Thursday, November 09, 2017

Apa Itu Syarikat 'Startup'? Adakah Anda Seorang Startup Founder?


Semenjak dua ini, kita sering mendengar term “startup” dalam bisnes. Malah, startup & “founder” sudah hampir di-overused oleh semua usahawan baru. Tetapi, apa sebenarnya sebuah startup?

Apa Itu Startup

Startup sebenarnya lebih dari sekadar syarikat yang membenarkan pekerja-pekerja memakai t-shirt dan jeans.

Kalau dari kita lihat dari sudut maksud secara general, startup bermaksud perniagaan yang baru sahaja bermula.

Namun, jika kita melihat dari sudut pelaburan dan bisnes moden, konsep startup ini membawa maksud yang lebih dalam.

Menurut Paul Graham – pengasas Y Combinator – dalam wawancara emel bersama majalah Forbes; sebuah bisnes yang sudah memasuki tahun ke-5 juga masih boleh dikira sebagai startup.

Walaupun terdapat variasi dalam definisi yang muktamad untuk startup, namun semua yang berada dalam ekosistem (ecosystem players) pembinaan startup terpaksa bersetuju mengenai satu sifat utama yang membezakan di antara sebuah startup dan bisnes konvensional.

Keupayaan untuk pertumbuhan dalam skala yang pantas.

Sebuah syarikat startup dicipta untuk membesar dengan pantas. Tiada halangan dari segi kewujudan fizikal mahupun di mana ia bermula asalkan ia berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.

Ini sebabnya mengapa sebuah restoran baru tidak boleh dikira sebagai startup.

Disebabkan sifat yang dinyatakan di atas juga, dua perkara iaitu Internet dan pelaburan ekuiti menjadi sangat sinonim dengan konsep startup.

Ini kerana untuk menjadi sebuah perniagaan yang boleh dimulakan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja dan mampu reach out ke sasaran pelanggan yang diingini, kita tidak boleh lari dari penggunaan teknologi Internet.

Begitu juga dengan pelaburan ekuiti. Dalam kewangan korporat, saiz sebuah entiti perniagaan dikira melalui nilai ekuiti dan prestasi syarikat tersebut.

Untuk melalui tumbesaran yang sangat pantas dan meningkatkan prestasi, sudah tentu lebih banyak dana berupa wang perlu disuntik ke dalam syarikat tersebut.

Peringkat-Peringkat Dalam Sesebuah Startup

Menurut Paul Graham lagi, sebuah startup yang berjaya kebiasaannya akan melalui 3 peringkat tumbesaran:

Pre-Startup:

Peringkat terawal di mana tiada growth dalam bisnes dan founder(s) masih cuba merungkai apakah langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk menjadikan idea mereka menjadi realiti.

Startup:

Apabila sesebuah startup berjaya menghasilkan sebuah produk atau platform, founder(s) mula memikirkan samada ia sesuatu yang dimahukan oleh sasaran pelanggan, seterusnya mencari jalan untuk berjaya sampai ke audiens yang besar.

Di peringkat ini, sesebuah startup akan mengalami progres yang pesat.

Growth:

Akhirnya, sesebuah startup akan menjadi sebuah syarikat yang besar dan kadar growth akan mula menjadi perlahan disebabkan – kadangkala isu dalaman dan struktur syarikat itu sendiri – dan kerana ia sudah mula menghampiri limit pasarannya sendiri.

Ini di mana sesebuah syarikat yang asalnya startup mula melakukan aktiviti seperti pembelian aset dan syarikat atau startup lain.

Peringkat-peringkat yang common dalam sebuah startup juga di-ilustrasikan seperti di bawah:

Apa Itu Startup

Jadi, Apa Itu Startup?

Jika bisnes anda mungkin tidak mempunyai sifat atau skala pertumbuhan yang sangat pantas, ia mungkin bukan startup.

Jika bisnes anda menjual produk yang biasa dan mudah didapati dari penjual yang lain, ia mungkin bukan startup.

Begitu juga jika bisnes anda sudah disenaraikan ke bursa, ia bukan startup.

Jika anda mempunyai bisnes yang mempunyai revenue bawah RM 50 juta dengan kurang dari 80 pekerja dan anda masih mempunyai penguasaan secara menyeluruh ke atas syarikat anda, barangkali syarikat anda masih boleh dikira startup.

Sama juga jika anda sedang membina sebuah bisnes kecil yang bakal menakluk dunia – walaupun anda melakukannya dari bilik tidur – kemungkinan anda seorang founder startup.

Mungkin pemakaian t-shirt dan jeans ke ofis boleh membantu memberi definisi kepada sesebuah startup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

sumber: kudagang

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon