Sunday, October 09, 2016

Jari Lindsay Lohan Terputus Namun Berjaya Disambung Semula!


Lindsay Lohan dilaporkan mengalami kemalangan sehingga terputus jari manis tangan kirinya ketika berada di Turki.

Lindsay Lohan

Lindsay Lohan telah menjalani pembedahan untuk menyambung semula jarinya yang putus sebaik tiba di hospital, menurut laporan Daily Mail.

Difahamkan, kemalangan yang dialami Lindsay Lohan itu berlaku ketika sedang berada dalam sebuah kapal di perairan Turki.

Bintang filem Mean Girls itu dikatakan sedang membantu menaikkan tali kapal namun jarinya terbelit di tali terebut.

"Saya kehilangan setengah jari manis.

"Syukurlah kami menemui semula jari tersebut dan saya baru saja selesai menjalani pembedahan untuk menyambungnya semula, ini amat menyakitkan," katanya.

Lindsay lohan

Lindsay Lohan berada di Turki untuk menjalankan misi kemanusiaan di negara itu dalam membantu pelarian yang melarikan diri dari Syria.

Selain itu dia juga mengadakan lawatan di hospital Istanbul untuk mengunjungi keluarga Hussien yang merupakan keluarga pelarian dari Syria.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Qur'an Dalam Instagram!

Sumber: SH

2 comments

  1. haha,nasib terjumpa balik jari tu ,kalau tidak ..tatau la bro hahaha

    http://beritapantas92.blogspot.my/

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon