Monday, February 26, 2018

Norway Naik Taraf Bilik Kebal Hari Kiamat


Norway me­rancang membelanjakan AS$13 juta (RM50.9 juta) untuk menaik taraf bank biji benih ‘hari kiamat’ yang dibina 10 tahun lalu di sebuah pulau di Lautan Artik bagi melindungi bekalan makanan sedunia.

Norway Naik Taraf 'Bilik Kebal' Hari Kiamat

Bilik Kebal Biji Benih Global Svalbard itu menjadi tempat simpanan beku semula jadi bagi menyokong 1,750 bank biji benih serupa di seluruh dunia sekiranya malapetaka besar seperti perang nuklear berlaku.

Rancangan naik taraf itu meliputi pembinaan sebuah terowong konkrit baharu di samping sebuah bangunan perkhidmatan untuk menempatkan janakuasa kecemasan, beberapa unit peti sejuk beku dan peralatan pemanasan lain, kata Kementerian Pertanian Norway dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2015, pasukan penyelidik melakukan pengambilan keluar pertama dari bilik kebal Svalbard.

Ia berikutan perang saudara di Syria mengakibatkan sebuah bank biji benih dekat bandar Aleppo mengalami kerosakan.

Semua biji benih itu ditanam semula dan di depositkan ke dalam bilik kebal Svalbard pada tahun 2017 lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon