Sunday, October 01, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Oktober)


Tanggal 1 Oktober merupakan hari ke 274 (hari ke 275 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 91 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pelé Last Game
Perlawanan terakhir Pele.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Republik Rakyat China (1949), Hari Kemerdekaan di Cyprus dan Nigeria (1960), Tuvalu (1978) dan Palau (1994) dan Hari Penyatuan di Cameroon (1961).

Peristiwa

331 SM – Alexander Agung dari Macedon menewaskan Darius III dari Parsi dalam Pertempuran Gaugamela, dan kemudiannya dimahkotakan sebagai "Raja Asia" dalam satu upacara di Arbil.

1936 – Francisco Franco diisytiharkan sebagai Generalísimo dan ketua negara semasa Perang Saudara Sepanyol.

1958 – NASA mula beroperasi, menggantikan NACA.

1964 – Rangkaian kereta api laju Shinkansen pertama di Jepun, Shinkansen Tōkaidō dilancarkan.

1965 – Satu rampasan kuasa di Indonesia oleh Gerakan 30 September ditumpaskan oleh Jeneral Suharto dan mencetuskan penyingkiran anti-Komunis.

1977 – Bintang bola sepak Brazil Pelé bermain dalam perlawanan bola sepak profesional terakhirnya.

1987 – Denmark menjadi negara pertama membenarkan kesatuan sivil antara pasangan sama jantina.

2005 – Serangan bom di dua lokasi di pulau Bali, Indonesia membunuh 20 orang dan mencederakan lebih 120 lagi.

2006 – Bekas jeneral tentera Surayud Chulanont dilantik menjadi Perdana Menteri sementara Thailand selepas peristiwa rampasan kuasa pada bulan September. Kemudian bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua parti Thai Rak Thai.

2008 – 50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72.

2009 – Mahkamah Agung United Kingdom, yang mengambil alih fungsi kehakiman Dewan Pertuanan, mula berjalan.

2012 – Gabungan pembangkang Impian Georgia mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Georgia.

2013 – Sukan Perpaduan Islam ke-3 tamat dengan tuan rumah Indonesia muncul juara.

2013 – Kerajaan persekutuan A.S. menutup perkhidmatan tidak-kritikal setelah tidak dapat meluluskan belanjawan.

Kelahiran

1896 - Liaquat Ali Khan, Perdana Menteri Pakistan yang pertama.

1924 - Jimmy Carter, Presiden Amerika Syarikat ke-39.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 September)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. Banyak juga peristiwa bersejarah 1 oktober.. hari lahir lya .

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon