Monday, May 13, 2019

50 Tahun Tragedi 13 Mei 1969


Insiden berdarah 13 Mei 1969 yang berlaku hanya tiga hari selepas pilihan raya umum (PRU) ke-3 menjadi detik hitam yang tidak dapat dipadam dalam lipatan sejarah negara. Biarpun berpuluh tahun berlalu, 13 Mei masih digunakan sebagai senjata oleh sesetengah pemimpin politik bagi mencapai kepentingan mereka, terutama apabila tiba musim pilihan raya.

Tragedi 13 Mei

Bagi mangsa yang masih hidup, atau ahli keluarga bagi mangsa yang terkorban, trauma masih berbekas. Tragedi itu menjadi luka bisu dan tabu yang tidak sanggup mereka bicarakan.

Seperti Malaysia, beberapa negara lain turut pernah berdepan trauma seperti 13 Mei, tetapi mereka berjaya mengharungi tempoh getir itu dan menuju ke arah perdamaian.

Lihat sahaja Afrika Selatan. Setelah Nelson Mandela diangkat sebagai presiden pada tahun 1994 (setelah lama memakai topi ‘pemimpin pembangkang’), kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian bagi menangani kesan dasar aparteid.

Suruhanjaya itu menganjurkan sesi siasatan (truth-seeking) bagi memberi kedua-dua pihak- mangsa (kaum berkulit hitam) dan penindas (kaum berkulit putih) - ruang selamat untuk berkongsi pengalaman. Pihak penindas dimaafkan dengan beberapa syarat tertentu dipenuhi.

Truth-seeking adalah proses mengenal pasti kebenaran (selalunya berkenaan konflik yang terjadi dalam sesebuah negara) sebelum membenarkan penemuan tersebut diakses oleh orang awam.

Tujuan sesi ini adalah bagi memulihkan hubungan antara dua kaum tersebut yang pernah terlibat dalam hubungan mangsa-penindas pada zaman aparteid. Ia dijalankan dengan menggalakkan proses pencarian kebenaran, persefahaman, ganti rugi yang sewajarnya, kemaafan dan kepercayaan terhadap perekodan sejarah.

Di samping menyiarkan laporan terperinci beribu-ribu muka surat, pihak suruhanjaya juga terus melakukan usaha membantu mangsa dan mencadangkan polisi yang dapat membantu pemulihan pada skala nasional.

Namun, sesi itu tetap mempunyai kelemahannya tersendiri.

Bagi menggalakkan kaum penindas mendedahkan perkara sebenar, mereka dijanjikan dengan tawaran pengampunan. Hal ini mengundang pertikaian memandangkan ia bercanggah dengan hak mendapatkan keadilan dalam kalangan mangsa dan keluarga mangsa. Kerajaan Afrika Selatan dicabar di Mahkamah Perlembagaan berhubung perkara ini.

Ini berbeza dengan apa yang terjadi di Jerman selepas berakhirnya Perang Dunia kedua. Pemimpin-pemimpin Nazi yang berjawatan tinggi dihukum mati atau penjara seumur hidup dalam perbicaraan Nuremberg.

Perbicaraan itu diadakan bagi menghukum penindas yang terlibat dalam jenayah penghapusan kaum terhadap kira-kira enam juta orang Yahudi Eropah bawah kerajaan Jerman Nazi. Perbicaraan tersebut dijalankan oleh Tribunal Ketenteraan Antarabangsa yang ditubuhkan oleh Pasukan Bersekutu setelah mereka menawan Jerman.

Bagaimanapun, pendekatan yang bersifat menghukum seperti itu tidak dapat memulihkan rasa percaya antara mangsa, penindas dan penyokong mereka.

Walaupun simbol Nazi diharamkan di Jerman, negara itu terus bergelut dengan gerakan Neo-Nazi. Pada 2012, agensi perisikan Jerman menganggarkan terdapat kira-kira 6,000 pengikut Neo-Nazi di negara itu.

Konteks sosial

Jadi, model manakah yang patut Malaysia contohi bagi membebaskan diri daripada kesan rusuhan 13 Mei yang masih menghantui?

Menurut pengkaji politik dari Universiti Sunway, Wong Chin Huat, pendekatan negara luar digagaskan mengikut konteks sosial mereka dan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, pendekatan mereka mungkin tidak sesuai diambil dan dilaksanakan seratus peratus di Malaysia.

Katanya, sebab utama Jerman mampu menyahkan unsur Nazi daripada rejim lamanya kerana ketika itu mereka kalah.

Selepas penyatuan semula Jerman juga, rekod lampau berkenaan Stasi (polis rahsia Jerman timur) didedahkan dan mereka yang terlibat dengannya diharamkan daripada menjawat beberapa pekerjaan. Hal itu sama sahaja dengan pemutihan di sesetengah negara ketika era pasca-komunis.

“Bila rakyat terima sesuatu jenayah telah dilakukan kerajaan mereka, masa lalu perlu dilupakan demi membina masa depan yang berbeza,” katanya.

Di Afrika Selatan pula, jelas Wong, keadilan dapat ditegakkan memandangkan dasar aparteid memang dikutuk oleh seluruh dunia, lebih-lebih lagi orang kulit hitam merupakan kaum majoriti di situ.

Tambahnya lagi, sekiranya tindakan tegas dikenakan terhadap rejim lama Afrika Selatan, konflik etnik akan berlarutan. Oleh itu, pendekatan yang lebih lembut diambil.

Di sesetengah negara pula, “keadilan peralihan” tidak pernah dilaksanakan. Keadilan peralihan merujuk kepada langkah kehakiman dan bukan kehakiman bagi menangani pelanggaran hak asasi manusia.

Di Indonesia contohnya, penyiasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai komunis dan orang Cina dibimbangi akan menyebabkan ketidastabilan politik dan sosial.

“Kalau tak ada keadilan peralihan ini, maka bagi mangsa, tidak adalah penamatnya. Oleh itu, tidak akan ada perdamaian dalam erti kata yang sebenarnya. Dari satu segi pula, jika keadilan peralihan ini menyebabkan pihak satu lagi (penindas) bertindak balas dengan keras, perdamaian juga tak akan dapat dicapai,” katanya.

Di Malaysia, cabaran terbesar ialah mendapatkan kebenaran. Walaupun Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah menerbitkan kertas putih tentang rusuhan itu pada Oktober 1969, laporan itu berdepan pertikaian yang tidak putus-putus.

Berdasarkan laporan tersebut, rusuhan 13 Mei dikatakan tercetus sebagai tindak balas terhadap perarakan parti pembangkang yang tidak sensitif ketika meraikan kejayaan mereka menyapu hampir separuh kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum (PRU) 1969.

Bagaimanapun, cendekiawan seperti Kua Kia Soong mendakwa rusuhan 13 Mei berkemungkinan merupakan satu rampasan kuasa terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, yang menyokong timbalannya Tun Abdul Razak Hussein. Penobatan Abdul Razak sebagai perdana menteri pada 1970 dikatakan sebagai bukti yang membenarkan dakwaan tersebut.

Perbezaan laporan angka kematian turut mengundang perdebatan. Jika berpandukan laporan Mageran, 196 terkorban. Bagaimanapun, diplomat-diplomat British menganggarkan angka korban sekitar 800 orang.

Satu lagi hal yang menimbulkan perdebatan ialah perbezaan kadar kematian Cina dan Melayu- kebanyakannya akibat tembakan senjata api. Hal itu menimbulkan tanggapan bahawa wujud sikap memihak di kalangan pasukan keselamatan yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu.

Banyak yang diperjudikan

Selain itu, langkah pemulihan daripada rusuhan itu turut dikatakan bermasalah. Parlimen digantung pada 1969. Ketika parlimen bersidang semula pada 1971, Razak merupakan perdana menteri.

Razak percaya bahawa perpaduan hanya boleh dicapai melalui agihan kekayaan yang adil. Kepercayaan itu menjurus kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera.

Biarpun DEB tidak lagi dilaksanakan, semangatnya masih utuh dalam dasar-dasar lain yang memberi kelebihan kepada kaum Melayu dan bumiputera lain.

Tambah Wong, ramai bukan Melayu percaya, sekiranya tragedi 13 Mei disingkap dan dikaji semula, ia akan memberi ruang buat kerajaan menimbang semula kesesuaian dasar pro-Melayu yang diamalkan sejak selepas 1969.

Pada masa sama pula, menurutnya lagi, kebayanakan orang Melayu melihat sistem pro-Melayu sebagai asas kelangsungan hidup serta tanda dominasi etnik dan agama mereka yang perlu dipertahankan tak kira apa pun terjadi.

“Jika mengkaji semula sejarah boleh membahayakan sistem tersebut, maka mereka akan rasa perlu untuk menyembunyikan atau memesongkan fakta sejarah.

“Jika sejarah di sebalik 13 Mei itu hanya akan mencetuskan perang lebih besar, maka menyingkap dan mengkajinya semula tidak akan membawa kita lebih dekat ke arah perdamaian.

“Tapi, jika kita terus melupakan tragedi 13 Mei, bukan sahaja mangsa dan keluarga mangsa tidak akan mendapat penamat yang sepatutnya, 13 Mei akan terus dipergunakan parti-parti politik dan terus menghantui kita,” tambahnya lagi.

Atasi ketakutan dan mulakan perbincangan

Berpuluh tahun berlalu, generasi selepas 1969 membesar dengan rasa takut terhadap tragedi 13 Mei. Insiden itu tidak diceritakan dalam buku-buku sejarah, sementara mereka yang pernah melaluinya enggan berbicara tentangnya kepada generasi lebih muda kerana tidak mahu dipandang serong.

Selama berpuluh-puluh tahun, 13 Mei menjadi momok yang membuatkan rakyat risau setiap kali timbul isu tukar kerajaan. Jika disingkap semula pada tahun 1969, rusuhan itu berlaku selepas penyokong pembangkang meraikan ‘kemenangan’ mereka di Selangor, sedangkan hakikatnya ketika itu DUN tergantung.

Tetapi pada tahun 2008 dan 2018, pertukaran kerajaan berlaku secara aman di peringkat negeri dan pusat. Kerisauan tentang kemungkinan berlakunya kekecohan hanya tinggal cakap-cakap sebelum pilihan raya saja. Adakah kini kita sudah sampai ke waktu yang tepat untuk membincangkan tentang rusuhan 13 Mei?

Sepuluh tahun dahulu, bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph mula menganjurkan bengkel antiperkauman dan bengkel antidiskriminasi. Baginya, perbincangan terhadap episod hitam itu perlu digalakkan bagi memastikan kita dapat melangkah selangkah lebih dekat ke arah perdamaian.

“Perdamaian adalah tentang bagaimana kita hendak mengatasi rasa curiga, salah faham, salah maklumat, dan berubah ke arah menghormati antara satu sama lain.

“Kalau langsung tak bercakap, atau tak dapat bercakap tentang ini (rusuhan), maksudnya kita belum bebas daripada terperangkap dalam sejarah silam.

“Saya rasa buku sejarah hari ini mestilah cuba mendedahkan pelaku sebenar yang terlibat dan bagaimana ia terjadi,” katanya lagi.

‘Tak ada orang nak berperang’

Dalam tiga dekad pertama selepas rusuhan berlaku, sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat tentang insiden itu di Arkib Negara hanya akan dapat menemui laporan Mageran.

Salinan-salinan surat khabar daripada tahun 1969 tak ditemui kerana dikatakan telah rosak dimakan waktu.

Tetapi perubahan sedang berlaku. Salinan-salinan rencana surat khabar dan gambar berkaitan rusuhan itu mula memasuki arkib sejak 2001, dan kini sudah boleh diakses oleh orang ramai.

Antara gambar yang boleh didapati ialah gambar sekitar kempen pilihan raya pada tahun itu, perarakan jenazah seorang pekerja daripada Parti Buruh di Kuala Lumpur (berdasarkan laporan Mageran, perarakan itu adalah penyebab kepada meningkatnya ketegangan sebelum berlangsung pilihan raya), dan gambar sekitar stadium yang menempatkan pelarian 13 Mei. Beberapa buku terbitan NGO serta transkrip daripada pengakuan lisan turut boleh didapati.

Bagaimanapun, memandangkan surat khabar lama belum disimpan secara digital, ada helaiannya yang sudah reput dan hancur apabila diselak.

Kemasukan barangan ini ke dalam arkib secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kita semakin bersedia untuk membincangkan isu 13 Mei.

Bagi Joseph, dia percaya Malaysia sudah bersedia untuk mengguna pakai model suruhanjaya seperti di Afrika Selatan bagi mendapatkan kebenaran 13 Mei, dan seterusnya menuju ke arah langkah perdamaian yang tidak berunsurkan politik.

Pengalamannya menganjurkan bengkel-bengkel antiperkauman mengajarnya bahawa rakyat Malaysia mampu berbicara tentang kesangsian dan ketakutan yang mereka rasa terhadap kaum lain tanpa menimbulkan kesan susulan yang negatif.

“Ada yang sampai menangis semasa proses itu, tapi di akhirnya, semua berpelukan, dan mereka mula bercakap tentang penderitaan masing-masing.

“Itu juga salah satu proses perdamaian. Dah banyak usaha-usaha kecil dilakukan, sedikit demi sedikit, dan saya rasa dah tiba masanya Malaysia menyelesaikan masa silam kita tentang perkauman.

“Semua itu adalah masa lepas. Tak ada orang yang mahu ajak berperang. (Cadangan) ini hanyalah untuk kita tutup buku lama supaya tak ada lagi yang berani menggunakan 13 Mei sebagai cara mengugut rakyat Malaysia yang lain,” kata Joseph.

Kerajaan rapuh

Tidak semua berpendapat sedemikian. Helen Ting ialah seorang penganalisis politik yang pakar dalam politik identiti kebangsaan, kepelbagaian budaya dan pendidikan sejarah.

Menilai daripada keadaan politik semasa, dia percaya, sekarang bukanlah masa yang tepat untuk membincangkan isu-isu perkauman yang sensitif seperti 13 Mei.

Katanya, kerjasama Umno-PAS selepas PRU-14 memacu agenda politik yang berasaskan kaum dan agama.

“Membincangkannya sekarang dalam keadaan kerajaan terlalu ‘rapuh’ untuk berdepan dengan retorik politik perkauman yang bersifat memecah-belahkan, ia hanya akan menyimpang daripada objektif perdamaian,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan belum cukup bersedia dan beberapa kali tunduk apabila berdepan tekanan berkaitan isu bangsa dan agama.

“Saya percaya satu hari nanti, kerajaan patut mengakui pengalaman yang dialami rakyat ini, patut mengakui yang rakyat hanyalah mangsa dan tidak bersalah.

“Tapi bilakah masa itu? Itulah masalahnya. Saya tak rasa sekarang masa yang tepat,” katanya.

Menurut Ting, keadaan kini sudah berubah dengan pelaksanaan DEB berjaya meningkatkan status sosioekonomi golongan Melayu dalam kelas pertengahan.

“Mereka pun tak mahu rusuhan kaum terjadi lagi, kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara dan turut memberi kesan kepada mereka.

Daripada menjadikan 13 Mei sebagai kisah peringatan, bagi Ting, cara lain boleh digunakan untuk mengelak insiden itu daripada berulang. Cara itu termasuklah penguatkuasaan undang-undang yang adil dan kawalan terhadap penyebaran berita palsu.

Naratif baru

Bagi Penganalisis politik Abdul Rahman Embong pula, mendapatkan kebenaran tentang kejadian 13 Mei 1969 merupakan satu tugas yang sukar.

“Menggali masa silam ada baik dan buruknya, terutamanya masa silam yang sensitif. Kalau kamu kata mahu cari kebenaran, macam mana kamu hendak sahkan kebenaran? Apa yang benar bagi kamu, mungkin tak diterima sebagai benar oleh pihak lagi satu,” kata profesor emeritus dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Tambahnya, dia percaya rusuhan seperti 13 Mei berkemungkinan besar tidak akan berulang memandangkan keadaan politik dan ekonomi Malaysia sudah berubah.

“Kenapa nak patah balik? Kita patut bergerak ke depan. Ya, ada kesilapan pada masa silam, tapi apa yang penting ialah masa depan. Kalau masa silam itu baru sahaja berlalu, itu lain cerita. Tapi ini sudah dekat setengah abad berlalu,” katanya lagi.

Daripada melaksanakan sesi kebenaran dan perdamaian seperti di Afrika Selatan, katanya, lebih baik kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bagi membuat pungutan suara di peringkat akar umbi tentang naratif baru Malaysia yang sepatutnya.

Ke arah perdamaian, satu topik sukar yang perlu ditangani ialah tindakan afirmatif berasaskan kaum dan kesannya terhadap perpaduan nasional.

Kata Joseph, biarpun tindakan afirmatif berasaskan kaum diterima sebagai cara untuk membetulkan ketidakstabilan pada tahun 1969, polisi seumpama itu jika dijalankan tanpa tarikh luput akan membudayakan diksriminasi kaum.

Jika mahu menuju perpaduan, polisi itu perlu diganti dengan polisi berasaskan keperluan. Biarpun menurut Abdul Rahman, polisi berasaskan keperluan tetap akan memberi kelebihan kepada orang Melayu memandangkan ramai golongan B40 terdiri daripada kaum itu, setidak-tidaknya golongan memerlukan daripada kaum lain akan turut dibantu.

Pun begitu, jika dinilai daripada reaksi rakyat terhadap keputusan kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), sebarang perbincangan ke arah memansuhkan semangat DEB (dalam dasar lain) pasti akan berdepan tentangan hebat.

Bagi Wong, arah tuju sistem politik dan sosio-ekonomi negara perlu ditentukan oleh pendapat rakyat pada masa kini, bukan apa yang terjadi pada masa lepas.

Tegasnya, bagi membolehkan perbincangan sejarah dilakukan dan memperbetul sebarang ketidakadilan, rakyat perlulah bersikap ‘memahami dan berempati’, bukannya terus memilih pihak demi kepentingan peribadi sendiri.

“Paling penting, kita perlu merekod sejarah sebanyak yang boleh. Saksi dan mangsa semakin lama semakin tua, seorang demi seorang meninggal dunia.

“Kemudian, kita perlu mengkaji arkib sejarah memandangkan banyak fail di arkib negara luar mungkin sudah tidak lagi dilabelkan sulit. Bagi melakukan perkara ini, kita perlukan dana yang mencukupi,” tambah Wong.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

3 comments

  1. CELAKA betul si PENGGANAS2 PENDATANG Paria/Cina bangkai ANJING DAPembunuh amat RASIS dan BUAS ni, tak habis2 nak mengHINA/MENGGERTAK dan MENIPU psl. ISLAM/umatnya, terutamanya psl. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kami, dan UNDG2 PERLEMBAGAAN 153, yg. melindungi HAK/IDENTITI/WARISAN/SEJARAH bangsa BUMIPUTERA, serta menjadi asas DASAR EKONOMI BARU (DEB)!!!

    Mmg. si PENGGANAS2/PENJAJAH2 DAPembunuh ni TAK habis2 nak MENIPU dan MENGHASUT psl. RUSUHAN 13 MEI 1969, yg. SEBENAQnya mmg. disbbkan oleh KEANGKUHAN, RASISMA, FASISMA dan KEBUASAN si PENDATANG2 Cina HARAM JADAH yg. TAK SEDAQ diri, dr. parti PENGGANAS/PENJAJAH/PEROMPAK/PERASUAH/PENIPU/PENYANGAK DAP bangkai ANJING homo JIJIK Zionis ISrael!! Tapi boleh pula nak TUTUP mulut bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kami kalau kami nak mengHENTAM habis2an si BINATANG2 BUAS DAP ANJING ni!!! Mana POLIS oi?!!! Lihat di –

    https://cungkil.wordpress.com/2019/04/30/jangan-jadikan-raja-raja-melayu-bisu-dan-pekak/

    JANGAN JADIKAN RAJA-RAJA MELAYU BISU DAN PEKAK

    Oleh Mamat Desa

    Cungkil WordPress
    Posted on April 30, 2019:

    Mutakhir ini kerajaan PH berada dalam situasi yang amat huru-hara. Tidak pernah dalam sejarah, negara berada dalam keadaan huru-hara sebegini kecuali ketika dan sebelumnya berlaku tragedi berdarah 13 Mei 1969.

    Tragedi 13 Mei 1969 meletus kerana keangkuhan parti cauvinis Cina yang kalah satu kerusi untuk menguasai Selangor. Lantas mereka mengusung penyapu besar untuk menyapu kaum Melayu, sebagaimana penjajah Inggeris Amerika menyapu kaum ‘Red Indian’ yang merupakan kaum pribumi Amerika.


    Mereka juga telah pergi ke rumah Menteri Besar Selangor, Datok Harus Idris dan menjerit menghalaunya keluar dari Selangor kerana kononnya rakyat menolak parti Perikatan (sila rujuk ‘Before and After 13th May’ yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman Putra).

    Kini dengan kemenangan PH dalam PRU-14 yang sebenarnya didominasi oleh parti cauvinis Cina DAP, lagi sekali keangkuhan itu meletus…….

    ReplyDelete
  2. Lihat lagi KEJAHATAN, PROVOKASI, GERTAKAN, PENGHINAAN dan RASISMA, serta PENIPUAN yg. TAK habis2 oleh si PENDATANG2 CINA bangkai ANJING dr. parti PENGGANAS/PENJAJAH/PEROMPAK/PERASUAH/PENIPU/PENYANGAK DAP bangkai ANJING homo JIJIK Zionis ISrael ni – ttg. RUSUHAN 13 MEI, 1969 tu!! MAMPOS lu DAP bangkai BABI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lihat artikel mat BERNAS ni di -

    https://theflyingkick.blogspot.com/2019/05/menelanjang-pembohongan-kua-kia-soong.html

    MENELANJANG PEMBOHONGAN KUA KIA SOONG DAN MALAYSIAKINI YANG CUBA MEMBERSIHKAN DAP DAN LIM KIT SIANG DALAM TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969!!!

    Buletin 247
    May 13, 2019:

    ......Hari ini, terbukti jelas, buku tulisan Kua Kia Soong yang merupakan salah seorang tenaga penting dalam DAP terutama sekali membabitkan pendidikan dan kini merupakan penasihat SUARAM, cuba dijadikan teks sejarah utama membabitkan 13 Mei 1969.

    Malaysiakini pula memainkan peranan sebagai jentera propaganda yang hebat dengan menampilkan cerita bagaimana orang Melayu bertindak ganas dan kejam terhadap orang Cina, termasuklah membunuh sekeluarga yang di dalamnya ada dua orang budak kecil di dalam sebuah kereta yang melintasi Kampung Baru.


    Malaysiakini dan buku tulisan Kua Kia Soong bersatu untuk mengubah sejarah yang kemudian akan disambut oleh para jentera propaganda di media-media sosial terutama sekali di Facebook dan Instagram untuk menyatakan bahawa segala catatan sejarah tentang 13 Mei 1969 selain daripada apa yang ditulis oleh Kua Kia Soong dan Malaysiakini adalah salah dan bertentangan.

    Awal-awal lagi, dalam bukunya Kua Kia Soong langsung tidak menyebut tentang permulaan tercetusnya pergaduhan tersebut menerusi perarakan GERAKAN, DAP, Parti Buruh yang memasuki Kampung Baru dan menghina setiap orang Melayu yang mereka temui. Gambar-gambar perarakan menggunakan penyapu berlambangkan DAP sebagai simbolik untuk menghalau dan menghapuskan orang Melayu dari Kuala Lumpur, langsung tidak digunakan oleh Kua Kia Soong…......

    Leon Chomber dalam tulisannya, 13 May 1969 pula menyatakan, walaupun pilihanraya 1969, Perikatan telah menang, tetapi peningkatan jumlah penguasaan kerusi di kalangan parti pembangkang, khususnya GERAKAN dan DAP telah menyebabkan mereka mengadakan 'PERARAKAN KEMENANGAN (VICTORY PARADE) di Kuala Lumpur dan sebahagiannya tanpa kebenaran polis. Sesetengah penyokong DAP dan GERAKAN telah ke rumah Dato Harun Idris, Menteri Besar Selangor dan Pengerusi UMNO Selangor dan menyuruhnya letak jawatan kerana dia bukan lagi Menteri Besar... kemudian mereka masuk ke Kampung Baru yang merupakan penempatan Melayu terbesar di Kuala Lumpur, menghina setiap orang Melayu, meludah dan berkata, 'Melayu Sudah Jatuh', 'Kuala Lumpur sekarang Cina punya', 'Ini negeri bukan Melayu punya', 'Kita mahu halau semua Melayu'.......

    Sama seperti penafian yang seringkali dibuat oleh Lim Kit Siang bahawa dia tidak terlibat dengan tragedi 13 Mei meskipun dia merupakan antara penceramah utama yang telah enam kali ditahan ISA, sebelum 13 Mei, dan semuanya kerana mempersoalkan kedudukan Melayu-Bumiputera dan Islam selain menghasut orang Cina untuk 'bangkit' melawan sistem negara.

    Ada banyak rujukan dan catatan tentang Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 yang semuanya sepakat meletakkan beban kesalahan dan punca sebenar tragedi tersebut kepada DAP-GERAKAN-PPP yang turut melibatkan komunis, kongsi gelap, sindiket, kum-pulan penjenayah, kumpulan sosialis mahupun anarki lain. Dan hampir kesemua rujukan dan catatan tersebut bertentangan dengan apa yang ditulis oleh Kua Kia Soong dalam buku 13 Meinya, kononnya telah memperolehi maklumat yang telah dinya-hklasifikasikan……

    ReplyDelete
  3. Yg. sekoq lagi si BATU API amat CELAKA - adalah si blog PENGGANAS/PENIPU/PENJAJAH/PENYANGAK bangkai ANJING Malaysiakini yg. diTAJA oleh si SOROS-MOSSAD/CIA!!! MAMPOS lu MalaysiaKini!!!!!!!! Mana PDRM bah. TERORISMA oi -hang TIDOQkah?!!Di -

    1. http://landdestroyer.blogspot.com/2015/08/us-vs-china-us-mobs-seek-to-overthrow.html

    US vs China: US-Backed Mobs Seek to Overthrow Malaysian Government

    Tony Cartalucci

    Land Destroyer
    August 24, 2015;

    2. https://journal-neo.org/2018/07/20/how-us-influence-is-co-opting-malaysias-governance/

    How US Influence is Co-Opting Malaysia’s Governance Joseph Thomas

    New Eastern Outlook
    20.07.2018;

    3. https://williamblum.org/chapters/rogue-state/trojan-horse-the-national-endowment-for-democracy

    Trojan Horse: The National Endowment for Democracy: This is a chapter from Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower

    by William Blum;

    4. https://www.bibliotecapleyades.net/sociopolitica/secretsoc_20century/secretsoc_20century10.htm

    GEORGE SOROS AND THE ROTHSCHILD CONNECTION

    Chapter 56
    bibliotecapleyades; dan di

    5. https://journal-neo.org/2018/09/02/washington-post-covers-up-us-meddling-in-malaysia/

    Washington Post Covers Up US Meddling in Malaysia

    Tony Cartalucci

    New Eastern Outlook
    02.09.18:

    "......Virtually every aspect of Malaysia’s opposition, from pro-opposition media organizations like Malaysiakini, to street fronts like Bersih, to legal organizations like “Lawyers for Liberty,” and even the defacto opposition party leader himself – Anwar Ibrahim (PDF) – are recipients of extensive US government support spanning well over a decade via the National Endowment for Democracy (NED) and its many subsidiaries and affiliates.

    President of NED subsidiary, the International Republican Institute (IRI) Daniel Twining – almost as if wounded by the Washington Post’s omission of his organization’s extensive political meddling in Malaysia – would boast on social media while linking to the Post article, that:

    [IRI] has worked to strengthen Malaysian opposition parties since 2002. For 1st time since 1957 they won & are in power. Democrats around the world can play a long game confident that sooner or later, their time will come..........

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon