Friday, September 08, 2017

Sambutan Hari Celik Huruf Antarabangsa


Sambutan Hari Celik Huruf Antarabangsa disambut pada 8 September setiap tahun yang telah diisyhtiharkan oleh UNESCO pada 17 November 1965 dan telah diraikan buat pertama kalinya pada tahun 1966.

Celik Huruf

Tujuan sambutan Hari Celik Huruf adalah untuk menonjolkan betapa pentingnya celik huruf pada para individu, komuniti dan masyarakat.

Pada Hari Celik Huruf Antarabangsa setiap tahun, UNESCO mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang tahap celik huruf dan ilmu pengetahuan dewasa sedunia.

Lebih kurang 776 juta orang dewasa kekurangan kemahiran celik huruf minimum, salah satu daripada lima masih belum celik huruf dan dua pertiga daripada mereka adalah wanita, 75 juta kanak-kanak tidak bersekolah dan lebih ramai lagi tidak tetap hadir atau berhenti bersekolah.

Menurut Global Monitoring Report on Education for All (2008) UNESCO, Asia Selatan dan Asia Barat mempunyai kadar celik huruf dewasa serantau yang paling rendah (58.6%), diikuti Afrika subsahara (59.7%) dan negara-negara Arab (62.7%).

Negara-negara yang memiliki kadar celik huruf paling rendah di dunia adalah Burkina Faso (12.8%), Niger (14.4%) dan Mali (19%).

Laporan menunjukkan suatu hubungan ketara antara negara tidak celik huruf dan negara miskin dan antara tidak celik huruf dan prasangka terhadap wanita.

Selain sokongan padu ramai penulis terkenal yang menyumbang kepada kempen meningkatkan kesedaran tentang masalah buta huruf, terdapat juga pelbagai syarikat dan organisasi amal jariah yang menyokong usaha menangani buta huruf.

Kadar celik huruf wanita Malaysia tertinggi di dunia

Kadar celik huruf di kalangan wanita Malaysia ialah 99 peratus, iaitu angka yang sangat tinggi bukan saja di Asia tetapi juga di peringkat dunia.

Pencapaian ini disumbang oleh polisi kesamaan gender yang dilaksana kerajaan yang mana dalam Pindaaan Perkara 8, Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan tidak ada diskriminasi berasaskan gender.

Selamat menyambut Hari Celik Huruf Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon