Tuesday, September 26, 2017

Rihanna Impi Mahu Kembali Perawan


Jika ada satu perkara ingin diubah Rihanna dalam kehidupannya, perkara itu mungkin adalah kekal sebagai perawan.

Rihanna

Rihana tampil berani mendedahkan jika diberi peluang sekali lagi, dia ingin mengubah beberapa perkara disesali pernah terjadi dalam hidupnya. Antaranya adalah bagaimana dia hilang dara.

Dalam keluaran majalah Elle bulan September 2017, Rihanna atau lebih dikenali sebagai RiRI itu ditemubual oleh beberapa rakan artis terkenal antaranya ahli silap mata David Copperfield.

“Saya tidak bergurau, ini adalah tawaran betul. Saya boleh menghilangkan dan memunculkan kamu semula di mana-mana dalam dunia ini.

“Mana kamu ingin pergi dan mengapa?” soal Copperfield kepada Rihanna.

Ini jawapan Rihanna, “Sepuluh minit sebelum saya kehilangan dara. Saya akan berpegang kepada tawaran kamu itu.” ujarnya seperti dilapor Mirror.

Bagaimanapun, penyanyi Good Girl Gone Bad itu tidak pula menjelaskan lebih lanjut mengenai hal berkenaan.

Dia sebaliknya berkongsi mengenai beberapa perkara lain yang lebih digemari seperti lipstik dan korset.

“Lipstik sering mendatangkan masalah kepada saya. Tidak kira sama ada ketika budak atau meningkat remaja, saya sentiasa ingin memakainya. Sekarang lipstik umpama senjata kecil saya!” katanya.

Dan apabila ditanya apakah perkara paling gila pernah dilakukan untuk kekal cantik Rihanna menjawab, “Memakai korset!

"Saya tidak jemu melakukannya,” katanya.

BACA INI JUGA: Selaput Dara Bukan Simbol Kesucian Wanita

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon