Saturday, December 23, 2017

Pelancong China Musnahkan Batu Khazanah Stalagmit Berusia 3,000 Tahun!


Cerita mengenai perangai buruk pelancong China tidak pernah reda dan baru-baru ini, seorang pelancong dirakam memusnahkan khazanah batu stalagmit dari sebuah gua di Songtao, Guizhou.

Pelancong China Musnahkan Batu Khazanah Stalagmit Berusia 3,000 Tahun!

Menerusi satu rakaman yang didedahkan SCMP, lelaki tersebut menendang stalagmite yang terletak di pintu masuk utama gua sementara beberapa pelancong lain merakam gambar keindahan warisan gua berkenaan.

Selepas menendang objek berkenaan sebanyak tiga kali, stalagmite tersebut patah dan pelancong tersebut berlalu tanpa mengambilnya.

Pengurus lokasi khazanah telah membuat laporan polis dan operasi mengesan suspek masih dijalankan.

Penyelidik, Wang Dayong mengatakan stalagmit mengambil masa yang sangat lama untuk terbentuk, tidak kira dari permukaan atau siling gua, selain susah untuk dibaik pulih.

Laporan akhbar tempatan mengatakan kejadian seumpama juga berlaku di Shandong dan Liaoning.

Jika suspek tertangkap, polis boleh mengenakan dakwaan jenayah terhadapnya malah berisiko disaman pengurus lokasi khazanah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!

sumber: sinarharian

1 comment

  1. Tak habis2 perangan dorang ni.. aduh habis tarikan pelancongan negara lain..

    harap tindakan dikenakan supaya perkara macam ni tak berulang

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon