Sabtu, Oktober 06, 2018

Misteri Air Pusar Tanjung Tuan!


Selain rumah api dan sejarah Battle of Cape Rachado, Tanjung Tuan juga tidak lari daripada dikaitkan dengan cerita-cerita misteri dan dikatakan terdapat sebuah kawasan di perairan berhampiran pantai di situ yang dianggap berpuaka.

Air Pusar Tanjung Tuan

Cerita tentang puaka di Tanjung Tuan adalah kisah turun temurun sehinggakan sampai sekarang pun, tidak ada sampan atau bot-bot kecil berani melalui kawasan itu.

Daripada cerita, dahulu kawasan perairan tersebut telah menelan banyak bot-bot kecil terutama milik nelayan ketika melalui kawasan itu. Lebih teruk lagi bot dan penumpangnya hilang tanpa dapat dikesan.

Kawasan yang dimaksudkan ialah perairan di sebalik bukit Batu Putih, dari Tanjung Tuan menghadap ke pantai Sri Purnama.

Dahulu dikatakan terdapat seorang tua yang berjaya melalui kawasan perairan tersebut dengan selamat dan dipercayai mempunyai keramat kerana berjaya melalui kawasan itu dengan selamat, sedangkan ramai orang hilang selepas melalui kawasan berkenaan.

Sampai sekarang tidak ada orang berani lalu situ yang dikatakan berpuaka kerana kawasan tersebut merupakan titik pertembungan tiga arus.

Arus dari tengah laut, Teluk Kemang dan bahagian selatan bertembung di situ lalu membentuk pusaran air yang agak besar, terutamanya kalau air pasang, pusaran itu boleh kelihatan dengan jelas.

Terdapat banyak lagi misteri di Tanjung Tuan memandangkan tempat tersebut merupakan antara kawasan bersejarah di negara di Malaysia.

Perigi Berpuaka

Perigi Hang Tuah

Dekat pantai menghadap ke Kuala Linggi, Melaka, di kaki bukit Tanjung Tuan juga, terdapat dua buah perigi. Satu perigi buta dan satu lagi masih boleh digunakan.

Perigi buta itu digali oleh orang Belanda, manakala perigi yang satu lagi dipercayai perigi Hang Tuah.

Perigi itu dikatakan tempat orang berlatih silat termasuk Hang Tuah bertapa sehingga meninggalkan kesan tapak kaki yang boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Orang dahulu juga pernah bercerita, berdekatan perigi itu pernah wujud sebuah perkampungan.

Buktinya terdapat batu nisan kubur-kubur lama tetapi, ia telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa kerana aktiviti pemujaan.

Hari ini, kawasan tersebut digunakan oleh orang awam sebagai tempat perkhemahan, sementara perigi Hang Tuah masih mengeluarkan air bersih sehingga hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Kalau nak ke sungai mana ke lautan mana pun please berhati2 semua

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon