Sunday, January 15, 2017

Bolehkah Halang Kerajaan Ambil Tanah Kita?

Loading...

Ada yang bertanya, boleh tak kalau saya tak setuju kerajaan nak ambil tanah saya? Sebab itu sahajalah tanah yang saya ada. Kalau ambil, mana saya nak duduk.

Tanah
Gambar hiasan.

Sebenarnya mengikut Akta Pengambilan Tanah (APT) anda TIDAK BOLEH TIDAK BERSETUJU jika kerajaan nak ambil tanah anda.

Tanah anda boleh 'dirampas' dengan syarat:
  • Pengambilan adalah untuk kepentingan awam atau sebab yang dibenarkan APT.
  • Proses pengambilan hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan dalam APT.
  • Kerajaan membayar pampasan yang munasabah kepada anda.

Jadi jika anda merasakan kerajaan tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah merujuk tindakan kerajaan tersebut ke Mahkamah.

Anda boleh dapatkan satu perintah mengenai jumlah pampasan yang sebenar atau ganti rugi yang setimpal dengan kerugian yang anda alami.

Tetapi anda TETAP TIDAK BOLEH HALANG KALAU KERAJAAN NAK AMBIL TANAH ANDA.

Zalim atau tidak, anda tanya diri sendiri.

Tetapi itulah peruntukan undang-undang yang anda kena tahu.

BACA INI JUGA: 6 Pulau Buatan Manusia Paling Mengagumkan Di Dunia!

Sumber: gempak

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon