Tuesday, October 10, 2017

5 Perbuatan Dianggap Jenayah Di Malaysia Tapi Tidak Di Negara Lain

Loading...

Di Malaysia, sebahagian undang-undang berkenaan jenayah diambil dari undang-undang agama, tetapi tahukah anda terdapat beberapa perbuatan jika dilakukan di Malaysia ia merupakan jenayah yang amat berat namun tidak di negara lain?

Berikut antara 5 perbuatan yang dianggap sebagai jenayah di Malaysia, tetapi jika dilakukan di negara tertentu perbuatan ini langsung tidak menyalahi undang-undang.

1. Berbogel Di Tempat Awam

Berbogel

Di Sepanyol terdapat sebuah pantai yang sangat terkenal untuk anda bersantai tanpa seurat benang pun.

Pantai tersebut dianggap sebagai satu tarikkan unik terutama di kalangan pelancong asing.

Namun, tahukah anda di Sepanyol sebenarnya anda bebas untuk berjalan ke mana pun tanpa memakai pakaian? Ya, tak perlu ke pantai tersebut pun boleh.

Mungkin agak janggal didengari, namun secara sah sejak tahun 1978 lagi pihak perlembagaan Sepanyol telah membenarkan rakyat mereka untuk ‘bebas’ bertelanjang meskipun di tempat awam. Perbuatan ini disifatkan sebagai hak manusia yang tidak boleh dipertikaikan.

Walaupun sebelum ini terdapat percubaan menukar undang-undang, namun ia tidak berjaya.

2. Pengambilan Dadah

Dadah

Di Portugal meskipun penggunaan dadah masih dilarang, namun individu yang disabitkan dengan kesalahan tidak akan menerima hukuman berat.

Sebagai contoh, seseorang yang tertangkap mengambil atau memiliki dadah tidak akan dihukum atau dihumban ke dalam penjara.

Mereka selalunya akan dihantar kepada kaunselor sahaja. Nisbah penagih dadah di Portugal, satu daripada seratus orang adalah penagih dadah. Tidak kira apa jenis dadah yang ada di dunia, baik jenis heroin, ganja atau kokain.

Secara fizikal, pengambilan dadah di Portugal tidak dipandang sebagai jenayah yang serius.

3. Berkahwin Dengan Binatang

Berkahwin dengan binatang

Kita biasa dengar berita perkahwinan manusia bersama anjing di India, baik lelaki yang berkahwin dengan anjing atau perempuan.

Sebenarnya, di India tidak ada larangan untuk manusia memilih haiwan sebagai pasangan hidup. Ia tidak terhad kepada anjing sahaja, malah boleh memilih apa jenis haiwan sekalipun.

Hati-hati jika melihat orang di India berjalan bersama anjing, ia mungkin bukan haiwan peliharaan tetapi pasangan hidup mereka.

4. Menyuntik Dadah Heroin Secara Sah

Menyuntik heroin

Bagaimana penyuntik dadah jenis heroin tidak menjadi kesalahan. Di Kanada, terdapat satu tempat bernama InSite di pusat bandar Vancouver.

Di sini, penangih dadah yang ingin menyuntik dadah jenis heroin boleh mendapatkan khidmat profesional oleh kakitangan kerajaan di sini.

Di tempat ini, terdapat sebanyak 12 kaunter suntikan ‘halal’ untuk penangih dadah, dilengkapi dengan alat dan jarum yang bersih.

Yang uniknya, kakitangan perubatan di sini akan membantu mereka menyuntik pada urat yang betul.

Apa pun, pada 20 tahun yang dahulu Vancouver merupakan tempat dengan kadar HIV paling tinggi di dunia.

5. Menjual Buah Pinggang

Menjual Buah Pinggang

Di Iran, menjual buah pinggang adalah perkara biasa. Menjual buah pinggang boleh dikatakan umpama menjual pisang goreng sahaja.

Dengan berbekalkan poster, selalunya para penjual akan meletakkan info seperti, nombor telefon untuk dihubungi, jenis darah dan bukti akuan dari doktor yang mengesahkan bahawa buah pinggang mereka masih berada di dalam keadaan yang baik.

Poster atau iklan-iklan menjual pinggang ini boleh dilihat merata-rata, baik di tepi jalan atau di tengah kota.

Bukan sahaja saingan penjual, malah pembeli yang ingin mendapatkan buah pinggang turut melakukan perkara yang sama.

Sejak Iran membuka pasaran penjualan buah pinggang, senarai menunggu penderma buah pinggang dihapuskan serta merta. Fuh!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 25 Fakta Pelik Tapi Benar Negara-negara Diseluruh Dunia

sumber: thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon