Thursday, May 10, 2018

Jeffry Kitingan Lompat Katak Sertai BN, UPKO Bergabung Dengan WARISAN


Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star), Datuk Jeffrey Kitingan mengumumkan untuk berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri Sabah, lapor portal Utusan Malaysia Online.

Jeffry Kitingan Lompat Katak Sertai BN Berakhir Dalam Perangkap

STAR yang memenangi 2 kerusi DUN dikatakan menjadi penentu kepada situasi politik Sabah yang masih gagal membentuk kerajaan sehingga kini.

Berikutan sokongan kepada BN itu, gandingan tersebut kini mempunyai 31 kerusi, cukup untuk membentuk majoriti mudah.

Bagi 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah, BN memenangi 29 kerusi, PKR 2 kerusi, DAP 6 kerusi, Parti Warisan Sabah 21 kerusi dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 2 kerusi.

UPKO UMUM KELUAR BN

Jeffry Kitingan Lompat Katak Sertai BN Berakhir Dalam Perangkap

Malang bagi Jeffrey Kitingan yang selama ini begitu tegar sebagai parti pembangkang apabila UPKO mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pemangku Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) UPKO yang diadakan hari ini.

MT UPKO sebulat suara bersetuju untuk keluar daripada BN dan membentuk kerajaan campuran dengan Warisan, katanya pada sidang media singkat.

Sejurus selepas pengumuman itu Tangau bergegas meninggalkan sidang media, difahamkan menuju ke Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Pagi tadi, Tangau dilaporkan telah menemui Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di kediamannya di sini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), UPKO menang 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu 1 kerusi Parlimen iaitu Tuaran menerusi Tangau.

5 DUN berkenaan ialah DUN Kadamaian menerusi Ewon Benedick, Paginatan (Datuk Abidin Madingkir), Nabawan (Datuk Bobbey Ah Fang Suan), Kuamut (Datuk Masiung Banah) dan Kuala Penyu (Datuk Limus Jury).

Susulan keputusan UPKO tersebut BN kini hanya menguasai 26 kerusi bersama gabungan STAR daripada 60 kerusi DUN Sabah.

BN Sabah sebelum ini terikat 29 kerusi dengan Warisan berserta sekutunya.

Parti WARISAN dan sekutunya kini bakal memerintah negeri Sabah selepas UPKO keluar BN dan meyertai Shafie Apdal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon