Isnin, Oktober 14, 2019

Rumusan Penting Intipati Belanjawan 2020 Anda Wajib Tahu


Loading...

Bertemakan "Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama", Belanjawan 2020 telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 11 Oktober 2019, oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Rumusan Belanjawan 2020

Untuk Bajet 2020, sejumlah RM297 bilion diperuntukkan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP). RM241 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM56 untuk perbelanjaan pembangunan.

Berikut adalah ringkasan dan rumusan penting intipati Belanjawan 2020:

Tema Bajet 2020

Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakmuran Bersama.

Jumlah Peruntukan Bajet 2020
  • Sejumlah RM297 bilion diperuntukan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP).
  • RM241 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi.
  • RM56 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

Empat Teras Yang Menunjangi Belanjawan 2020
  • Teras Pertama: Memaju Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonomi Baharu Dan Era Digital.
  • Teras Kedua: Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan.
  • Teras Ketiga: Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif Dan Saksama.
  • Teras Keempat: Memulihkan Institusi Dan Kewangan Awam.

Isi Penting Pembentangan Belanjawan 2020

Antara fokus Bajet 202 adalah seperti berikut:

Tol/Lebuhraya
  • RM 85 juta untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor. 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motorsikal serta kaunter imigresen dan PLUS juga ditambah baik.
  • Diskaun 18% di semua lebuhraya milik PLUS mulai tahun 2020.
  • Pengambilalihan lebuhraya KESAS LDP SPRINT SMART.
  • Penggunaan tol percuma pada waktu bukan puncak, diskaun sehingga 30% pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa.

Subsidi Petrol
  • Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar diperkenalkan (untuk golongan B40): RM 30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motosikal.
  • Pemandu layak (bukan golongan B40) pula akan menerima KAD95 dan mendapat subsidi petrol 30 sen seliter (100 liter sebulan untuk kereta dan 40 liter sebulan untuk motosikal).
  • Harga runcit petrol dan diesel akan diapungkan secara beransur.
  • Pemandu di Sabah dan Sarawak menikmati harga siling petrol subsidi RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

Bantuan Sara Hidup (BSH)

BSH akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion.
  • Individu bujang berusia lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan.
  • Individu bujang berusia lebih 40 tahun dan golongan OKU layak menerima RM300.

Peluang Pekerjaan
  • #Malaysiakerja diperkenalkan: RM500 sebulan selama dua tahun insentif #graduankerja (pengambilan graduan. menganggur lebih 12 bulan) diberikan kepada graduan dan RM300 sebulan untuk majikan yang mengambil graduan tersebut bekerja
  • #wanitakerja: 33 ribu peluang pekerjaan untuk wanita berusia 30 hingga 50 tahun.
  • #watankerja: Insentif gaji (pekerja) berjumlah RM350/500 sebulan. Insentif pengambilan majikan pula adalah RM250 sebulan.

Nota: Wang yang diterima bagi ketiga-tiga inisiatif di atas akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP.

Pekerjaan
  • #Perantiskerja – Program insentif TVET memperuntukkan elaun tambahan RM 100 sebulan.
  • Gaji minimum RM1200 di bandar-bandar utama.
  • Cuti bersalin akan jadi 90 hari (berkuatkuasa 2021).
  • Kerajaan akan menilai semula Akta Kerja 1955.
  • Pekerja Kontrak akan ada skim KWSP (bermula dengan industri seni dan hiburan).
  • Membolehkan caruman Skim Perkeso untuk 18 kumpulan yang bekerja sendiri mulai 2020.
  • RM500 juta akan diperuntukkan bagi pembinaan Pusat Rehabilitasi baharu di Perak.
  • KWSP i-Suri membolehkan suami menyumbang 2% caruman ke dalam akaun isteri.
  • Di bawah PERKESO pula, peruntukan sebanyak RM20 juta diberi jika surirumah cedera atau kehilangan upaya.

Perumahan
  • Kempen Pemilikan Rumah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019.
  • Skim Rent To Own: Jaminan 30% atau 3 Bilion untuk pembelian rumah pertama yang bernilai kurang RM500,000.
  • Skim Perumahan Belia BSN dilanjutkan mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.
  • Skim Perumahan Belia menawarkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah.
  • RM100 juta untuk baikpulih rumah berstrata kos rendah dan sederhana.
  • RM10 juta untuk membaikpulih PPR.
  • RM15 untuk Inisiatif Bandar Selamat.

Kesihatan, mySalam dan Peka B40
  • Mulai 1 Januari, mySalam dipanjangkan kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sedia ada dan layak untuk individu berumur sehingga 65 tahun.
  • Bagi mySalam, individu berpendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu akan menerima pembayaran sebanyak RM4000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari maksimum 14 hari.
  • Peka B40 diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas.
  • 1.6 bilion untuk bina hospital baru dan naik taraf hospital sedia ada.
  • RM 59 Juta untuk menambah bilangan ambulans NGO.
  • RM 31 juta untuk sistem rekod perubatan secara elektronik.
  • RM5 juta untuk klinik bergerak di kawasan luar bandar.
  • Insentif Kesuburan sehingga RM10 ribu setiap individu.
  • RM 6,000 pelepasan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan.

Sekolah/Pendidikan

  • RM735 juta peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah:
    1. Sekolah Kebangsaan: RM300 juta
    2. Sekolah Cina: RM50 juta
    3. Sekolah India: RM50 juta
    4. MRSM: RM50 juta
    5. Sekolah Agama: RM50 juta
    6. Mubaligh: RM50 juta
    7. Tahfiz: RM50 juta
    8. Sekolah Agama Rakyat Persendirian: RM25 juta
    9. Sekolah Pondok: RM25 juta
    10. Sekolah Persendirian Cina: RM15 juta
  • RM23 juta untuk kemudahan mesra OKU di sekolah.
  • Pembangunan untuk program TVET diperuntukkan sebanyak RM 5.9 bilion.
  • ILKA dibenarkan menggunakan lebihan hasil untuk perbelanjaan menaiktaraf peralatan dan melantik pengajar industri.
  • Tawaran kursus ijazah untuk pelatih lepasan Kolej Vokasional.
  • RM 50 juta untuk pusat pembangunan kemahiran negeri.
  • RM 30 juta untuk menyediakan latihan TVET kepada 3,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • KWSP memperluas skop pengeluaran untuk membiayai sijil kursus.
  • RM 20 juta matching grant untuk golongan dewasa dapatkan kursus IR 4.0.
  • RM1.3 bilion diperuntukkan untuk institusi pendidikan di bawah MARA dan RM2 bilion untuk membiayai pinjaman bagi 50,000 orang pelajar.

Saraan Penjawat Awam
  • Kadar bantuan sara hidup (COLA) ditingkatkan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana penjawat awam.
  • Penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai untuk penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.
  • Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok sebanyak RM100,000 ditawarkan secara percuma selama 2 tahun kepada peminjam baru kemudahan pinjaman perumahan lembaga pembiayaan perumahan sektor awam.
  • Faedah Ex-Gratia, bantuan kewangan yang diberikan kepada waris bagi penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.
  • Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
  • RELA akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM 2 sejam mulai 1 Januari 2020.
  • Elaun khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM 200 sebulan.
  • Pemberian secara one-off sebanyak RM 500 untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia & Veteran Tentera.
  • Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) mendapat peruntukan sebanyak RM150 juta.
  • Kuarters PDRM pula mendapat peruntukan sebanyak RM250 juta.
  • Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah manakala RM250 untuk pesara dan veteran tidak berpencen yang akan dibayar sebelum akhir tahun 2019.

Ekonomi Digital
  • Rakyat berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun akan menerima RM30 dalam e-wallet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama untuk merangsang penggunaan dompet nirtunai.
  • RM50 juta untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalanraya ke Pelabuhan Klang.
  • Harga jalur lebar dikurangkan sebanyak 49%.
  • RM21.6 billion untuk NFCP – National Fiberisation & Connectivity Plan.
  • RM250 juta untuk kawasan pedalaman Sabah Sarawak untuk infrastruktur internet.
  • Geran RM50 juta untuk pembangunan ekosistem 5G.
  • Matching Grant RM25 juta untuk projek perintis 5G.
  • RM20 juta untuk E-Sukan.

Perdagangan Dan Pelaburan
  • Kadar Purata Pertumbuhan KDNK menurun dari 9.3% (tahun 1988 – 1997) ke 5.1% semenjak tahun 2000.
  • Peluang daripada Perang Perdagangan. FDI meningkat 97% kepada RM49.5 billion pada separuh pertama 2019.
  • InvestKL Malaysia akan ditubuhkan sebagai Saluran Khas bagi menarik pelaburan dari China.
  • Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) yang dipengerusikan bersama oleh menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri ditubuhkan untuk mengatasi kelewatan dalam meluluskan pelaburan asing dan tempatan.
  • Kaji Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif Akta Cukai Pendapatan 1967 (dijangka siap 1 Januari 2020).
  • Menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa sehingga RM1 billion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat Fortune 500 dan Global Unicorns.

Keusahawanan
  • RM10 Juta untuk Usahawan Industri Halal.
  • Matrade akan ada RM50 Juta untuk menggalakkan pemasaran tempatan.
  • RM100 juta untuk skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil Cina.
  • RM20 juta oleh Tekun untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.
  • Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam untuk menggalak dan membangunkan ekosistem kewangan islam (merangka Blueprint Ekonomi Islam).
  • Pengecualian dan potongan cukai dana patuh syariah & SRI dilanjutkan sehingga 2023.
  • Elaun Cukai Pelaburan Hijau – Pengecualian cukai pendapatan bagi perkhidmatan teknologi hijau akan dilanjutkan sehingga 2023.
  • Pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada 70% syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga suria.

Pertanian/Agrikultur
  • Nelayan dapat menikmati elaun sara hidup yang ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan pada tahun 2020.
  • Kempen Sayangi Sawitku bagi menentang kempen anti-sawit dari luar negara.
  • RM 200 juta untuk bantuan musim tengkujuh untuk pekebun getah, dan RM 100 juta untuk insentif pengeluaran getah.
  • RM 100 juta untuk bekalan air felda.
  • RM 70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka felda.
  • RM 738 juta untuk program penjanaan pendapatan kepada Risda dan Felcra.
  • Industri Tani akan menerima RM 4.9 bilion.
  • RM 150 juta untuk galakan integrasi penanaman cili, nenas, tembikai dan buluh.
  • RM 30 juta untuk penghasilan Padi Pulut Pulau Langkawi – memanfaatkan 1,200 petani.
  • Skim Baja Padi Kerajaan persekutuan dan skim insentif pengeluaran padi RM 855 juta.

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
  • RM 524 juta untuk sektor R&D Awam.
  • RM 30 juta matching grant R&D dan bertujuan meningkatkan nilai sawit.
  • RM 10 Juta untuk menubuhkan Agensi Pengurusan Penyelidikan.
  • Penubuhan pejabat Inovasi Sehenti sebagai usaha mengkomersialkan R&D bermula dengan Universiti Malaya.
  • Pendapatan harta Intelek mendapat pengecualian cukai sehingga 10 tahun.

Pelancongan
  • Taman Tema Antarabangsa – Pengecualain cukai 100% pendapatan untuk pelaburan baharu.
  • Cendana ada dana RM 5 juta untuk seni.
  • Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020.
  • RM 25 Juta untuk MHTC Malaysia – untuk mengukuhkan kedudukan malaysia sebagai lokasi baik untuk kesihatan.

Pembangunan Inklusif
  • Memperluaskan liputan infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar, terutamanya Sabah & sarawak.
  • RM 587 Juta projek bekalan air luar bandar, dan RM 470 juta untuk Sabah dan Sarawak.
  • RM1 bilion untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Bantuan Sosial
  • RM 25 juta untuk program Bank Makanan/Food Bank.
  • RM 20 juta untuk 5 pusat latihan berdikari baharu / program latihan down syndrom/taska OKU.
  • RM15 juta untuk Agensi Antidadah Kebangsaan.

Keagamaan
  • RM 1.3 bilion peruntukan hal ehwal islam.
  • Menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM100 sebulan.
  • Bantuan khas one off RM 500 untuk setiap imam, bilal, tok siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir.
  • RM10 juta untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan untuk membangunkan pemahaman Maqasid Syariah.

Sukan
  • RM299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan.
  • RM179 juta untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan SEA Hanoi 2021, dan pembangunan atlet paralimpik.
  • RM45 Juta untuk pembangunan Bola Sepak Negara.
  • RM10 juta pembangunan atlet wanita.
  • RM138 juta untuk Kelab Pemuda Belia (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan inisiatif sukarelawan.

Alam Sekitar
  • RM 30 juta untuk jabatan alam sekitar dan jabatan kimia.
  • Bantuan Bencana RM 100 juta.
  • RM 48 juta untuk memulihara keaslian hutan dan biodiversiti. RM 10 juta untuk matching grant sektor swasta.

Keselamatan/Pertahanan
  • RM 15.6 bilion untuk kementerian pertahanan.
  • Meningkatkan mobiliti tentera Malaysia.

Institusi dan Kewangan Awam
  • Nombor Pengenalan Cukai (TIN) diperkenalkan mulai Januari 2021 untuk perniagaan/individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan.

Projek Bandar Malaysia
  • Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan penambahan 5,000 rumah mampu milik dan lebih penglibatan kontraktor Bumiputera.
  • Program 3R – Repair, Replace, Restore untuk membaikpulih dan menyelenggara aset awam sebanyak RM 10.5 bilion.
  • Kempen Beli Barangan Malaysia diperkenalkan.
  • RM 1.3 bilion Projek Kerajaan khusus untuk kontraktor Bumiputera Gred 1 (G1).

Perkukuhan Institusi, tadbir urus dan integriti.
  • 100 kakitangan SPRM akan ditambah.
  • Ombudsman Malaysia bagi menggantikan biro pengaduan awam.
  • 11,500 CCTV akan dipasang di pintu masuk imigresen, dan pusat tahanan polis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: BO

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Klu dpt memaksimakan potensi inisiatif ekonomi digital dan keusahawanan tu bagus juga.. ok, nak cari jln terbaik utk rebut peluang yg ada. Thanks sharing SP!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon