Saturday, September 23, 2017

Inilah 95 Peratus Punca Stres Wanita!


Menurut kajian, lebih 95 peratus punca stres wanita adalah disebabkan oleh terlebih berfikir tentang perkara yang tidak mungkin terjadi. Sementara itu, 'Quidnunc' adalah istilah untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

Stres

Ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat busy body tetapi berlawanan dengan perkataan kepochi.

Sekalipun berbeza maksud, sindrom busy body dan kepochi sering menjangkiti kaum wanita.

Dan tahukah anda seorang wanita akan bertutur 20,000 perkataan berbanding lelaki sebanyak 7,000 patah perkataan.

Hebat wanita kan!

Stres, perceraian punca jadi pelupa

Terlalu kerap berada dalam keadaan tertekan, perceraian, kehilangan pekerjaan dan sibuk dengan komitmen kerja serta keluarga boleh meningkatkan wanita pertengahan umur hilang ingatan apabila menginjak usia warga emas.

Menerusi kajian diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Psikiatri Geriatri, mendapati individu terjejas teruk adalah disebabkan tekanan hidup sehingga berpotensi mengingati beberapa perkataan.

Golongan pertengahan umur lebih berisiko mengalami situasi ini dan dalam tempoh 10 tahun berikutannya mereka menjadi pelupa.

Kebanyakan kes dilihat berlaku kepada wanita dan bukan lelaki. Penyelidik melihat ia disebabkan hormon tekanan yang mempunyai kesan lebih kuat kepada otak wanita.

Mengikut kajian dalam Jurnal Antarabangsa Psikiatri Geriatri, mendapati lebih daripada 900 lelaki dan wanita ditanya sama ada pernah mengalami pengalaman hidup teruk seperti perceraian, kematian orang disayangi, sakit atau bersara pada tahun sebelumnya.

Mereka kemudian diuji untuk tempoh 10 tahun kemudian, membaca senarai 20 perkataan dan diminta untuk mengingat seberapa banyak yang boleh dalam masa 20 minit.

Hasil kajian mendapati, wanita mengingati perkataan lebih sedikit berbanding lelaki.

Penulis utama kajian dari Johns Hopkins University di Baltimore, Dr Cynthia Munro, berkata, apabila berada dalam keadaan tertekan manusia mengeluarkan dan meningkatkan hormon stres seperti kortisol dan apabila tekanan hilang dan horman kembali kepada garis asal.

Bagaimanapun, apabila tekanan berulang, hormon stres ini meningkat dan tubuh akan meningkatkan maklum balas hormon berkali ganda dan ia memerlukan masa lebih lama untuk pulih.

“Jika tahap hormon tekanan meningkat dan kekal tinggi, ia tidak baik untuk otak di bahagian ingatan,” katanya.

Dr Munro berkata, seseorang itu tidak dapat menghilangkan tekanan, tetapi mungkin menyesuaikan cara bertindak balas terhadap tekanan yang dihadapi.

Kajian sebelum ini dijalankan penyelidik di Universiti Gothenburg, Sweden pada 2010 pula, mendapati risiko hilang ingatan ini lebih dua kali ganda berlaku pada wanita pertengahan umur yang pernah mengalami beberapa dekad tekanan dari kerja, kesihatan, keluarga atau masalah lain.

Fakta:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi data 2015 mendedahkan, dari segi gender wanita mencatatkan kadar kelaziman gangguan mental kemurungan paling tinggi iaitu 5.1 peratus; berbanding lelaki 3.6 peratus.

Kadar kelaziman gangguan mental kemurungan adalah tinggi dalam lingkungan umur dewasa tua iaitu di antara 55 tahun hingga 74 tahun (7.5 peratus wanita, 5.5 peratus lelaki)

Wanita dalam lingkungan usia di antara 17 hingga 22 tahun, cenderung mengalami kesihatan mental disebabkan mereka lebih suka memendam perasaan berbanding lelaki yang bersifat terbuka.

Kajian Persatuan Pengamal Psikiatri Amerika Syarikat mendapati stres kemurungan wanita berpunca pada pasca kehamilan, akil baligh dan menopaus kerana berlakunya ketidakseimbangan dan perubahan hormon.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Wanita, kalau dia dah tak larat bercakap dia akan menulis.

    ReplyDelete
  2. Patutlah asyik stress.. tapi ada juga lelaki yang overthinking ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon