Sunday, November 05, 2017

Perbezaan Kaum Bisaya Sabah Dan Visaya Filipina Yang Ramai Tersalah Anggap

Loading...

Kaum Bisaya adalah suku pribumi yang berasal dari barat laut Borneo Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah beaufort, sungai padas di Sabah dan sungai Limbang di timur Sarawak.

Perbezaan Kaum Bisaya Sabah Dan Visaya

Walaupun dari segi bilangan, masyarakat Bisaya mempunyai bilangan yang agak kecil, kehadirannya adalah lebih ketara di daerah Beaufort yang mana kaum Bisaya adalah suku yang paling ramai.

Mengikut banci penduduk yang telah dibuat 10 tahun (1991) yang lalu, jumlah penduduk Bisaya di seluruh negeri Sabah ialah seramai 30,000 orang.

Kebiasaannya, dalam upacara perkahwinan, pihak pengantin diwajibkan memberi hantaran perkahwinan.

Bagi penganut islam kaum Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh agama Islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka.

Bisaya dikatakan antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua bisaya yang pertama adalah awang alak betatar.

Suku kaum Bisaya walaupun dikatakan berkait dengan suku Visaya (visayan) di filipina tetapi secara dasarnya, suku Bisaya hanya terdapat di Borneo sahaja.

Bangsa Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di borneo.

Jika diteliti sejarah Visaya di Filipina, ketua mereka bernama Lapu-lapu dan merupakan pemerintah Mactan.

Dan melalui perbandingan bahasa mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa melayu dari bahasa suku Visaya di Filipina.

Oleh itu adalah tidak wajar kita membuat spekulasi bahawa Bisaya Borneo dengan Visaya Filipina adalah sama.

Ia adalah jauh berbeza sama sekali, melainkan suku kaum Bisaya Sarawak adalah cabang dari keturunan yang sama dengan suku kaum Bisaya di Sabah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ilmu Bitas Bisaya Mampu Menghilangkan Kemaluan Lelaki

sumber: ridzonel-dee

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon