Tuesday, September 25, 2018

Kisah Bagaimana Bank Dunia dan IMF Menghancurkan Ekonomi Negara Afrika


Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) telah ditubuhkan pada penghujung era Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk membina kembali ekonomi negara-negara Eropah.

Kisah Bagaimana Bank Dunia dan IMF Menghancurkan Ekonomi Negara Afrika

Bagi membolehkan Bank Dunia dan IMF mempunyai kewangan yang kukuh dan menjalankan polisi-polisi, mereka telah memberikan pinjaman kewangan kepada negara-negara yang memerlukan.

Pinjaman ini bukan sahaja perlu dibayar balik dengan pertambahan bayaran bunga dengan kadar yang dipersetujui, malah negara yang meminjam juga perlu bersetuju dengan syarat atau polisi "pelik" yang dikenakan.

Syarat pelik inilah yang telah menjadikan negara miskin yang meminjam terus terperangkap dengan hutang dan terus berada dalam kemiskinan.

Pengenalan polisi dan syarat yang pelik

Antara contoh negara-negara ini adalah negara-negara miskin di benua Afrika.

Bagi negara yang ingin meminjam daripada Bank Dunia dan IMF, mereka perlulah menswastakan ekonomi mereka dan membenarkan syarikat-syarikat luar terutamanya daripada Eropah untuk beroperasi di negara mereka.

Perkara inilah yang menyebabkan kebanyakan negara-negara Afrika terus miskin sehingga ke masa kini padahal mereka mempunyai sumber semulajadi yang banyak dan lumayan.

Dalam erti kata lain, kekayaan mereka sebenarnya telah dirompak oleh syarikat-syarikat daripada luar.

Sebagai contoh, walaupun memiliki sumber koko dan berlian yang banyak, ekonomi dalam kedua bidang ini langsung tidak memberi keuntungan kepada kerajaan.

Sebaliknya, hasil ekonomi daripada koko dan berlian ini diambil oleh syarikat-syarikat daripada Barat.

Lebih malang lagi, rakyat mereka diambil bekerja dan dibayar dengan gaji yang begitu rendah sekali.

Kisah negara Ghana

Kisah Bagaimana Bank Dunia dan IMF Menghancurkan Ekonomi Negara Afrika

Ambil contoh Ghana. Negara ini mempunyai sumber semulajadi yang yang banyak dan merupakan negara pengeluar padi yang besar.

Malah, kerajaan Ghana juga memberikan subsidi kepada rakyatnya yang bekerja sebagai petani bagi membolehkan mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka, seterusnya membantu pendapatan ekonomi negara.

Malangnya, segalanya berubah setelah negara ini membuat pinjaman daripada Bank Dunia dan IMF.

Antara syarat yang telah dikenakan terhadap Ghana adalah kerajaan mesti menghentikan pemberian subsidi kepada golongan petani.

Akibatnya, bagi memenuhi keperluan, Ghana terpaksa pula mengimport beras daripada luar negara terutamanya negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat yang merupakan seteru utama Bank Negara dan IMF.

Daripada sebuah negara pengeluar beras, kini Ghana terpaksa mengimport lebih banyak beras daripada luar akibat polisi pelik yang dikenakan.

Dalam erti kata lain, sebenarnya lebih banyak wang daripada Ghana yang mengalir keluar kerana mereka terpaksa mengimport beras daripada luar walhal suatu ketika dahulu mereka mempunyai lebihan beras yang boleh dijual untuk menjana pendapatan negara.

Kesan daripada polisi ini juga, kebanyakan rakyat Ghana di bahagian utara yang bekerja sebagai petani kekal hidup miskin sehingga ke hari ini.

Malah, ramai golongan muda mula berhijrah ke bandar-bandar besar di bahagian selatan Ghana untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

Rantaian perangkap hutang

Membuat pinjaman kewangan dengan Bank Dunia dan IMF sebenarnya hanya mendedahkan sesebuah negara dengan satu jenis bentuk penjajahan baru, iaitu penjajahan ekonomi.

Malah, bagi negara yang sudahpun berhutang dengan IMF, mereka diberikan syarat yang lebih ringan untuk meminjam dan perubahan struktur pembayaran balik hutang agar mereka mampu meminjam dengan lebih banyak daripada Bank Dunia dan IMF.

Keadaan ini bukan sahaja menambah hutang negara-negara ini, malah memanjangkan lagi tempoh pembayaran balik negara-negara ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh majalah Canadian Center of Policy Alternatives juga menunjukkan bahawa hutang-hutang yang perlu dibayar oleh negara-negara membangun pada tahun 1980 adalah sebanyak $609 bilion.

Pada tahun 2001, iaitu selepas 20 tahun program penstrukturan semula pembayaran hutang diperkenalkan, jumlahnya meningkat kepada $2.4 trillion.

Malah, secara keseluruhannya, negara-negara Afrika membelanjakan 4 kali ganda wang untuk pembayaran semula hutang negara daripada wang yang dibelanjakan untuk bidang kesihatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon