Wednesday, September 13, 2017

Sejarah Mata Wang Ringgit Malaysia Yang Ramai Tak Tahu


Mata wang ringgit Malaysia mula dikeluarkan pada 12 Jun 1967 oleh Bank Negara Malaysia yang sebelum itu, urus niaga dalam negara menggunakan mata wang lama iaitu Malaya British Borneo.

Sejarah Ringgit Malaysia

Pada mulanya, kita gunakan simbol $ sebagai lambang mata wang Malaysia sebelum diganti dengan RM (Ringgit Malaysia) pada tahun 1993.

Manakala diperingkat global pula, mata wang ringgit Malaysia lebih dikenali dengan kod MYR.

Walaupun sejak zaman ia dikeluarkan telah berlaku beberapa perubahan pada reka bentuk wang ringgit, ada satu gambar yang tetap sama sehingga sekarang.

Cuba perhatikan gambar wajah seorang lelaki yang dicetak pada wang kertas kita, sama saja dari dulu sampai sekarang. Siapa dia?

Wajah yang dicetak pada wang kertas kita itu ialah Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Baginda ditabalkan pada tahun 1933 sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan merupakan pemimpin ke 9 ditabalkan dalam negeri adat perpatih itu.

Baginda ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong pertama Malaysia bermula pada 31 Ogos 1957, sehinggalah kemangkatannya pada 1 April 1960.

Sejarah Ringgit Malaysia

Ada sekeping gambar hitam putih baginda bersama dengan permaisurinya, Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin.

Wajah baginda pada gambar asal itulah yang dicetak ke atas semua not wang kertas Malaysia semasa ia mula dikeluarkan dahulu sehinggalah sekarang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. hi, seperti dalam info artikel. selepas tahun 1993, semua duit kertas msia tukar RM drpd $. Saya ada beberapa keping duit kertas rm 10 tandatangan gabenor tan sri ahmad mohd don, beliau kan gabenor 1994-1998, so sepatutnya dah tukar kepada RM kan. kenapa saya punya $ ? boleh tolong jelaskan :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon