Tuesday, April 23, 2019

Kenapa Nama KLIA Perlu Di Ubah?


Cadangan kerajaan mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Sepang International Airport (SIA) sememangnya hanya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia serta antarabangsa dan semua orang sudah sedia maklum bahawa SIA adalah nama singkatan Singapore Airlines (SIA).

KLIA tukar nama

Sebelum ini, nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dicadangkan ditukar kepada nama baharu iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA) yang terkandung dalam minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada Oktober 2018 lalu dan sebelum tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Orang ramai juga pasti keliru jika KLIA ditukar kepada SIA, contohnya, jika seorang itu berkata, 'saya bekerja di SIA' atau 'saya bekerja dengan SIA'.

Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor, dengan alasan lapangan terbang antarabangsa yang terkenal sering menggunakan lokasi setempat sebagai namanya, contohnya adalah Narita dan Haneda di Tokyo, Incheon di Seoul, Suvarnabhumi di Bangkok, Baiyun di Guangzhou, Pudong di Shanghai, Schiphol di Amsterdam dan sebagainya.

Persoalannya, kenapa perlu ditukar nama? Apakah kebaikan kepada negara? Adakah nama Kuala Lumpur telah begitu tercemar sehingga perlu digantikan dengan perkataan 'Sepang'?

Ekoran kekeliruan yang bakal timbul jika penukaran nama KLIA itu menjadi kenyataan, maknanya selepas ini, mereka yang bekerja di Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) sebagai pramugara, pramugari, juruterbang, kakitangan teknikal atau 'ground staff' juga boleh ditafsirkan mereka bekerja di Lapangan Terbang Sepang (SIA)? Pasti mengelirukan!

Mungkin satu hari nanti, KLIA akan diubah nama kepada Pakatan Harapan International Airport (PHIA) untuk menggambarkan imej Malaysia yang dari dahulu penuh dengan Harapan serta angan-angan.

Apa pendapat anda?

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon