Sabtu, Januari 06, 2018

Selimut Navajo Paling Mahal Di Dunia Berharga AS$1.5 Juta!


Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya yang menetap di dalam sebuah pondok di California menjadi jutawan segera selepas dia berjaya menjual sehelai selimut Navajo milik mendiang neneknya pada harga AS$1.5 juta (RM6.1 juta).

Selimut Navajo Paling Mahal Di Dunia Berharga AS$1.5 Juta!

Loren Krytzer yang kehilangan kaki kiri dalam satu kemalangan kereta mendapat idea untuk menjual kain usang itu selepas menonton rancangan program televisyen, Antiques Roadshow.

Selimut itu dijual menerusi firma lelongan John Moran di Monrovia, California, selepas satu sesi bidaan.

Krytzer menggunakan wang itu untuk membeli dua buah rumah, sebuah motosikal dan dua kereta.

Selimut Navajo Paling Mahal Di Dunia Berharga AS$1.5 Juta!

Kini, beberapa ahli keluarganya tampil menuntut wang berkenaan selain mengugut untuk memfailkan saman jika tidak menerima bahagian masing-masing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Jenama Pakaian Paling Mahal Di Dunia

sumber: kosmo

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon