Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lebanon disahkan meninggal dunia sebagai jutawan.
Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut.
Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).
Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).
Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.
Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lebanon yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: kosmo

- Tahukah Anda Negara Yang Pengemisnya Kaya-raya?
- 3 Tanggapan Buruk Terhadap Gelandangan Yang Tidak Benar
sumber: kosmo
itu menunjukkan tak semua pengemis adalah miskin, tak percaya boleh semak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada pengemis boleh dapat RM10,000 ke11,000 sebulan. Untuk driver taxi yang bawa dia akan bagi RM500 tiap bulan, Lumayan kan!
ReplyDeleteBetul tu. Setuju.
Delete