Sunday, April 01, 2018

Shahr-e Gholghola Digelar 'Kota Raungan' Angkara Puteri Derhaka

Setelah kemerosotan Empayar Kesultanan Ghur pada kurun ke 12, Dinasti Khawarizmi menjadi kuasa utama dirantau asia. Banyak bandar perdagangan berjaya dikuasai dinasti tersebut dan salah satu daripadanya ialah kota Shahr-e Gholghola, sebuah kota yang menjadi tempat persinggahan pendakwah, pedagang dan pengembara sejak kurun ke 6 sehingga ke 3 Masihi.

Shahr-e Gholghola Digelar 'Kota Raungan' Angkara Puteri Derhaka

Shahr-e Gholghola berdiri pada saat kegemilangannya kerana memiliki lokasi strategik dari sudut politik, ketenteraan dan perdagangan.

Namun, penguasaan sesuatu empayar akhirna akan sampai ke penghujung. Begitu juga dengan dinasti Khawarizmi yang akhirnya tamat ditangan tentera berkuda empayar Mongol pimpinan Genghis Khan pada awal kurun ke 13.

Jatuhnya kekuasaan dinasti Khawarizmi boleh disebut angkara diplomasi yang gagal kerana sikap angkuh, cuai dan kelalaian Maharaja Shah Ala Addin Muhammad melayan kejam utusan Genghis Khan, yang akhirnya menghancurkan seluruh empayar Khawarizmi.

Pada awal permulaan konflik, Genghis Khan telah menghantar 500 orang pedagang untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan dinasti Khawarizmi.

Tetapi, angkara kecuaian gabenor yang menyangka para pedagang itu sebagai perisik, mereka semua dibunuh.

Walaupun begitu, Genghis Khan masih menghantar dua diplomatnya untuk berunding, tetapi mereka dipancung dan kepalanya dipersembahkan kembali kepada Raja Mongol itu.

Ibarat mengejutkan singa yang sedang tidur, perbuatan itu telah mendatangkan kemarahan Genghis Khan yang menganggapnya suatu penghinaan besar lalu mengisytiharkan perang.

Puluhan ribu bala tentera Mongol pimpinan Genghis Khan merentas pergunungan untuk menakluki semua wilayah jajahan dinasti Khawarizmi.

Satu demi satu jajahan dinasti itu berjaya ditawan tentera Mongol.

Kota-kota agung laluan sutera yang dulunya pernah menjadi pusat perdagangan dan ilmu Islam sewaktu zaman kegemilangan khalifah Umayyah dan Abbasiyah semuanya dihancurkan oleh Genghis Khan.

Tidak terkecuali kota Shahr-e Gholghola yang akhirnya dikepung, namun kota terakhir dinasti Khawarizmi ini sememangnya terkenal kerana memiliki pertahanan terbaik.

Walaupun dikepung dan diserang, kota ini masih mampu menahan asakan musuh.

Ramai tentera Mongol terkorban terkena panahan yang dilepaskan dari sebalik tembok kota termasuklah salah seorang cucu kesayangan Genghis Khan sendiri.

Walaupun memiliki pertahanan hebat, namun akhirnya kota Shahr-e Gholghola tumbang juga.

Kota ini berjaya ditawan bukan kerana kehebatan tentera Mongol tetapi kerana seorang pengkhianat wanita!

Puteri Yang Mengkhianati Rajanya Sendiri

Menurut kisah masyarakat, runtuhnya kota Shahr-e Gholghola kerana seorang pengkhianat dari dalam tembok kota itu sendiri.

Diceritakan, puteri kota itu yang bernama Laila Khatun menjadi dalang yang akhirnya meruntuhkan kekuasaan kota tersebut.

Puncanya? Leila dikatakan marah dan benci kepada ayahnya sendiri yang mahu berkahwin dengan seorang puteri dari Kota Ghazni.

Kerana tidak setuju dengan niat bapanya yang mahu berkahwin lain, Leila bertindak gila dengan mendedahkan laluan rahsia bawah tanah kota tersebut kepada tentera musuh.

Dan melalui laluan rahsia itu, akhirnya musuh berjaya menyusup masuk ke dalam kota Shahr-e Gholghola.

Leila berharap dengan membantu pihak musuh, dia akan menerima imbalan daripada Genghis Khan dengan mengahwinkannya dengan salah seorang putera atau cucu raja Mongol itu.

Tercapaikah impian Leila?

Setelah tentera Mongol berjaya menguasai Shahr-e Gholghola, seluruh penghuni dihukum bunuh, termasuklah Leila, puteri derhaka!

Walaupun merayu, namun tidak dipedulikan. Kesemuanya, termasuk anak-anak kecil yang belum lahir dibunuh kerana dendam Genghis Khan atas kematian cucu dan tenteranya.

Raja Mongol itu menitahkan agar kota itu dimusnahkan sama sekali dengan bahan letupan, manakala Leila pula dihukum pancung.

Raungan puteri itu ketika berada diambang kematian bersama penghuni kota menjadi inspirasi kepada nama Shahr-e Gholghola yang bermaksud 'kota raungan'.

Selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai itu, tapak kota Shahr-e Gholghola digelar 'bandar terkutuk'. Tiada sesiapa pun dibenarkan tinggal di situ.

Selama tujuh abad puing-puing Shahr-e Gholghola masih lagi kekal memperlihatkan kesan kekejaman yang pernah berlaku pada awal kurun ke 13 dahulu.

Tapak tinggalan Shahr-e Gholghola terletak di kota Bamiyan, salah sebuah bandar tertua di Afghanistan.

Kota yang satu ketika dahulu amat gah pada zaman gemilangnya, lenyap bersama raungan seorang puteri derhaka.

BACA INI JUGA: Menakjubkan Istana Yang Di Ukir Dalam Gunung

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Bestnya kalau dapat travel ke sana, tapi takkan kena pergi Afghanistan dulu!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon