Tuesday, January 30, 2018

Kru Pesawat Bongkar Rahsia Makanan 'Tidak Sihat' Dalam Pesawat


Seperti semua sedia maklum, sarapan pagi sememangnya hidangan terpenting bagi keseluruhan hari anda namun, anda pasti teragak-agak untuk mengambil sarapan pagi sekiranya berada dalam kapal terbang untuk melalui perjalanan berjam-jam lamanya.

Kru Pesawat Bongkar Rahsia Makanan 'Tidak Sihat' Dalam Pesawat

Kebanyakan pelancong turut bersetuju dengan hakikat ini malahan, ada yang menganggap makanan dalam pesawat sangat tidak sihat.

Namun, lain pula ceritanya jika anda menaiki penerbangan kelas bisnes misalnya. Ini kerana makanan yang dihidangkan pastinya jauh lebih baik dan berkualiti.

Menurut kebanyakan pelancong, hidangan dalam penerbangan kelas ekonomi bukan sahaja mengecewakan dari aspek rasa, malah ia sangat tinggi dengan kandungan kalori.

Seorang pengguna Qoura yang mengaku dirinya bekas pembantu penerbangan turut mendedahkan perkara serupa.

"Walaupun sekadar makanan mentah dan sayuran sahaja, ia mengandungi bahan tambahan yang dimasukkan supaya sentiasa kelihatan segar.

"Makanan yang dihidangkan dalam pesawat biasanya disediakan 12 jam sebelum penerbangan. Kadang-kala ia disediakan sehari sebelumnya," dedah Sherayas P.

"Kebanyakan penumpang tidak peka dengan situasi ini. Tekanan udara dalam pesawat bersamaan dengan tekanan udara di ketinggian 7,315 meter kaki dari aras laut.

"Selain memberi tekanan pada telinga, ia turut menyebabkan deria rasa dan bau menjadi kebas berbanding sewaktu berada di darat.

"Disebabkan fenomena ini, pihak penyediaan makanan dalam pesawat perlu menambah garam, rempah ratus dan lemak untuk menjadikan makanan tidak terasa hambar," jelasnya lagi.

Penulis Gastrophysics: The New Science of Eating, Charles Spence turut menyokong laporan itu dan mendakwa makanan dalam pesawat tinggi dengan kandungan gula dan garam.

"Udara yang rendah dan kering dalam kabin serta bunyi kuat enjin pesawat menyebabkan penumpang tidak dapat merasa atau menghidu makanan dan minuman.

"Jadi, gula dan garam perlu ditambah sebanyak 20 hingga 30 peratus agar rasanya sama seperti ketika berada di atas tanah," ujar Spence.

Selain itu, satu laporan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) turut mendedahkan lapan pesawat gagal dalam saringan standard melibatkan aspek kebersihan air.

Disebabkan itu, kebanyakan pembantu penerbangan tidak minum ketika berada dalam pesawat kerana mereka sudah sedia maklum mengenai hal ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kru Pesawat Kongsi Rahsia Waktu Terbaik Guna Tandas Ketika Penerbangan

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon