Tuesday, July 04, 2017

Bahaya Penyakit Anjing Gila, Segera Dapatkan Rawatan Jika Digigit Atau Dicakar Anjing!

Loading...

Apa itu penyakit anjing gila? Virus rabies yang menyebabkan penyakit anjing gila kepada manusia sebenarnya begitu asing di negara Malaysia, malah sudah lama rakyat negara ini tidak mendengar tentang penyakit itu yang mula dikesan pada 1977.

anjing gila

Kali terakhir dikesan pada manusia di negara Malaysia adalah di negeri Kedah pada tahun 1998, manakala pada haiwan pula juga di negeri tersebut pada 1999.

Kira-kira 12 tahun selepas itu, Malaysia diisytiharkan bebas penyakit tersebut. Namun, negara dikejutkan kembali dengan kehadiran virus penyakit anjing gila.

Senario anjing menggigit manusia adalah simptom utama penyakit tersebut.

Tidak diketahui pun­ca dan bagaimana virus penyakit anjing gila mula berjangkit dan berdasarkan ciri-ciri fizikal, seekor anjing yang sihat mampu berlari sejauh 10 kilometer.

Hadi, adalah sangat pen­ting untuk seluruh masyarakat sedar tentang bahayanya penyakit anjing gila.

Ada mangsa gigitan anjing hanya datang untuk mendapatkan rawatan di hospital selepas tiga hari manakala ada juga yang enggan berjumpa doktor kerana menganggapnya perkara kecil.

Mereka yang digigit anjing wajib mencuci luka dengan air dan segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksin. Ini kemudian perlu disusuli tiga suntikan lagi selepas itu.

99 peratus manusia di seluruh dunia yang dijangkiti virus rabies berakhir dengan kematian selepas mengalami sawan.

Lebih malang, jika ada kes manusia positif virus rabies, ia biasanya sudah terlambat untuk diselamatkan.

Kita juga tidak pasti bila negara ini akan bebas daripada virus Rabies kerana sebelum ini, Malaysia mengambil masa selama 12 tahun sebelum boleh mengisytiharkan bebas penyakit penyakit anjing gila.

Virus rabies juga boleh merebak pada haiwan-haiwan lain seperti kucing tetapi jumlahnya hanya satu peratus manakala selebihnya melalui gigit­an atau cakaran anjing.

Bagaimana Penyakit Anjing Gila Berjangkit dan Simptomnya

penyakit anjing gila

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.

Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Jadi, manusia biasanya terdedah kepada virus ini jika digigit atau dicakar anjing yang dijangkiti penyakit anjing gila.

Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Langkah-langkah Pencegahan

Orang awam dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit anjing gila seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies;
  1. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar.
  2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan sentuhan bersama anjing liar.
  3. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif, dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat.
  4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.
  5. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

sumber: utusan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon