Thursday, September 14, 2017

Surat Ditulis Biarawati Dirasuk Syaitan Akhirnya Berjaya Diterjemah


Hanya selepas lebih 300 tahun, barulah sekeping surat yang ditulis oleh seorang biarawati yang ketika itu dikatakan dirasuk syaitan akhirnya berjaya diterjemahkan.

Maria Crocifissa della Concezione

Meskipun bukan semua kandungannya dapat diterjemah, namun ia sudah cukup untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Surat berkenaan ditulis oleh sister Maria Crocifissa della Concezione dengan menggunakan tulisan tangan pada tahun 1676.

Menurut Times of Israel, pasukan itu berjaya menghuraikan 15 baris surat dan menemui ayat-ayat syaitan seperti ini:

God thinks he can free mortals.
This system works for no one.
Perhaps now, Styx is certain.

Kandungan surat menerangkan mengenai sistem yang digunakan ketika itu, yang tidak berguna kepada sesiapa pun serta pengabadian. Tulisan itu juga merujuk kepada sungai di neraka.

Malangnya, tidak semua ayat yang berjaya diterjemahkan dihebahkan kepada umum.

Kemungkinan besar kerana ia "tidak sepenuhnya konsisten dan sukar difahami."

Surat berkenaan ditemui di Sicily, tempat di mana Maria menetap sejak berusia 15 tahun.

Maria mendakwa menemui surat berkenaan ketika bangun dari tidur dan tidak mengetahui siapa yang menulisnya.

Ia menggunakan huruf latin, Greek purba serta Arab.

Menurut penyelidik, Maria telah dirasuk dan menjerit serta pengsan.

Dia juga meracau bahawa syaitan mahukannya melakukan kejahatan.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaitan

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon