Thursday, February 23, 2017

Lindsay Lohan Diarah Buka Tudung!


Dalam satu kejadian terbaharu berkaitan isu bertudung, Lindsay Lohan mendakwa dia telah ditahan dan disuruh membuka tudung yang dipakainya ketika berada di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Lindsay Lohan

Lindsay Lohan berkongsi kejadian tersebut dalam satu rancangan bual bicara apabila dia ditahan semasa dalam perjalanan ke New York.

Lindsay Lohan berkata, seorang kakitangan lapangan terbang membuka pasportnya dan melihat nama 'Lindsay Lohan' sebelum segera meminta maaf.

Namun, Lindsay Lohan tetap diarah menanggalkan tudung yang dipakainya, lapor nbcnews.com.

Lindsay Lohan memberitahu rancangan 'Good Morning Britain' bahawa kejadian itu sama seperti dialami wanita lain yang merasa tidak selesa selepas diminta menanggalkan tudung.

Kejadian itu dialami ketika dia baru sahaja kembali dari Turki, selepas melawat kem-kem pelarian Syria dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sebelum ini, tercetus spekulasi Lindsay Lohan menukar agamanya kepada Islam, selepas gambarnya berjalan sambil membawa al-Qur'an menjadi viral.

Perubahan Lindsay Lohan menjadi perbualan ramai setelah dilihat memegang al-Qur'an serta meletakkan ayat ‘Alaikum salam’ di laman sosial Instagramnya.

Lindsay Lohan juga dilaporkan berkata, dia merasa tenang selepas mempelajari kitab suci al-Qur'an, selain menyifatkan Islam sebagai agama yang indah dan tidak menolak kemungkinan menganutinya dengan berkata 'Segalanya mungkin'.

Lindsay Lohan juga sebelum ini dilapor bimbang untuk kembali ke Amerika Syarikat kerana iklim politik semasa di sana, bberikutan perintah eksekutif yang dikeluarkan presiden baru AS, Donald Trump yang melarang rakyat daripada tujuh negara Islam memasuki republik itu.

Bagaimanapun, menurut peraturan-peraturan perjalanan Britain, Lindsay Lohan mempunyai hak untuk menolak membuka hijabnya.

Jika anda memakai penutup kepala atas sebab-sebab agama dan budaya, anda boleh meminta supaya pengimbas tangan digunakan supaya anda tidak perlu untuk membukanya, menurut peraturan negara itu.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

Sumber: mk

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon