Friday, May 17, 2019

Menggalakkan Bunuh Diri Adalah Satu Kesalahan 'Membunuh Tanpa Niat'


Umum mungkin tidak mengetahui golongan yang menggalakkan serta membantu seseorang untuk bunuh diri dianggap sebagai membunuh tanpa niat dan di Amerika Syarikat, kesalahan ini digelar sebagai ‘involuntary manslaughter’ atau membunuh tanpa niat.

Remaja Bunuh Diri

Di Malaysia pada Mei 2019, masyarakat telah dikejutkan dengan kematian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ekoran menerima 69 peratus sokongan untuknya memenuhi hasrat membunuh diri.

Peguam dan Penganalisis Undang-Undang, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berkata di Malaysia sudah ada Seksyen 304A Kanun Keseksaan undang-undang yang sama diguna pakai di Amerika Syarikat.

“Amerika ada involuntary manslaughter dan kita pula ada 'kesalahan membunuh tanpa niat secara cuai'. Kedua-dua ini disebabkan kecuaian,” katanya.

Netizen yang mengundi atau memberi pendapat berkenaan bunuh diri itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan.

“Jangan mereka ingat orang yang nak bunuh diri itu bercakap secara main-main. Jadi, mereka perlu ambil tindakan serius bila ada perkara ini berlaku.

"Mereka mungkin boleh memberi nasihat, sekali pun undian itu diminta hanya 'ya' atau 'tidak', mereka masih lagi memberi komen pada ruang komen Instagram,” tegasnya.

Beliau juga tidak menolak seandainya kerajaan mahu menimbang untuk menggunakan Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh tanpa niat dengan cuai sebagai ganti untuk penghilangan nyawa dengan kelalaian di Malaysia jika pengendali media sosial tidak dapat menangani masalah ini.

Menurut Penganalisis Undang-Undang itu, orang ramai yang mengundi sesuka hati mereka hingga menyebabkan kematian boleh didakwa dan dihukum sekurang-kurangnya penjara dua tahun.

Memetik laporan portal berita Malay Mail, peguam dan ahli politik, Ramkarpal Singh menggesa pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat kes ini.

Beliau juga menyelar tindakan masyarakat yang dengan secara tidak bertanggungjawab mendorong kepada kematian remaja itu.

“Bunuh diri merupakan satu kesalahan di negara ini jadi, sesiapa yang bersubahat dengan kesalahan ini juga perlu dikenakan tindakan,” tegasnya.

Remaja bunuh diri selepas dapat 69 peratus undian Instagram

Seorang remaja 16 tahun merealisasikan undian netizen yang mengundinya untuk "mati" dengan terjun bangunan di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan memberitahu, mangsa membuat undian tersebut melalui akaun Instagram.

"Sebanyak 69 peratus rakan instagram mangsa menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik sekitar jam 3 petang.

Mangsa sebelum itu menulis catatan 'Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi.

D bermaksud 'die' (mati) manakala L bermaksud 'live' (hidup).

Mangsa turut memuat naik status 'WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED' dalam facebooknya.

Semakan pada telefon bimbitnya pula, menemui status WeChat yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina.

Kata Aidil, remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.

Mangsa ditemui sekitar jam 8.00 malam oleh seorang lelaki, yang kemudian melaporkan insiden tersebut kepada Balai Polis Batu Kawa.

Mayat mangsa kata Aidil, kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.

Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon