Friday, November 17, 2017

6 Makanan Penting Untuk Membina Otot


Rejim kecergasan tidak lengkap kala amalan pemakanan dan pengambilan nutrisi seimbang tidak diamalkan. Memberi impak lebih berkesan ke atas latihan kecergasan yang dilakukan setiap hari, pembinaan otot nyata memerlukan jadual nutrisi yang lengkap untuk menghasilkan otot yang punya dimensi dan kekal lama.

6 Makanan Penting Untuk Membina Otot

Berikut adalah senarai 6 makanan yang sangat penting untuk membina otot terutamanya bagi ahli bina badan.

1. Ikan Salmon

Meski punya kandungan protein seperti pelbagai jenis ikan yang lain, ikan salmon nyata paling banyak mengandungi kandungan protein yang mampu memberi zat secukupnya kepada pembinaan otot.

4 ons salmon mentah mengandungi 23 gram protein, 207 kalori selain 0 gram karbohidrat, 12 gram lemak dan 0 gram serat.

Kandungan lemak yang didapati di dalam ikan salmon sekurang-kurangnya memberikan impak kesihatan pada tubuh badan.

2. Telur

Sempurna dalam memberikan sumber tenaga kala mengharungi latihan olahraga dan kecergasan. Setiap sajian mengandungi asid amino untuk memberi kesan pengembangan dan memelihara otot anda.

Selain itu juga, telur merupakan sumber vitamin yang tinggi serta punya nutrisi penting untuk penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu yang luka dan tercedera akibat latihan bebanan yang dilakukan.

3. Dada ayam

Makanan rutin buat sesiapa sahaja, dada ayam nyata menjadi kegemaran. Dada ayam mengandungi sumber protein yang sangat tinggi dan juga punya kandungan lemak yang rendah berbanding dengan bahagian ayam yang lain.

Pengambilan dada ayam dalam jadual diet setiap hari nyata mampu memberikan kelebihan buat otot saat kekal membentuk.

4. Keju bebas lemak

Hadir sebagai sajian sihat kerana punya kandungan nutrisi asas iaitu protein yang sangat penting untuk membina tenaga.

Latihan kecergasan yang dilakukan nyata memerlukan sejumlah tenaga yang banyak untuk mengerah segala bahagian tubuh dan otot untuk membentuk.

Oleh yang demikian, pengambilan susu rendah lemak di dalam diet adalah jalan yang terbaik untuk mencipta otot yang menawan.

Setengah cawan keju halus mengandungi 80 kalori dan 16 gram protein yang mampu mengekstrak menjadi sejumlah tenaga dalam tubuh.

5. Kekacang

Amalkan pengambilan pelbagai jenis kekacang seperti badam, kismis, kurma dan sebagainya ke dalam satu nutrisi diet agar mencipta kelainan dalam pemakanan seharian.

Sejumlah kekacang mempunyai tenaga untuk mengecaj kembali tenaga yang habis digunakan untuk aktiviti latihan kecergasan selain ianya mempunyai khasiat yang tersendiri.

6. Susu rendah lemak

Sajian utama pada waktu pagi dan malam jika ingin mendapatkan bentuk otot yang diidamkan. Susu rendah lemak mempunyai sejumlah protein lambat hadam serta membekalkan asid amino dalam jangka masa yang panjang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maskulin

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon