Saturday, September 30, 2017

Pengasas Playboy Hilang Pendengaran Kerana Viagra

Loading...

Pengasas majalah Playboy, mendiang Hugh Hefner yang baru meninggal dunia, dikatakan telah mengambil ubat perangsang seks, Viagra, terlalu banyak hinggakan dia kehilangan pendengaran.

Hugh-Hefner

Perkara itu didedahkan oleh isterinya, Crystal.

“Dia cuba tidak mengambil Viagra lagi kerana ubat itu membuatkannya hilang pendengaran,’’ kata Crystal.

Bukan isterinya sahaja, malah kekasih Hugh Hefner iaitu Karissa Shannon juga mengakui perkara berkenaan.

“Dia kata dia lebih rela melakukan seks daripada mempunyai pendengaran. Dia terpaksa memakai alat bantuan pendengaran dan hanya sebelah telinga yang boleh mendengar.

“Anda terpaksa bercakap dekat dengan telinganya, baru dia akan memahami apa yang anda katakan,’’ kata Karissa.

Bagaimanapun ada pendapat yang menyatakan kemungkinan Hugh tidak boleh mendengar kerana usianya juga sudah memasuki angka 90-an.

Karissa Shannon

Hugh Hefner meninggal dunia di rumah agam Playboy Los Angeles pada usia 91 tahun.

Dia bakal dikebumikan di sebelah kubur Mariln Monroe.

Hartanya yang bernilai RM180 juta akan dibahagikan kepada empat anaknya manakala isterinya, Crystal tidak akan mendapat satu sen pun.

Ia berikutan perjanjian pra perkahwinan antara mereka berdua yang menyatakan Crystal tidak akan memiliki harta Hugh Hefner.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon