Monday, November 06, 2017

7 Bandar Di Dunia Dengan Wanita Paling Cantik


Keindahan sesuatu tempat tidak hanya terletak pada sudut geografi, alam semulajadi malah orang tempatannya. Kecantikan semulajadi wanita tempatan menjadi salah satu faktor bandar ini menjadi tumpuan dunia.

7 bandar ini diakui mempunyai ramai jelitawan yang mampu membuatkan anda jatuh hati.

1. Milan Itali

Milan, Itali

Bandar yang menjadi kota fesyen ini tanpa ragu-ragu memiliki populasi wanita yang jelita. Jika ke sana, anda boleh melihat mereka bukan sahaja cantik malah cukup bergaya.

Tak perlu untuk menjadi model, wanita biasa juga mempunyai wajah yang cukup mempersonakan.

2. Kiev, Ukraine

Kiev, Ukraine

Dalam satu kajian ada menyebut bahawa wanita Ukraine antara yang tercantik di dunia. Wanita-wanita ini begitu menawan sehingga anda boleh jatuh cinta pandang pertama.

Rata-rata lelaki yang berkunjung ke Kiev, pasti hatinya akan tertinggal disana.

3. Stockholm, Sweden

Stockholm, Sweden

Wanita di Sweden terutamanya Stockholm rata-ratanya cukup jelita. Lebih tepat sekali, mereka seksi dan mengoda.

4. Beirut, Lebanon

Beirut, Lebanon

Menjadi negara timur tengah yang berada di dalam senarai ini, wanita-wanita Beirut memang terkenal dengan keunikan wajah mereka.

Kulit yang sawo matang, hidung mancung, mata bulat menawan menjadikan wanita-wanita timur tengah begitu dipuja.

5. Rio de Jeneiro. Brazil

Rio de Jeneiro. Brazil

Di bandar inilah anda akan bertemu dengan wanita yang berwajah unik dan bentuk badan yang menarik. Wanita-wanita Brazil memang terkenal dengan bentuk badan yang sempurna, maka tidak hairanlah ramai supermodel dunia berasal dari Brazil.

Jika berkesempatan melawat Brazil ketika pesta Carnival, pasti anda terus jatuh hati kerana mereka akan tampil dengan koleksi busana yang indah.

6. Caracas, Venezuela

Caracas, Venezuela

Caracas dianggap bandar yang sesuai untuk jejaka bujang kerana wanitanya begitu menawan dan seksi. Wajah latin mereka akan membuatkan anda tepersona.

Sayangnya, bandar Caracas turut tersenarai sebagai bandar berbahaya kerana kes jenayah yang semakin meningkat.

7. Montreal, Kanada

Montreal, Kanada

Terletak di Kanada, Montreal memiliki wanita-wanita berwajah putih asli dan bentuk fizikal yang menawan.

Sebab itulah kebanyakan agensi model di Kanada menggunakan gadis tempatan bagi menghiasi majalah, billboard dan sebagainya kerana kecantikan semulajadi mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia

sumber: rojakdaily

1 comment

  1. Rupa paras mereka memang hebat.
    Di Malaysia pula Ipoh terkenal dengan wanita cantik, kata orang lah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon