Friday, October 05, 2018

5 Lubuk Pusar Paling Berbahaya Di Dunia


Lubuk pusar, air pusar atau pusaran air ialah sejenis jasad air yang berpusar, lazimnya terhasil oleh pasang surut lautan. Kebanyakan besar lubuk pusar tidak begitu kuat; yang teramat kuat digelar maelstrom, manakala Vorteks ialah istilah yang tepat untuk sebarang lubuk pasar yang beraliran turun.

Lubuk pusar yang amat kecil mudah diamati pada takung mandi atau singki yang sedang mengalirkan air, tetapi ini terhasil dengan cara yang amat berbeza dengan lubuk pusar semula jadi. Lubuk pasar yang kecil juga terdapat di kebanyakan tapak air terjun.

Bagi air terjun besar seperti Niagara Falls, lubuk pusarnya mungkin agak kuat. Lubuk pusar yang paling kuat terhasil dalam selat yang sempit dan cetek dengan air yang mengalir deras.

5 lubuk pusar yang terkuat di dunia ialah:

1. Saltstraumen

Saltstraumen Whirlpools

Terletak di daerah Bodø, Norway yang mencapai kelajuan 37 km/h (23 mph).

2. Moskstraumen

Moskstraumen Whirlpools

Terletak berhampiran kepulauan Lofoten di Norway yang mencapai kelajuan 27.8 km/h (17.3 mph).

3. Old Sow

Old Sow Whirlpools

Terletak di Eastport, Maine, Amerika Syarikat yang mencapai kelajuan 27.6 km/h (17.1 mph).

4. Naruto

Naruto Whirlpools

Terletak di Jepun, yang mencapai kelajuan 20 km/h (12 mph).

5. Corryvreckan

Corryvreckan Whirlpools

Terletak di Scotland yang mencapai kelajuan 18 km/h (11 mph).

***

Lubuk pusar yang besar telah meragut nyawa pelaut yang kurang bernasib baik, tetapi kekuatan itu sering dibesar-besarkan oleh orang ramai. Hampir sama sekali tiadanya kisah yang mana kapal besar ditelan oleh lubuk pusar.

Kejadian yang paling hampir dengan itu barangkali adalah lubuk pusar sementara yang menyedut sebahagian Tasik Peigneur di New Iberia, Louisiana, Amerika Syarikat ekoran satu kemalangan ketika menggerudi pada tahun 1980.

Ini bukan lubuk pusar semula jadi, tetapi sebuah bencana buatan manusia yang disebabkan memecah bumbung lombong garam.

Natijahnya, tasik itu bertindak seakan-akan takungab mandi gergasi yang sedang mengalirkan airnya keluar, sehingga lombong itu diisi penuh dan takat air tenang semula.

Biarpun terdapat perahu dan semitreler yang tersedut ke dalamnya, tiada nyawa yang terkorban.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

3 comments

  1. CiptaanNya..pastilah ada sebab ada pusaran air..bahaya

    ReplyDelete
  2. Ada dua faktor,
    1) Faktor alam semulajadi, lubuk pusar tu terbentuk.
    2) Faktor mistik,(tempat tinggal jin)

    Sebagai contoh, sekitar tahun 1920-1960, ada sebuah lubuk pusar yang sanga terkenal oleh penduduk di daerah kuala kangsar, Perak dikenali juga Lubuk Mat Anjing. Lubuk puaka ini, mendapat nama kerana, seorang pemancing yang pergi memancing dan ditemani oleh anjingnya yang setia.
    Pada suatu hari yang malang, pemancing tersebut sedang cuba menaikkan tangkapan ikannya yang agak besar, dalam masa yang sama, anjingnya yang berdekatan cuba membantu dengan berenang ke arah ikan yang cuba dinaikkannya itu.
    Tiba-tiba muncul lembaga@jin yang tersangkut pada mata kail tu, menerkam anjing tersebut dan membawanya ke dalam pusaran arus. Si Mat juga tak terkecuali kerana dia berada tidak jauh dari lubuk tersebut. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1920-an. Hanya orang-orang tua sahaja yang tahu kisah benar ni.
    Kawasan lubuk itu, sehingga ke hari ini masih menjadi tumpuan pemancing, sehingga dibuat jeti di tepinya kerana memang banyak ikan. Manakala pusaran air dilubuk tersebut sudah tidak kelihatan, mungkin disebabkan perubahan alam semulajadi dan sebagainya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon