Khamis, Oktober 10, 2019

BeyBlade: Asal-usul Dan Sejarah Permainan Popular Ini


Loading...

Beyblade adalah sejenis permainan sangat popular ketika ini yang menyerupai gasing dan tahukah anda ia telah diperkenalkan pada tahun 1990 oleh dua orang pereka, iaitu Hiro Morita dan Takafumi Aduchi di Jepun.

Sejarah BeyBlade Burst

Sama seperti kita yang mempunyai gasing tradisional, masyarakat Jepun juga mempunyai gasing mereka sendiri. Itulah inspirasi bagi mereka berdua mencipta Beyblade.

KENAPA NAMANYA BEYBLADE?

Jangan ingat nama itu tak ada asal-usulnya. Ada! Nama Beyblade sebenarnya datang daripada gabungan dua perkataan iaitu 'Beigoma' dan 'Blade.'

'Blade' kita sudah tahu merujuk kepada besi yang tajam digunakan untuk bertarung, tetapi apa itu Beigoma?

Beigoma adalah sejenis gasing tradisional masyarakat Jepun bersaiz 3 cm yang biasanya dihias dengan ringkas.

Beigoma adalah evolusi kepada sebuah lagi gasing tradisional yang digelar 'koma.'

Pada mulanya, Beigoma diperbuat daripada kulit kerang yang diisikan dengan pasir, sebelum disalut dengan lilin bagi memadatkannya.

Kemahiran pertukangan yang bertambah baik membolehkan Beigoma dihasilkan menggunakan besi yang ditempa.

Walau bagaimanapun, populariti Beigoma semakin lama semakin menurun pada abad ke 20 disebabkan kemunculan lebih banyak permainan lain.

Populariti Beyblade sedikit sebanyak membantu memperkenalkan semula Beigoma kepada masyarakat Jepun.

VERSI AWAL BEYBLADE?

Battling Tops bEYBLADE
Battling Tops.

Walaupun Beyblade bertanggungjawab mempopularkan gasing moden pada dunia, telahpun wujud satu permainan lain yang dinamakan Battling Tops, diperkenalkan oleh legenda syarikat permainan Amerika Syarikat bernama Ideal Toy Company.

Berbeza dengan Beyblade yang menggunakan sistem motor manual untuk memusingkan gasingnya, Battling Tops masih lagi menggunakan tali.

Apa yang menarik, cara permainan Battling Tops sangat mirip dengan permainan tradisional masyarakat kita iaitu gasing pangkah.

Banyak persamaan yang ketara di antara Battling Tops dan Beyblade. Kedua-duanya menggunakan gelanggang khas untuk pertarungan.

Selain itu, terdapat lapan jenis gasing dikeluarkan, dengan setiap gasing Battling Tops diberikan nama sendiri yang unik bergantung kepada 'watak' dan warna gasing itu.

BAGAIMANA BEYBLADE DIMAINKAN?

Setiap perlawanan Beyblade memerlukan dua orang Bladers berlawan sesama sendiri. Pertarungan diadakan dalam format 3 pusingan dengan pemenang ditentukan oleh pihak yang mendapat 3 mata terlebih dahulu.

Tiga Skor

Matlamat utama perlawanan Beyblade ada tiga; menjadi pemilik Beyblade yang berpusing paling lama, menolak pihak lawan keluar gelanggang atau yang paling ditakuti, berjaya memecahkan gasing lawan.

Berbeza dengan permainan gasing pangkah di mana gasing yang pecah sudah tidak lagi boleh digunakan, Beyblade yang pecah (atau digelar Burst) tidaklah benar-benar pecah, tetapi hanya tercabut dan boleh disambung semula.

Sistem skor Beyblade

Pemenang setiap pusingan akan diberikan mata dan pihak yang berjaya mengumpul 3 mata akan diisytihar sebagai pemenang.

Pihak yang Beybladenya bertahan lebih lama atau berjaya menolak lawannya keluar gelanggang, akan dihadiahkan 1 mata. Pihak yang berjaya memecahkan Beyblade lawannya pula akan diberikan 2 mata sebagai bonus, kerana power sangat.

Selain daripada pertarungan secara solo, perlawanan Beyblade juga boleh dijalankan dengan format 3 bladers lawan 3 bladers lain.

Setiap peserta akan dipasangkan dengan seorang lawan dan pasukan yang berjaya memenangi 2 kali perlawanan akan dinobatkan sebagai pemenang.

KOMPONEN UTAMA BEYBLADE

1. Attack Ring

Beyblade Attack Ring

Komponen ini agak lebar. Merupakan bahagian yang akan bersentuhan dengan bey lain apabila battle.

Bergerigi dan memiliki bentuk seumpama mata gergaji.

2. Weight Disk

Beyblade Burst Weight Disk

Komponen ini penting untuk kuasa dan kelajuan setiap beyblade. Menghasilkan momentum apabila diputar.

3. Performance Tip


Hujung tajam dengan dilengkapi spin track untuk menyentuh permukaan tanah/pelantar.

Kebiasaan ini adalah komponen untuk 'beyblade starter pack' dan untuk beginner yang ingin mula-mula menceburkan diri dalam dunia beyblade.

TIPS TAMBAH STAMINA PUTARAN BEYBLADE

Jom lihat beberapa tips dan cara untuk mendapatkan stamina (ketahanan berpusing) beyblade yang lebih lama.

1. Tambah Pemberat Pada Beyblade

Jadikan beyblade anda lebih berat dari sedia ada. Mungkin pernah pelajari (golongan dewasa), bahawa lebih besar jisim (m) lebih besar nilai momentum (p), mengambil kira formula p=mv.

Untuk tidak memeningkan kepala, momentum mampu memberikan stamina yang lebih untuk beyblade berpusing.

Maka dapatkan lebihan berat beyblade dengan menambah aksesori pemberat dan ada komponen dijual untuk memberatkan beyblade di Lazada atau Shopee.

2. Tinggikan 'Spin Track'

Tinggikan jarak 'spin track' dengan bahagian bawah. Ini untuk kelancarakn putaran beyblade nanti.

Semakin tinggi semakin berkurang c.o.g, namun beyblade anda sudah berat itu 'counter' kepada nilai c.og anda.

Dengan meninggikan 'spin track' dengan bahagian bersentuhan di bawah, terdapat ruang yang membolehkan beyblade anda berputar dengan lancar.

3. Pilih 'Fussion Wheel' Terbaik

Beyblade Fussion wheel

Fussion wheel adalah salah satu komponen penting dalam beyblade. Merupakan 'enjin' untuk mendapatkan putaran.

Carilah fussion wheel yang tidak begitu kosong atau lebih kompleks buatannya.

Contoh 'fussion wheel' terbaik adalah seperti:
  • Ray unicorno.
  • Storm pegasus.
  • Hades kerbecs.
  • Basalt horogium.

4. Hujung Mata Bawah (Performance Tip) Bulat dan Rata

Bahagian paling bawah beyblade (yang tajam) dipanggil 'performance tip'. Pastikan hujungnya adalah bulat dan tiada sebarang gerigi tanpa sebarang kesan-kesan degil.

Mata hujung yang bersentuhan dengan tanah/pelantar yang bulat dan licin mengurangkan geseran dan menambahkan lagi rotation per minute (rpm) beyblade anda.

5. Ubah Suai Penarik (Launcher Chain)

Lagi panjang penarik, lagi banyak r.p.m (putaran) yang anda akan dapat. Dalam pelancar (launcher) terdapat satu komponen yang berfungsi untuk mengehadkan tahap putaran, cabut sahaja komponen ini.

Pengunci ini bermasalah untuk memberikan potensi putaran yang maksima namun, kekurangan jika anda membuang pengunci ini menyukarkan anda untuk mencabut beyblade anda jika tersekat pada 'hook'.

Disarankan untuk gunakan 'string' berbanding plastik untuk penarik pada 'launcher' beybalde anda.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN UBAHSUAI BEYBLADE

Terdapat beberapa kekurangan yang akan timbul dari pengubahsuaian namun hasilnya lebih baik dari sebelumnya.

Harus diingat, jangan cuba bandingkan 'performance' beyblade dalam anime dan dunia realiti. Seumpama iklan McDonald, lihat di tv lain di depan mata lain.

Dapatkan Beyblade, Komponen dan 'Spare Part'

Bagi yang ingin mendapatkan komponen atau 'spare part' beyblade boleh dapatkan di senarai penjual beyblade di bawah:
  • Lazada.
  • Dh Store.
  • Shopee.

Atau, yang ingin berjinak-jinak mendapatkan beyblade sendiri, boleh juga. Jenama Takara Tomy mungkin yang terbaik untuk anda.

Ramai yang beranggapan beyblade adalah permainan kanak-kanak. Cup! anda silap, beyblade terdapat dalam pelbagai kategori, golongan dewasa tidak terkecuali.

KONTROVERSI BEYBLADE?

Jangan terkejut pula permainan kanak-kanak ini sudah banyak kali menimbulkan kontroversi. Sejak pengenalannya, Beyblade kerap kali menimbulkan masalah di sekolah, mengganggu tumpuan murid serta menimbulkan banyak pergaduhan.

Dalam sebuah kes di Merseyside, Liverpool pada tahun 2002, seorang penjaga kepada murid cedera selepas matanya, selepas anaknya melancarkan Beyblade ke atas meja yang membuatkan permainan itu meloncat.

Insiden itu menyebabkan pihak sekolah pelajar tersebut mengambil keputusan mengharamkan murid sekolah daripada membawa permainan itu ke sekolah.

Kontroversi berkenaan masalah Beyblade tetap berlaku sehingga kini. Pada 17 April 2019, sebuah sekolah di Melbourne terpaksa mengecewakan hati ratusan pelajar mereka yang mengalami kegilaan Beyblade.

Antara masalah yang dihadapi adalah isu kehilangan Beyblade oleh pelajar, yang menyebabkan banyak masalah pada pengurusan. Kes-kes kecurian Beyblade juga semakin menjadi-jadi.

Walau bagaimanapun, masalah yang paling besar dihadapi pihak sekolah adalah masalah pertukaran dan penjualan Beyblade di kalangan pelajar yang tidak terkawal.

Beberapa orang pelajar mendakwa mereka ditipu selepas bersetuju untuk bertukar-tukar bahagian pada Beyblade di kalangan rakan.

Perlukah beli Beyblade untuk anak?

Terpulanglah pada anda sebagai ibu bapa, pakcik atau makcik, atuk atau nenek.

Bermain Beyblade memang menyeronokkan namun kosnya agak tinggi untuk mendapatkan versi asli. Mencecah puluhan atau ratusan ringgit, untuk sesuatu yang sangat mudah hilang.

Jika anda nak beli Beyblade, beli yang tiruan sudah memadai. Ada beberapa jenama tiruan seperti 'SB' atau 'TD' berkualiti serta tidak jauh bezanya dengan Beyblade yang asli, keluaran jenama Takara Tomy.

Tidak dapat dinafikan Beyblade asli lebih kemas serta lebih tegap pemasangannya, cuma bila Beyblade sudah berpusing, apa sangatlah bezanya.

Pastikan anda tidak menjadi mangsa sesetengah penjual yang menjual dengan harga yang sangat tinggi ketika ini, walaupun versi tiruan.

Sebelum tren Beyblade kembali meletup, purata harga Beyblade asli hanyalah sekitar RM12-RM19 tetapi kini berharga RM60 keatas.

Pastikan anak anda bermain agak jauh daripada peralatan kaca seperti televisyen atau almari. Kita tak mahu anda menangis pula disebabkan Beyblade.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon