Friday, October 21, 2016

Google Destinations Dilancar Sebagai Panduan Percutian Anda!


Syarikat enjin pencarian terkemuka dunia, Google telah melancarkan Google Destinations di Malaysia pada Rabu, bagi memudahkan perancangan percutian pengguna.

Google Destinations

Google Destinations merupakan ciri terbaharu yang boleh didapati dalam Google Search.

Ia turut menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan untuk melancong termasuk jangkaan perbelanjaan percutian.

Ciri terbaharu ini turut memberi beberapa cadangan rancangan aktiviti percutian anda di lokasi pilihan.

Lebih menarik, ia juga akan mencadangkan apakah aktiviti yang bersesuaian berdasarkan cuaca di lokasi pilihan.

Seperti aplikasi pelancongan lain, Google Destinations turut membuat perbandingan harga tiket penerbangan dan penginapan hotel.

Sejak ia dilancarkan, ramai pengguna media sosial di Malaysia menyambut baik ciri-ciri terbaharu Google Search ini.

Melalui kemudahan terbaru Google Search ini, mungkin sudah tiba masanya untuk kita membuang segala aplikasi pelancongan yang mengelirukan di dalam telefon pintar kita? -AA

Tempah Uber Atau Grab Melalui Google Search

Uber Google Search

Sementara itu mulai bulan ini, Google telah menambah satu lagi fungsi terbaru pada Google Search iaitu carian Uber dan Grab.

Pengguna hanya perlu membuat carian untuk arahan ke sesuatu lokasi, dan anda akan dapat melihat tab untuk perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan bersertakan anggaran tambang serta waktu jemputan.

Nak tahu apa yang lebih best dan futuristic? Menggunakan Google Voice anda boleh terus menempah Grab atau Uber terus ke destinasi hanya dengan panggilaan suara.

Pengguna cuma perlu menyebut ‘Taxi to Kuala Lumpur Airport’.

Segalanya akan diatur Google untuk memudahkan kerja anda mendapatkan Uber dan tiba di destinasi pada masa yang tepat. Cool bukan?

Walaubagaimanapun, pengguna haruslah mempunyai akaun dan aplikasi Uber untuk menggunakan fungsi terbaru daripada Google ini.

Jika anda tidak memiliki aplikasi tersebut, Google akan memaparkan pautan ke stor aplikasi di mana anda boleh memuat turun aplikasi tersebut. -Thevocket

BACA INI JUGA: 5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon