Tuesday, November 07, 2017

Catalonia Di Beri Pilihan, Pilihan Raya Atau Perang!


Masyarakat Catalonia dambakan kemerdekaan sejak 2014 dan ketika itu, sebuah referendum menunjukkan 92 peratus dari 2.3 juta pengundi mahukannya berubah menjadi sebuah negara.


Sebanyak 80 peratus dari jumlah pengundi juga mahu Catalonia menjadi sebuah negara berdaulat.

Pada 1 Oktober 2017, satu referendum kemerdekaan diadakan menggunakan proses undi kontroversi.

Referendum tersebut diisytiharkan haram pada 6 September 2017 lalu dan digantung oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol kerana melanggar Perlembagaan Sepanyol.

Suruhanjaya Eropah juga setuju refendum berkenaan adalah haram. Refendum 1 Oktober tersebut bertanyakan soalan mudah.

"Adakah anda mahu Catalonia menjadi sebuah negara berdaulat dalam bentuk republik?"
Lebih 2 juta mahu merdeka

Seramai 2,020,000 (91.96 peratus) pengundi mengundi untuk merdeka dari pegangan Sepanyol.

Bekas Presiden Catalonia, Carles Puigdemont mengatakan kemerdekaan akan diisytiharkan apabila jumlah undi terakhir ditentukan.

Sambil itu, Raja Sepanyol, Raja Felipe mengecam referendum yang 'memecah-belah, menghancurkan harmoni' tersebut.

Pada 5 Oktober, Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menggantung sesi parlimen Catalonia bertarikh 9 Oktober.

Puigdemont menandatangani pengisytiharan kemerdekaan pada 10 Oktober dan pada 22 Oktober, rakyat Catalonia berdemostrasi besar-besaran menentang cadangan Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy untuk mewujudkan kerajaan pusat.

Pada 27 Oktober, Parlimen Catalonia mengundi untuk mengumumkan kemerdekaan namun tiga parti pembangkang menentang dan memboikot pengundian tersebut.

Tidak lama selepas Catalonia merdeka, senat dari Sepanyol mengaktifkan Artikel 155 dari Perlembagaan Sepanyol dan Mariano membubarkan Suruhanjaya Esekutif Catalonia, Parlimen Catalonia dan menetapkan tarikh 21 Disember 2017 untuk pilihan raya mengejut.

Pilihan raya atau perang

Menteri Catalonia

Kali terakhir pemimpin Catalan mengumumkan kemerdekaan, setengah juta rakyat Catalonia dibunuh dengan kejam oleh Jeneral Francisco Franco.

Pemimpin facis tersebut menceroboh dan menaklukI Catalonia pada 1938 selepas wujud revolusi sosialis dari Barcelona.

Franco melarang penggunaan bahasa Catalan dan penyebaran budaya dan melucutkan semua kuasa dari kerajaan Catalonia.

Perkara sama masih berisiko berlaku di Catalonia, hari ini.

Pengaktifan Artikel 155 menyebabkan semua kuasa pemimpin Catalonia terlucut dan pemimpin seperti Puigdemont boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun kerana jenayah memberontak menentang perlembagaan.

Walaupun penyokong Puigdemont sanggup membuat perisai manusia untuk melarang penahannya, risiko rakyat Catalonia yang mahukan kemerdekaan dikasari Pengawal Keamanan (Civil Guard) Sepanyol adalah tinggi.

Jika ia terjadi, ia akan menjadi satu tragedi brutal dan berdarah.

Catalonia, bertenang

Tunjuk perasaan Catalonia

Mariano mengumumkan perkara tersebut dari Twitternya selepas Parlimen Catalonia mengundi kemerdekaan.

"Saya minta semua rakyat Sepanyol untuk terus bertenang," kata Mariano.

Ketika itu, menteri-menteri dan rakyat Catalonia sudah pasti sedang berdiri, bersorak, bertepuk tangan dan menyanyikan lagu kebangsaan Catalonia.

Hari ini, Puigdemont dan lima bekas menteri Catalonia dibebaskan dengan syarat, selepas ditahan dan dibicarakan di Belgium.

Mereka sebelum ini melarikan diri ke Belgium dan dikemukakan waran tangkap seluruh Eropah selepas ia dikeluarkan oleh seorang hakim di Sepanyol.

Puigdemont tidak mahu kembali jika beliau tidak dijanjikan perbicaraan yang adil.

Lima menteri tersebut pula berhadapan dakwaan memberontak, menghasut dan menyalah gunakan dana awam.

Mereka adalah Meritxell Serret (bekas menteri pertanian), Antoni Comín (bekas menteri kesihatan), Lluís Puig (bekas menteri kebudayaan), dan Clara Ponsatí (bekas menteri pendidikan).

Parti Puigdemont, PDeCAT mengatakan beliau menyerah diri sebelum ini untuk menunjukkan 'beliau bersedia untuk diadili seadilnya, dan ia mungkin terjadi di Belgium dan bukan di Sepanyol'.

Catalonia telah diperintah menggunakan sistem kerajaan pusat sejak minggu lalu.

Ahad lepas, lebih banyak protes dijalankan di bandar-bandar di Catalonia untuk menentang penahanan Puigdemont dan menteri-menteri.

Rakyat Catalonia hanya mampu berdoa dan berharap hasil siasatan ke atas Puigdemont dan 'rakan-rakannya' menyebelahi mereka.

Selanjutnya, pilihan raya 21 Disember akan menentukan nasib Catalonia, sekali lagi.

BACA INI JUGA: Siapa Sebenarnya Bangsa Catalan Yang Menuntut Wilayah Catalonia Merdeka Dari Sepanyol?

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon