Wednesday, October 11, 2017

Apa Itu Garam Epsom (Epsom Salt)?


Garam Epsom adalah sebatian mineral semulajadi yang terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul.

Garam Epsom

Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa jenis penyakit.

Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat yang terkandung didalam garam epsom, kedua-dua mineral ini mudah diserap ke dalam kulit.

Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.

Khasiat dan kebaikan Magnesium memainkan beberapa peranan penting untuk kesihatan termasuk mengawal selia aktiviti-aktiviti enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri.

Manakala khasiat sulfat pula di katakan mampu membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin dari dalam badan.

Cara menggunakan garam epsom ialah dengan berendam di dalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit, yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’, melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki.

Jangan sekali-kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.

Garam epsom juga dipercayai boleh mengurangkan gejala pre-eclampsia bagi ibu mengandung.

Walau bagaimanapun, ibu hamil perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan garam epsom sebab sesetengah orang berpendapat garam epsom boleh mengurangkan air dalam badan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Kegunaan Garam Bukit Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

sumber: fizzalovalova

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon