat. Khabarnya, 1 bilion kitaran video dimainkan setiap hari. Ini menunjukkan begitu banyak kreativiti yang ada pada setiap pengguna. Juga disebut sebagai salah satu 'bayi' Twitter.

10. Pinterest

Pinterest

Sebuah aplikasi cantik yang membolehkan penggunanya mencipta papan (board) mengikut minat mereka. Malah, kandungannya juga hampir ekslusif. Ia mempunyai 70 juta pengguna, dimana 80% adalah wanita.

BACA INI JUGA: Lapa, Aplikasi Kesan Kedudukan Anak Dan Barang Jika Hilang!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 21, 2015

Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Bermula 21 April 2015, salah satu faktor penentu ranking blog di SERP ialah mobile friendly.

Selain mobile friendly, blog yang mempunyai indeks apps juga akan mempengaruhi kedudukan blog di SERP.

Jadi kita haruslah menyediakan aplikasi yang khusus supaya blog ataupun website kita dapat diakses dengan handphone dengan cepat dan pantas.

Di bawah ini merupakan tutorial ringkas, bagaimana untuk membuat aplikasi untuk mengakses blog melalui smartphone android secara percuma.

Cara Membuat Aplikasi Blog Untuk Android Secara Percuma

1. Layari laman http://www.appsgeyser.com/
2. Klik "Create Now"
3. Klik icon "website"


4. Masukkan "Website URL", dan klik Next


5. Masukkan "Apps Name", dan klik Next


6. Masukkan "Description", dan klik Next


7. Masukkan "Icon".Pilih samada mahu menggunakan default ataupun custom dan klik Next


8. Klik "Create APP


9. Masukkan data sebagaimana gambar dibawah


10.Sudah siap. Anda boleh download ataupun publish ke google


11. "PUBLISH"kan. Samada hendak publish ke google playstore. Kalau nak jadikan widget di sidebar, sila pilih item no 3 "Place QR" widget on your website


Selesai.

BACA INI JUGA: 5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Sumber: Rossaimi.com

Saturday, February 28, 2015

Aplikasi Maybank2u Quick Balance, Semak Baki Akaun Cara Pantas

Aplikasi Maybank2u Quick Balance, Semak Baki Akaun Cara Pantas

Maybank mempertingkatkan khidmat perbankan digitalnya menerusi pengenalan servis "Quick Balance" yang membolehkan pelanggan menyemak baki akaun pada bila-bila masa dan di mana saja menerusi peranti mudah alih.

Maybank2u Quick Balance

Servis itu yang juga kali pertama diperkenalkan di Malaysia menerusi aplikasi Maybank2u, direka untuk memberi nilai yang lebih baik terhadap perbankan mudah alih bank itu.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Hamirullah Boorhan, berkata Quick Balance bertujuan menambah kemudahan dalam laman digital untuk mengendalikan transaksi perbankan asas.

Semakan baki akaun adalah kemudahan yang paling kerap digunakan bagi hampir semua pelanggan yang mendaftar masuk Maybank2u.

"Dengan kemudahan Quick Balance, pelanggan diberikan laluan mudah untuk menyemak baki akaun tetapi bukan untuk mengendalikan transaksi lain dalam talian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Quick Balance bertujuan mendorong pertumbuhan perbankan digital Maybank dan diperkenalkan berikutan kejayaan pelancaran aplikasi Maybank2u yang menarik sejuta muat turun sejak 8 September 2014.

Untuk laluan ke Quick Balance, pelanggan hanya perlu mewujudkan nombor pengenalan peribadi (PIN) enam digit yang baharu dengan mendaftarkan mana-mana akaun simpanan, semasa atau kad kredit dan mereka boleh terus menyemak baki akaun.

Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play Store.

BACA INI JUGA: Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/36444

Saturday, November 01, 2014

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang memudahkan proses pengiraan dan menyelesaikan masalah matematik.

Aplikasi+PhotoMath [2]

Terkini, sebuah aplikasi baru hadir menggunakan kamera pada peranti dalam. Ia membolehkan sesuatu masalah matematik dibaca lalu diselesaikan.

Dinamakan PhotoMath, ia salah satu contoh ciptaan melalui aplikasi peranti pintar yang sangat berguna.

Pengguna hanya perlu mulakan aplikasi tersebut, dan kemudian ia akan mengaktifkan kamera secara automatik.

Seterusnya halakan kamera peranti kepada masalah matematik yang ingin diselesaikan.

Aplikasi+PhotoMath

Jawapan kepada sesuatu masalah matematik yang terpapar pada skrin, akan terjawab tanpa pengguna perlu menekan apa-apa! Mudah bukan?

PhotoMath turut dilengkapi dengan teknologi pengecaman teks tersendiri, namun ia memerlukan sokongan rangkaian internet untuk berfungsi.

Satu yang pasti jika disalah guna, anak-anak anda akan sentiasa dapat markah penuh dalam ujian Matematik.

Buat masa ini, PhotoMath hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan juga Windows Phone sahaja, manakala versi Android dijangka akan menyusul awal tahun hadapan.

Saksikan videonya dibawah..



Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, October 29, 2014

5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas membuatkan ramai pakar membangunkan aplikasi pintar untuk memudahkan pelancongan dan dalam entri kali ini, anda akan didedahkan dengan 5 aplikasi percuma smartphone untuk menjadikan percutian anda lebih mudah dan selamat.

5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Senarai lengkap 5 Aplikasi Wajib Ketika Bercuti ini disediakan oleh PricePanda, yang menyediakan perkhidmatan perbandingan harga yang membantu anda mendapatkan tawaran terbaik di Malaysia.

Semua aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna Android dan iTunes.

1. Google Maps

Perkara paling dikhuatiri oleh seorang pelancong adalah sesat. Betul kan? Jadi kita sememangnya perlukan aplikasi Google Maps untuk membantu dalam menunjukkan arah yang paling dekat, mudah dan tepat untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Selain itu, ianya juga memberikan maklumat perjalanan menggunakan pengangkutan awam dan paling penting sekali Google Maps boleh digunakan walau dimanapun anda berada.

2. Uber

Uber adalah pemandu peribadi yang boleh memberikan servis di 30 buah negara dan 130 bandar-bandar utama.

Aplikasi ini paling sesuai buat anda sekiranya anda tidak mahu membuang masa beratur untuk mendapatkan teksi terutamanya di kawasan yang sibuk seperti di lapangan terbang.

Dengan Uber, anda hanya perlu membuat tempahan dan beberapa minit kemudian pemandu peribadi akan tiba untuk mengambil anda dan membawa anda ke tempat yang ingin dituju.

3. XE Currency

Jika anda seorang pelancong yang suka berbelanja, menggunakan aplikasi XE Currency ini akan memudahkan anda untuk menukar nilai matawang kepada apa-apa nilai matawang yang ada didunia. Dengan ini, anda tidak akan keliru lagi dan dapat merancang kewangan dengan lebih baik.

4. LateRooms

Terlupa nak tempah bilik hotel? Ataupun anda mengubah rancangan di saat-saat akhir? Jangan risau, anda masih boleh mendapatkan senarai bilik-bilik hotel yang masih kosong berhampiran anda dengan aplikasi LateRooms ini.

Ianya menggunakan GPS untuk mengesan lokasi terkini anda dan memadankan dengan destinasi hotel paling hampir dengan anda.

5. Wikitude

Pernahkah anda merasakan alangkah seronoknya sekiranya semasa berada di negara asing, anda juga dapat mengetahui sedikit latar belakang serta sejarah mengenai tempat tersebut?

Dengan menggunakan aplikasi Wikitude, anda hanya perlu menangkap gambar dan segala maklumat mengenai tempat bersejarah tersebut akan terpapar di skrin telefon pintar anda. Best kan?

Ianya adalah hasil kerjasama anda aplikasi wikitude dan juga Yelp dan Trip Advisor.

Aplikasi ini mampu memberikan maklumat mengenai banyak lokasi menarik termasuklah restoran-restoran, kedai kopi, bangunan bersejarah dan macam-macam lagi.

BACA INI JUGA: Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software

Sumber: Azri.my

Wednesday, November 13, 2013

Waze, Aplikasi Yang Melaporkan Road Block Polis Dan JPJ!

Waze, Aplikasi Yang Melaporkan Road Block Polis Dan JPJ!

Google akhirnya mengambil keputusan untuk menambah ciri terbaik daripada aplikasi trafik terkenal, Waze ke dalam Google Maps untuk pengguna Android dan iOS, Laporan Trafik Waze pada aplikasi Google Maps untuk 46 buah negara.

Waze lapor road block

Senarai negara yang terlibat tidak dinyatakan tetapi nampaknya Malaysia adalah salah satu daripada yang terawal menerima kemas kini terbaru ini.

Jika anda membuka aplikasi Google Maps pada peranti mudah alih anda dan buka pilihan “Traffic Layer”, anda akan melihat beberapa ikon baru yang memberi laporan trafik daripada Waze seperti kawasan kemalangan, pembinaan dan lain-lain.

Google-Waze

Bukan setakat laporan trafik sahaja, Google Maps juga akan mengubah laluan untuk ke destinasi anda supaya anda tidak perlu ‘tersangkut’ dalam trafik akibat sebarang insiden yang telah dilaporkan.

Pendek kata, WAZE ialah sebuah aplikasi komuniti yang mana setiap pengguna boleh melaporkan kejadian yang dilihat di atas jalan.

Contohnya: Traffic jam, kemalangan, Road Block JPJ/Polis, Kamera Speedtrap, Pothole, Kereta rosak, Hujan dan juga chat.

Google-Waze

Menarik kan.

Pengguna juga boleh mencuba dan boleh bertanding untuk menjadi top contributor dan mendapat ikon yang unik.

Kepada newbie, ikon anda akan kelihatan sebagai baby isap puting. Semakin banyak point, ikon akan diupgrade sehingga menjadi KING.

WAZE juga boleh dihubungkan terus dengan laman sosial Facebook, Twitter dan Foursquare.

Google-Waze

WAZE juga boleh digunakan untuk navigation ke lokasi yang dituju. Siap ada voice macam GPS. Cuma bateri akan cepat habis kalau menggunakan aplikasi ini.

Memandangkan mungkin ramai yang tertanya-tanya - WAZE memerlukan internet untuk digunakan.

Jika anda belum mahir dengan sesuatu kawasan, bolehlah menggunakan function categories untuk mencari tempat-tempat menarik.

Bagi yang hendak mencuba aplikasi ini, bolehlah download di Android Market.

Juga boleh dimuat turun untuk platform IOS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com