Friday, July 13, 2018

Ramai Orang Muda Tidak Sedar Hidap Hiperkolestrolemia


Kebanyakan orang muda di Malaysia tidak sedar bahawa mereka mengalami hiperkolestrolemia atau individu yang mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi.

Ramai Orang Muda Tidak Sedar Hidap Hiperkolestrolemia

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 47.7 peratus daripada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah itu.

Statistik itu menggambarkan bahawa ramai yang tidak tahu bahawa mereka ada paras kolesterol yang tinggi.

Kalau dilihat dari segi interaksi sosial sesama kita, selalunya makanan kolesterol ini dibuat gurauan katanya makanan tinggi kolesterol maka mereka sedar tetapi mereka tidak sedar mengenai kolesterol dalam darah mereka.

Sejauh mana tahap hiperkolestrolemia yang dihadapi seseorang itu hanya akan dapat diketahui melalui ujian darah.

Pengumpulan kolesterol dalam arteri boleh menyebabkan aterosklerosis yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Pemeriksaan darah kolesterol boleh dilakukan di mana-mana klinik dan hasil ujian boleh diperoleh dalam masa sehari ke dua hari.

Mereka yang menghidap hiperkolestrolemia yang serius atau familial hiperkolestrolemia biasanya akan mengalami kelainan pada anggota badan, ada mendapan lemak atau benjolan di tangan, benjolan di sendi lutut atau mendapat lemak di kelopak mata.

Keadaan fizikal seseorang itu sama ada kurus atau gemuk tidak menentukan individu berkenaan tidak akan mengalami masalah hiperkolestrolemia.

Orang yang ada kolesterol tinggi tidak akan tahu melainkan dia membuat ujian darah dan ada yang menganggap dia masih muda dan kurus serta sentiasa bersenam itu adalah tanggapan salah.

Pada masa sama, hiperkolestrolemia juga ada kaitan dengan sejarah keluarga yang turut mengalami penyakit seumpama itu.

Mana-mana individu yang mengalami hiperkolestrolemia perlu memeriksa latar belakang ahli keluarga lain yang membawa genetik kolesterol itu.

Ia adalah jalan terbaik untuk mengetahui sama ada mereka ada hiperkolestrolemia atau tidak dan membuat rawatan lebih awal.

Amalan diet mampu mengurangkan kadar kolesterol, namun pada tahap yang minimum. Cuma 15 ke 25 peratus sahaja datangnya dari cari hidup atau diet.

Untuk rawatan, bukan sahaja pesakit akan diberi ubat, tetapi juga perlu melakukan senaman, diet dan cuba mengurangkan berat badan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

2 comments

  1. Ermm betul tu ramai orang tak sedar

    ReplyDelete
  2. Makan kacang badam setiap hari kalau nak 'cuci' kolesterol :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon