Wednesday, October 11, 2017

5 Negara Dengan Cukai Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia


Tahukah anda, sebenarnya kutipan dan kadar cukai di Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding purata negara-negara di bawah Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

cukai

Melalui laporan tahunannya, OECD mengeluarkan statistik percukaian bagi 35 buah negara yang menjadi ahli.

Jadi, kali ini kami kongsikan 5 buah negara yang paling banyak memeras wang cukai daripada rakyat.

5. Itali

Di Itali, isi rumah dengan pendapatan tunggal perlu membayar sebanyak 38.6% cukai manakala warga Itali yang bujang pula dikenakan purata 47.8% setiap tahun.

4. Perancis

Ibu bapa dengan dua orang anak yang bekerja di negara Perancis perlu membayar cukai tahunan setinggi 40% manakala pembayar cukai yang masih bujang pula lebih menderita dengan jumlah 48.1% ditolak daripada gaji tahunan.

3. Hungary

Hungary mengenakan kadar cukai pendapatan sama rata sebanyak 15% namun ia terpakai untuk semua jenis pendapatan termasuklah elaun, dividen, faedah, sewa hartanah dan sumbangan insurans sosial.

Jumlah cukai bagi orang perseorangan pula adalah sebanyak 48.2%. Jika individu itu sudah berkeluarga dan berpendapatan tunggal, kadar cukai dikurangkan menjadi 33.7%.

2. Jerman

Perbelanjaan kerajaan Jerman yang melibatkan kos ketenteraan dan pertahanan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Jadi, untuk mengekalkan momentum, kadar cukai ke atas rakyat juga perlu selari.

Oleh itu, mereka mengenakan cukai maha dahsyat sehingga 49.4% bagi individu yang belum berkahwin.

Bagi keluarga dengan dua anak dan berpendapatan tunggal pula, kadar sebanyak 34% perlu dibayar setiap tahun.

1. Belgium

Jika anda merupakan seorang rakyat Belgium yang bekerja dan masih bujang, anda perlu membayar cukai setinggi 54% setiap tahun. Bayangkanlah jika gaji anda RM34,000 setahun, sebanyak RM18,360 terus masuk dalam akaun kerajaan.

Kalau anda seorang suami yang sudah berkeluarga dan isteri hanya seorang suri rumah, sebanyak 38.6% cukai akan ditolak daripada gaji bersih anda.

***

Di Malaysia, jika gaji anda melebihi RM1 juta sekalipun, hanya 28% kadar cukai yang dikenakan.

Persoalannya, adakah anda sudah menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan membayar cukai pendapatan dan cukai perniagaan?

nota editor: semoga cukai yang dikutip kerajaan tidak disalah-guna oleh jerung-jerung yang sentiasa kelaparan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Potongan Cukai Pendapatan 48% Dari Gaji, Tapi Kenapa Jerman Lebih 'Islamik' Berbanding Kebanyakan Negara Islam?

sumber: iluminasi

1 comment

  1. Huh.. tak taulah mcm mana hidup klu cukai terlalu tinggi. Kat sini yg dikatakan rendah pun ramai yg struggle..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon