Tuesday, January 02, 2018

Misteri Pilot Malaysia Terperangkap Di Segi Tiga Bermuda!

Selama berabad-abad lamanya, banyak kapal terbang dan kapal laut dilaporkan hilang secara misteri di Segi Tiga Bermuda. Ada yang terselamat, yang lain lenyap tanpa sebarang jejak.

Misteri Pilot Malaysia Terperangkap Di Segi Tiga Bermuda!

Pendek kata, siapa pun yang melalui Segi Tiga Bermuda pasti akan mengalami tragedi yang tidak disangka-sangka.

Seorang juruterbang Malaysia, Kapten Dion Abu Bakar, dilaporkan pernah mengalami kejadian misteri di Segi Tiga Bermuda.

Menurutnya, itu merupakan pengalaman paling buruk sepanjang kariernya sebagai seorang juruterbang profesional.

Kapten Dion pernah menceritakan kisahnya kepada akhbar Utusan, saat menerbangkan sebuah pesawat dan melalui kawasan misteri itu, dia telah diuji dengan satu kejadian yang tidak pernah dijangka sebelumnya.

Semua yang berlaku pada waktu itu terlalu sukar untuk dilupakan walaupun peristiwa itu sudah berlalu berabad lamanya.

Menurut Kapten Dion, ketika kapal terbang yang dipandunya melewati Segi Tiga Bermuda, keadaan sekeliling berubah secara tiba-tiba. Langit dan laut sudah tidak menampakkan keadaan asalnya.

Tahap penglihatan dari segala sudut, hadapan, kiri dan kanan menjadi terhad. Segala pemandangan menjadi putih umpama kapas.

Walaupun cemas, Kapten Dion tidak berputus asa dengan berdoa agar terselamat dan dapat melepaskan diri dari kabus tebal itu.

Sehinggalah suatu ketika, apabila beliau melaungkan azan, satu perkara tidak disangka-sangka telah berlaku.

Sebaik azan dilaungkan, kabus mulai hilang menjadikan penglihatannya semakin jelas namun, ia belum berakhir di situ.

Pesawat didapati telah hilang daya angkat menyebabkan ia jatuh menjunam atau disebut sebagai 'spiral dive'.

Mujur beliau dapat mengawalnya dengan baik dan akhirnya berjaya terbang dengan selamat ke destinasi dituju iaitu Florida.

Misteri Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Bermuda merupakan sebuah kawasan yang terletak di barat Lautan Atlantik dengan lingkaran keluasan 1,140,000 kilometer persegi, walaupun kawasan ini berbeza menurut beberapa orang pengkaji.

Sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium, meliputi Selat Florida, Bahamas dan keseluruhan Pulau Caribbean.

Manakala ada pula yang menambah Teluk Mexico juga merupakan sebahagian daripada kawasan Segi Tiga Bermuda.

Namun, teori paling popular mengatakan, Segi Tiga Bermuda adalah berbentuk segi tiga dimana titik sempadannya meliputi Pulau Bermuda, Florida, Puerto Rico dan berpatah balik semula ke Pulau Bermuda.

Perairan Tersibuk Di Dunia

Misteri Pilot Malaysia Terperangkap Di Segi Tiga Bermuda!
Spiral Dive.

Sejak dahulu lagi, Segi Tiga Bermuda merupakan laluan kapal paling sibuk di dunia dengan kapal-kapal dagang merentasi laut ini setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Eropah dan Kepulauan Caribbean.

Bahkan, kapal pelancong dan persiaran juga sering melalui sempadan ini untuk berulang-alik dari Florida ke pulau-pulau sekitarnya.

Selain pengangkutan laut, Segi Tiga Bermuda turut menjadi laluan paling popular bagi kapal terbang persendirian mahupun komersial yang menuju ke Florida, Caribbean dan Amerika Selatan dari titik utara.

Malangnya, di titik inilah dilaporkan banyak kapal hilang, dengan lebih 8,000 kematian dan kebanyakan kes yang tidak dilaporkan berlaku di tempat ini.

Di Segi Tiga Bermuda, terlalu banyak perkara misteri yang sering berlaku tidak mampu dijelaskan dengan akal fikiran manusia.

Hanya Segelitir Terselamat

Kapten Dion adalah sebahagian daripada mangsa yang dilaporkan pernah terselamat daripada bencana misteri Segi Tiga Bermuda.

Mungkin kerana pengalamannya sebagai pilot selama lebih 40 tahun menjadikan beliau cekap mengemudi pesawat terbang.

Sebelum itu, Kapten Dion pernah menjadi juruterbang sewa khas untuk syarikat penerbangan Air America sekitar tahun 1970an dan disepanjang kariernya, dia pernah menerbangkan pesawat Hercules C130, Aibus 320, Boeing 747 dan 757.

Menurut Dion, dia mempelajari ilmu penerbangan di Singapore Flying Club pada tahun 1964 sebaik sahaja menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah.

Pengalaman selama lebih 40 tahun sebagai juruterbang juga membolehkan dia menguasai lebih 10 bahasa.

Beliau pernah menghiasi muka depan majalah Her World pada tahun 1977 selain berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu Beyond Rangoon dan beberapa filem tempatan seperti Bisikan Cinta dan Driving School.

Kapten Dion telah meninggal dunia di Pekan, Pahang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon